kelab blogger ben ashaari, KBBA,

24 March 2012

Pengalaman Operate ENDOMETRIOSIS

  Assalamualaikum


Hari ni aku nak kongsi tentang Penyakit Endometriosis. Aku salah sorang yang terkena penyakit pelik nie. penyakit ni antara penyakit popular yang menyerang wanita selain Cyst dan Fibroid.

Sapa yang nak tahu apa itu Endometriosis, Cyst dan Fibroid dan apa beza ketiga-tiga penyakit tuh korang kena la google ya. aku nak terangkan pun susah. sebab aku pun tak berapa nak paham sangat. 

Dulu, aku juga tak tahu kewujudan penyakit-penyakit pelik ni. since diri sendiri dah penah kena baru la rajin godek-godek internet mencari info tentang segala benda tu.


Image result for kencing guna tiub

Endometriosis yang aku alami, sama sebijik macam pic diatas. tisu-tisu endometriosis menempel di Ovari, Dinding Rahim dan di Tiub Fallopio aku. doktor cakap, bila aku period, endometriosis tu pun akan berdarah jugak, disebabkan benda tu berdarah lah yang membuatkan aku rasa sakit masa period, yang aku duk kata sakit senggugut tu bukan senggugut biasa katanya, ni sakit sebab penyakit ni lah.

Sewaktu hari subur (hari ke-14 selepas haid), Ovari akan melepaskan Ovum (telur) untuk menuju ke rahim, untuk itu, ovum kena melalui tiub fallopio untuk berada di tengah rahim, so bila aku ada Penyakit Endometriosis ni, ovum disekat / terhalang / diganggu oleh kehadiran endometriosis yang menempel di tiub fallopio tu, jadinya Ovum (benih wanita) dan Sperma (benih lelaki) sukar nak bercantum (untuk menjadi embrio/janin/baby). thats why aku susah nak dapat anak doktor kata. lepas tu doctor juga cakap yang endometriosis turut makan / serap telor... T_T

Nak lebih faham lagi korang kena google dan godek-godek intenet dan tengok video dalam youtube. baru leh faham apa yang aku cuba terangkan ni.


Selasa (20 April 2010)


Pada tarikh inilah aku disahkan ada penyakit nie. punca boleh tahu tu, disebabkan aku sakit perut yang melampau sakitnya. sebelum ni memang banyak kali sakit perut, tapi bila gi Klinik, doctor ckp, just Angin / Gastrik

Padahal aku tak penah ada gastrik, tak pernah sakit perut kalau makan benda-benda pedas atau makan lambat. aku tak pernah rasa bagaimana sakit gastrik. dah cakap kat doctor "saya takde gastrik", dia tetap cakap gastrik jugak. huhu.

Okay sambung balik citer yang aku sakit perut melampau-lampau tuu, pada 20/04/2010 tu aku masuk kerja macam biasa jer, pastu aku rasa sakit perut, melepekkkk aku di pejabat, pastu bos suruh aku gi hospital aku taknak, kemudian makin menjadi-jadi pulak sakit perut tu.

Aku pun call En.Yie suh datang amik aku dan bawak aku gi Hospital. lebih kurang 2pm rasanya En.Yie datang amik aku dan terus ke Unit Pesakit Luar HRPZ11 di Kota Bharu. masa tu nak berjalan macam biasa memang tak boleh, terbongkok-bongkok menahan sakit. En.Yie suh aku duk atas wheelchair, aku taknak. eksyen! 


Ultrasound (Scan)


Masuk bilik doctor, doctor check dia kata "Angin". sakit perut Gastrik katanya. aku berkeras jugak kata, saya takde Gastrik doctor, tolonglahh jangan kata saya ada Gastrik. aku request nak Ultrasound (Scan) perut aku. sebab aku rasa perut aku sakit lain macam, macam ada sesuatu duk memulas, duk rodok perut aku, macam ada sesuatu duk tarik-tarik isi perut aku.

Mula-mula doctor tu macam tak berapa nak layan aku punya request, tapi aku berkeras jugak nak mintak dia scan. lastly, dia setuju jugak setelah beberapa kali aku suruh scan. dia suruh aku pergi bilik Scan, doctor tu pun scan perut aku, hasilnya, memang "ada sesuatu dalam perut aku".

Related image
macam ni la cara doctor buat Ultrasound / Scan


Kandungan Luar Rahim (Ectopic)


Doctor kata ada janin dalam rahim aku. waktu ni aku betul-betul terkejut. sebab aku baru lepas datang period waktu tuh, baru habis period dalam seminggu lebih rasanya. eh, takkan pregnant kot? doctor kata kalau ikut apa yuang dia scan janin tu berusia 5 minggu (sebulan). 

Apapun nak lebih sahih samada aku betul-betul pregnant atau tidak, doctor suruh aku buat Urine Pregnancy Test (UPT). hasil UPT menunjukkan memang Positif. lepas buat UPT, doctor suruh aku masuk bilik Scan semula. masa tu aku memang happy, walaupun perut tengah sakit. dua tahun kawin belum ada anak, tentu la happy!

Tapi perasaan happy tu datang sekejap saja, bila mana doctor kata aku Pregnant Luar Rahim (Ectopic Pregnancy) dimana baby tak membesar dalam rahim, tapi di tiub fallopio (laluan ovum). katanya bahaya, dan tak molek teruskan kandungan ini. semakin baby membesar, semakin sakit doktor kata. baru nak happy, tiba-tiba gini pula jadinya. apa niii? huhu.


Warded Wad Mawar HRPZ11


Lepas tu, disebabkan aku punya sakit melampau tu semakin teruk, (tak henti-henti perut rasa menyucuk), dia kata aku kena masuk wad untuk check up selanjutnya. masa tu rasa cam panik jap aku, tiba-tiba kena warded sedangkan aku datang sehelai sepinggang aje, tak terpikir pulak sampai warded. 

Masa tu En.Yie orang yang paling kalut duk call semua orang, call family aku, family dia untuk bagitahu pasal  keadaan aku. semua orang terkejut gilaaa kot. sebab sebelum ni aku tak penah sakit pun. dah tetiba masuk wad pulak. 

Aku pulak tak pikir apa-apa pun masa tu. just terdetik dalam hati "Doctor buat je la apa yang patut asalkan sakit saya ni hilang." Dalam wad mawar, aku tak tahu entah berapa kali aku ulang alik masuk bilik Scan. kejap-kejap dipanggil masuk. masa kat wad, doctor lain dah amik kes aku. 

Tapi masa ni 1 gambar pun takde untuk dibuat kenangan. so, takde bukti nak tunjuk kat korang. but peristiwa lama ini masih tersemat molek lagi dalam kepala aku, aku anggap satu dugaan hidup untuk aku. Allah uji sebab Allah sayang, kan? Allah bagi sakit, sebab nak hapus doa-dosa kecil kan? Allah duga, sebab nak bagi pahala kan? bersangka baiklah kitaaaa pada Allah Taala,  #Husnuzon


TransVaginal Scan (TVS)


Masa dalam wad mawar ni, doctor dah tak buat Scan biasa yang gelek-gelek atas perut tuuu, dia banyak Scan ikut jalan bawah (Vagina). masa tu nak malu pun tak guna dah. sebab sakit kan, rela je semuaaa.... ikut je arahan doctor, nasib baik dapat doctor perempuan. sampai sekarang aku ingat wajah doctor tu. cuma nama dia je aku lupa. baik sangat-sangat doctor tu. dia jugaklah yang operate aku. 

Image result for transvaginal scan

Masa buat TVS, doctor sendiri pun kofius (50-50) nak buat keputusan samada aku ni memang Pregnant Luar Rahim (Ectopic) atau ada penyakit lain. sekali tengok macam ectopic, sekali tgk macam "ada benda lain". ketulan memang ada nampak, tapi doctor kata dia tak berapa sure, 2-3 orang jugak doctor pakar duk tengok screen masa buat scan tu. memang jelas sangat aku dengar diorang duk bincang-bincang pasal penyakit aku, sesambil tengah scan aku tu. 

Dia kata, nak tahu lebih jelas kena buat pembedahan kecil yang dipanggil Laparoscopy. dengan membuat laparoscopy baru leh tahu dengan lebih detail lagi apa sebenarnya ketulan-ketulan yang dia nampak tuu.. katanya ketulan tu berbiji-biji macam buah anggur gitu. ada saiz besar, ada saiz kecik-kecik. diorang syak aku bukan ectopic tapi tak berani nak sahkan lagi.


Laparoscopy (Tebuk  3 Lubang)


Prosedur laparoscopy ni begini, kena tebuk 3 lubang kecil di antara perut dan pusat (segitiga), laparoscopy ni bahasa mudahnya, untuk doctor "suluh" dengan cara "masukkan kamera kecil" dalam perut kita untuk tengok penyakit kita dengan lebih jelas lagi (itu yang aku paham laa).


Image result for LAPAROSCOPY
Image result for LAPAROSCOPY

Image result for LAPAROSCOPY

Kat atas ni gambaran macam mana proses laparoscopy ni dibuat. 


Sebelum Laparoscopy Dibuat


Aku masih ingat lagi, malam sebelum buat laparoscopy doctor datang menerangkan mengenai prosedur operation pada hari esok, apa kebaikan dia dan apa kesan dia, apa kepentingan dia. dia juga minta aku tandatangan borang untuk buat laparoscopy ni. aku sign jer, turut je apa saja cadangan doctor, sebab bagi aku, dah tentu doctor akan buat yang terbaik.

Doctor juga ada terangkan, jika ovari aku rosak, dia terpaksa buang. aku pun cakap "kalau buang ovari saya boleh mengandung lagi tak". dia cakap kalau buang 1, ada lagi 1 ovari. ovari kan ada dua (kiri dan kanan). masih boleh mengandung jika ovari 1 lagi berfungsi dengan baik.

Malam tu aku langsung takleh tido. bukan pikirkan esok nak operate, tapi aku tak boleh tido sebab sakit. malam tu, kakak aku yang jaga aku di wad. En.Yie takleh jaga sebab tu wad wanita, lelaki tak boleh jaga walaupun suami sendiri. En.Yie tunggu aku kat laur, dia tido di Musolla yang berada di sebelah wad.

Malam tu aku memang takleh tido, kejap ke kiri, kejap ke kanan, puas adjust position tapi rasa sakit tetap tak berkurang. mulut tak berhenti baca, "Lailaha illa antasubha naka inni kuntu minazzolimin". lepas tu, aku ada mintak dengan Nurse ubat tahan sakit. dia bagi panadol aje. aku telan, tapi tak berkurang jugak sakit.

Aku cuba mintak ubat tahan sakit lagi, dia nak bagi panadol lagi. aku cakap taknak panadol, saya nak ubat tahan sakit (pain killer), dia marah-marah aku pulak, memang takleh lupa sangat kes ngan Nurse yang bengong nie. memang kasar sgt dengan patient. mungkin marah aku ganggu dia malam-malam agaknya. masa tu dalam pukul 2 pagi.

Sebelum bagi ubat tahan sakit dia tanya aku ngan soalan lebih kurang begini, "Kalau saya bagi skala sakit 1 hingga 10, nombor berapa sakit awak?" aku terus cakap "Sepuluh" boleh pulak dia marah aku, katanya "Betul ke awak ni? takkan sampai 10 sakitnya. sakit lagumano awak ni? over doh tu kalau sampai 10" (siap perli aku tu). takde adab sungguh.

Aku cakap lagi "Saya memang sakit sangat2, nak buat macamana, kalau tak sakit saya tak mintak ubat tahan sakit". dengan muka masam, dia gi amik ubat dan bagi dekat aku tanpa pandang aku pun. bengong punya nurse! aku siap doa dalam hati "aku harap satu hari nanti ko akan rasa sakit, sepertimana  sakit yang aku rasa nie" seriously memang aku doa macam tu. #KejamKan?


Rabu (21 April 2010)

Lebih kurang jam 10 pagi nurse datang (nurse lain) bawak pakaian dan cap untuk aku masuk dalam bilik bedah. En.Yie tolong pakaikan untuk aku. lebih kurang jam 11 pagi aku dah ditolak masuk ke bilik bedah. dari wad ke bilik bedah terasa jauuuuh sangat.

Nurse duk di bahagian kaki. En.Yie pulak di bahagian kepala aku. mereka sama-sama duk tolak katil aku ke bilik belah, aku masa tu macam kosong je jiwa. setitik airmata tak mengalir pun. sedih, takut, nervous, takut operation tak berjaya (T_T), insaf (takut mati pun ada), semuanya bercampur. tapi aku tak menangis. seboleh mungkin aku kena tunjukkan aku kuat, sebab aku tengok En.Yie macam tak kuat. suram je muka dia sepanjang tolak aku ke bilik bedah.

Sebelum operate aku ada tanya En.Yie, "andai kata kita takde anak, macammana?" dia cakap, kalau takde anak, nak buat macam mana, kena terima dan kena redha. dia kata, kalau Allah nak bagi, dia tetap bagi juga. T_T

Masuk saja dalam bilik bedah, nurse dah tak bagi En.Yie masuk. setakat pintu aje En.Yie boleh hantar aku. masa tu aku rasa nak jerit kuat-kuat "Biarlah suami saya masukkk!!" tapi dalam hati je laaa mampuuu. dah memang prosedurnya takleh ada waris masuk kan. terpaksa akur! nurse sambung tolak aku untuk dipindahkan ke katil operation yang lain (katil yang ada lampu-lampu banyak tu).

Masa katil aku ditolak tu, sayup-sayup nampak muka En.Yie yang semakin menjauh dari aku, masa tu rasa sedih tak terhingga... rasa sedih gila.. terasa macam diri ni takde kekuatan, takde peneman, takde lagi peniup semangat untuk aku kuat. ye, aku kuat sebab adanya suami disisi. takde dia, terus rasa piluuuuuu... ya Allah memang sedih sangat masa tu... tengah menulis blog ni pun airmata aku menitik ni... huhu.. terbayang-bayang lagi suasana tuu..

Image result for bilik operation
Ni pic amik dari google yer. bukan aku punya ni.


Lepas tukar katil operation yang sebenar, doctor pakar bius datang memperkenalkan diri dia, doctor tu perempuan. lemah lembut je bicara dia. dia terangkan dekat aku yang dia akan bius aku jap lagi. pastu dia tanya jugak aku, apa nama aku, tahu tak kenapa aku kat sini, kenapa aku kena buat operation ni, (just nak tahu aku tahu atau tidak, tu je).

Doktor mintak aku bentang kedua-dua tangan. katil tu memang ada tempat letak tangan di kiri dan kanan (macam sayap kapal terbang). lepas tu, dia pun start bius aku, dalam 2-3 saat je terus aku tak ingat apa-apa dah,

Dalam bilik pembedahan ada cerita lain pulak, dari Laparocopy, bertukar menjadi Laparotomy pula.. jom sambung baca lagi... panjang kisah aku, slow-slow baca eh... harap tak boring.. hehe...


Emergency Ceaser (Bedah Besar)


Sepatunya proses buat laparoscopy tu, just tebuk tebuk 3 lubang aje, but untuk kes aku, doctor sempat tebuk takat 2 saja, sebab ada masalah lain pulak muncul, doc kata masa dia tebuk tu, Endometriosis aku dah pun pecah dalam perut, so doctor tak teruskan untuk menebuk lubang ketiga. doctor terus decided untuk bedah perut aku (ceaser).

Laparoscopy terus bertukar menjadi Emergency Ceaser (bedah melintang). doctor terpaksa bedah besar perut aku dengan panjang lebih kurang sejengkal. sebijik macam gambar dibawah ;

Related image
ceaser secara melintang
Related image
parut ceaser aku sebijik macam gambar kat atas ni (pic google)


Sepatutnya kalau buat Laparoscopy sekejap aje, tapi bila dah kena Ceaser, lamaaaaaa jadiknya... aku duk dalam bilik bedah lebih kurang 8jam En.Yie cakap. sepanjang aku dalam bilik bedah, En.Yie cakap ramai yang menunggu aku kat luar tu selain dia. mak ayah aku, mak dia, adik beradik aku, adik beradik dia, sedara mara, jiran tetangga pun ada. penuhhhhh depan bilik bedah katanya. semua bermuram durja menantikan kabar dari doctor tentang aku. walaupun lamaaa, semuanya tetap sabar menanti kat luar.

Selepas 8jam menunggu, aku akhirnya dibawa keluar. masa aku keluar tu En.Yie cakap ramai yang menangis bila tengok aku, ramai yang sedih tengok aku terkulai atas katil dengan berselimut penuh hingga ke paras dada. aku nampak kecikkkk je diatas katil yang besar tu, dengan kepala aku yang tersarung topi operation lagi, semua menangis En.Yie cakap. dia sendiri, aku tak tahu la menangis ke tak, (malas nak tanya) huhu..

Kakak aku cakap lagi, bertambah sedih lagi saat aku dibawa keluar, ada airmata yang keluar di mata aku. kakak aku kata ramai yang terfikir, mungkin roh aku menangis saat operation tu dibuat walaupun jasad aku tak sedar waktu tu (kena bius). aku pulak takleh nak respond apa2, sebab aku langsung tak ingat apa-apa.. sedar-sedar je, aku dah kat katil Wad Mawar.


Seminggu Warded di HRPZ11


Awal-awal selepas operate, perut aku masih berbalut, aku sendiri taktahu camana rupa kesan operate tu, panjang ke, pendek ke, aku langsung tak terasa nak buka tengok. biar jer berbalut. nak mandi pun takleh kena air, memang kena betul-betul jaga agar takde jangkitan kuman (infection). masa tu seksa tau, nak batuk sakit, nak gelak pun sakit, rasa macam nak terbukak jer luka tu.

Hampir dua hari juga aku jeni pening lalat effects dibius. banyak benda aku lupa. taktahu siapa yang datang melawat aku, siapa yang jaga aku, siapa yang mandikan aku, lapkan badan aku, urus makan minum aku. En.Yie ada cakap dia tu datang, dia ni datang, till now aku masih tak ingat dan lupa segala benda yang berlaku pada hari pertama dan kedua selepas keluar bilik bedah.

En.Yie cakap, aku siap borak-borak lagi dengan orang-orang yang datang, tapi aku langsung  tak ingat apa-apa (kesan bius). selepas 2-3 hari barulah ingatan aku dah okay sikit. selepas operate, hari-hari 4-6 orang doktor pakar datang kerumun katil aku. check condition aku, hari-hari jugak kena gi Scan untuk tengok keadaan dalam perut aku, dan check luka operate aku.

Masa tu jugak doctor explain dekat aku, kenapa aku di bedah besar (ceaser), apa penyakit aku, apa rawatan susulan untuk aku. aku angguk-angguk jer. dia juga cakap, dia kata, aku bukan pregnant luar rahim memang sah aku bukan ectopic. kandungan aku normal, yang dia nampak ketulan di luar rahim tu endometriosis, bukan janin. doctor pun terangkan apa benda endometriosis tu.. camana boleh berlaku.. bla bla blaa...

Doctor juga cakap, kemungkinan kandungan aku yang berusia 5 weeks tu mungkin akan keguguran (abortion), sebabnya dia dah usik-usik dalam perut aku, dia dah sedut-sedut sisa endometriosis yang dah pecah dalam rahim aku, dah kemungkinan akan gugur katanya. kalau bleeding dia suruh aku cepat-cepat bagitahu.

Image result for kencing guna tiub

Bila aku dah stabil, nurse decided untuk buang tiub kecing (refer pic atas), so lepas dah buang tu aku kena ke tandas sendiri, no more kencing pakai tiub (foley catheter). nurse juga cakap aku dah kena start berjalan (simple exercise) sebab dah banyak hari aku terlantar atas katil sebab tak berdaya nak bangun berjalan. kalau bangun ke pun guna Wheelchair, tak boleh berjalan sendiri sebab rasa pening dan kaki rasa lembik (effects lama terbaring).

Bila dah buang tiub kencing tu, aku rasa macam tak boleh nak control kencing. rasa nak teh tahan kencing (kemut), dan dan terus je keluar dengan sendirinya tanpa sempat ke tandas. habis lencun katil aku.. hehe.. nasib baik dapat nurse baikkk, dia tak marah pun, cepat2 dia tukar cadar baru.

Hari ke-7 dalam Wad Mawar, akhirnya dah boleh discharge. segala kos rawatan / pembedahan tak kena bayar apa-apa pun sebab aku Staff Gov kan, Guna GL je. doctor bagi aku MC selama 45 hari... fuhhhh gila lamaaa... seronok rasanya berlama-lama di rumah dengan gaji yang tetap masyukkkk... hehehe...

First time merasa berpantang macam orang bersalin, makan ikan bakar dan bubur nasi je hari-hari. sabor jeeelaaaa, hahaha. selepas seminggu, aku balik berpantang dirumah sendiri. berdikari sendiri. masa kat rumah curi-curi jugak makan ikan goreng, ayam goreng (sepatutnya tak boleh). sebelum makan mesti baca ni, "Bismillahi tawakkal tu-alallah". hihi. konon nak menyedapkan hati sendiri. :P


Abortion (Keguguran)


Lebih kurang hari ke-8 atau hari ke-9, masa aku dalam bilik air (nak kencing) aku rasa ada sesuatu yang "blubbb keluar" dari tuttt aku.. tengok-tengok bentuk dia "macam perut ikan" gitu. aku panggil mak mertua aku (aku berpantang di rumah mertua) dia kata, haa konfem aku gugur la tuu..

Lepas 3-4 rasanya aku check UPT memang keputusannya Negatif. so pasrah saja laa, doa saja dalam hati, moga-moga akan ada rezeki aku lagi lepas nie... amin amin amin...

Okaylah dah panjang sangat karangan aku ni rasanya... letih dah menulis berjela-jela ni.. nanti aku sambung kisah selepas operate pulak ye.. apa rawatan susulan, cemana keadaan aku, camana aku boleh pregnant, aku bersalin normal ke operate, nantikan next entry yer... akan aku story mory dan share ngan korang lagi nanti...


Kisah ini bersambung DISINI


Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :

5 comments:

  1. assalam . saya pun pernah kena . habis kene check sume2 .. tapi alhamdulillahh .. takde ape2 .. :)

    ReplyDelete
  2. wslm pnah kena...? tp xde pape? camana tuu?? xserius ek?

    ReplyDelete
  3. Laaa , anak kak jaa rupanya yg sulung tu .... silap baca .

    ReplyDelete
  4. kakak ipar jaa pun kene jugak skali mase pregnent anak sulung. kesian die. terpakse buang sebelah ovari. skrg dh ade ank sorang. alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah ciksu tak da pape dah check tiub..ok..

    mmber ada operate cm ni.tebuk 3 lubang..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...