kelab blogger ben ashaari, KBBA,

29 March 2012

Selepas Operate Endometriosis

Assalamualaikum
 
Okay Cerita hari ini sambungan dari KISAH INI. selepas aku diberi MC selama 45 hari, aku juga diberi tarikh untuk appointment akan datang dengan Doktor Pakar O&G (Pakar Sakit Puan). 

Masa gi Klinik O&G (Obstetrik & Ginekologi) di HRPZ11, doktor check condition luka diperut kesan dari operate hari tu, kemudian dia Scan jugak perut aku untuk tengok camana keadaan dalam perut, dia kata masih ada lagi endometriosis tu, katanya masa operate hari tu tak boleh buang habis sebabnya bahaya untuk aku.

Bahaya sebab, endometriosis tu duk merata tempat, susah nak cuci / buang semua sekaligus. masih ada lagi kecik-kecik dalam perut aku. so untuk rawatan susulan seterusnya dia sarankan aku untuk Inject Zoladex di perut aku, sebanyak 6 kali injections (1kali = sebulan).


Inject Zoladex 


Zoladex ni, apa yang aku paham (mengikut apa yang diterangkan doktor), lepas cucuk Zoladex ni, aku takkan datang period. setiap sebulan aku kena gi O&G untuk inject Zoladex ni. sepanjang 6 bulan memang tak pernah missed aku pergi. ikut jer saranan doktor.

Dan memang sepanjang 6 bulan tu memang saku tak pernah datang period. doctor ada terangkan pada aku, katanya Endometriosis ni akan turut berdarah bila aku period. so, dia terpaksa sekat aku punya period sebab nak suruh Endometriosis kecut, kurang dan tidak aktif. 

Doctor cakap, jika selama 6 bulan aku tak period, harapnya endometriosis tu akan mengecut dengan sendirinya. after 6 kali injections, doctor pun stop. 

ini la Zoladex

Gerunnnn bila tengok Jarum Suntikan Zoladex tu (refer pic atas), lain macam jer muncung dia. tak macam jarum suntikan yang lain. lubang jarum tu agak luas luas, tajam dan bentuknya menyerong gitu. first time tengok rasa seriau jugak laa...

Image result for inject zoladex

Cuba tengok gambar diatas tuuu, macam tu laa doctor suntik Zoladex. kedudukan jarum tu kena 45 darjah, dah kena suntik dekat perut diantara pusat dengan luka operate. kiranya tengah-tangah perut laa. sakit ke? sakit laa jugak.. haha!

6 kali suntik, bukannya doktor yang sama tau, selalu aje tukar-tukar doctor. kena yang kurang pandai (maybe doktor pelatih), sakit jugak laaaaa dia buat... kena yang pandai injects, smooth je rasa. 

Aku operate Endometriosis April 2010, selepas MC selama 45hari, bermula bulan Jun aku dah kena inject Zoladex sehingglah bulan  November. bulan November dos terakhir amik Zoladex. 

After dos terakhir pada bulan November, bulan 12 (disember) pun aku start datang period iaitu pada 17 Disember 2010. 


Period Tak Muncul


17 Disember aku dah mula period (6-7 days), dan sehinggalah ke tarikh 17 Januari 2011, aku ternanti-nanti aku punya period untuk bulan Januari 2011. pelik juga kenapa period aku tak munculkan diri.

Biasanya period aku tak pernah missed (kecuali masa inject Zoladex), biasanya tetiap bulan memang teratur jer dia muncul dengan kitaran 28days (secara purata).

Kebiasaannya kalau bulan ini datang 17hb, next month dia akan datang lebih kurang 15hb, kalau bulan ini datang 10hb, next month dalam 7-8hb. memang takkan lebih dari jangkaan.

Aku syak macam aku ni dah pregnant aje... sebab period tak muncul.. 18 Februari aku decided nak buat UPT, alhamdulillah resultnya positif (naik 2 line). masa tu aku buat di pejabat, tak sempat nak tunggu esok pagi, aku buat je petang tu terus lepas beli test strip di Farmasi..

Balik rumah terus tunjuk kat En.Yie. happy jer dia.. terus dia gosok perut aku sambil peluk aku.. waaa syurgaaa sangat masa tu... terima mendapat hadiah yang tak ternilai...

Setelah 2 tahun kawin, dan setelah melalui dugaan Endometriosis, akhirnya berjaya jugak aku pregnant, ingatkan dah tak berpeluang untuk mengandung dah (pimikiran kolot)...

Esokya, aku gi Klinik Kesihatan berdekatan untuk pengesahan, di klinik kena buat UPT sekali lagi dan hasilnya memang positif pregnant.. kemudian Nurse suruh aku datang masa kandungan dah masuk 4 bulan (20 weeks) untuk buat buku merah (buku pink).


Finally I'm Pregnant




ni status lama aku di FB yang sempat aku printscreen


seronok gila bila berjaya pregnant



Masa ni aku pregnant 7 - 8 bulan dah ni, baru leh nampak baby bumb, baju semua dah jadi ketat... Sepanjang pregnant alhamduillah aku takde apa-apa masalah, tekanan darah okay, bacaan HB pun okay, kencing manis pun takde (tak perlu minum air gula / glucose). 

Aku just alami alahan pada masa kandungan dah masuk usia 2-4 bulan saja... itu pun sikit-sikit aje... tak teruk sangat pun.. masak tetap boleh, takde alahan dengan masak.. cuma ada alahan pada sesetangah makanan, cth; macam singgang ikan dan masak tempoyak, aku langsung tak boleh makan sebab rasa loya... gosok gigi guna colgate pun tak boleh, rasa nak muntah, aku gosok gigi tanpa ubat gigi je laa jawabnya.. 

Bab mengidam pulak aku takde la teruk sangat mengidam. kalau ada pun setakat nak makan Buah Nona, Buah Delima, Pizza, tu je. walaupun buah nona dan delima susah nak dapat masa aku pregnant tu, tapi alhamdulillah Allah permudahkan, dapat juga makan... 


Bersalin Normal


Aku punya due date (EDD) kalau mengikut tarikh last period 24.10.2011. tapi kalau due date mengikut scan pulak (ikut saiz baby) pulak 21.10.2011. so doctor just suruh aku standby je laa... mana tahu kot lahor baby pra matang (tak cukup bulan).. 7 bulan dah kena berjaga-jaga doctor cakap... 

Alhamdulillah aku mampu bersalin normal, walaupun dulu pernah Ceaser Endometriosis di perut. aku bersyukur aku berada dalam kategori yang "mudah bersalin". syukur sangat-sangat.

Bermula pagi 21.10.2011 aku dah mula rasa tak sedap duduk, dah mula rasa sakit-sakit belakang, sakit pinggang, aku dah bagitahu En.Yie, rasa macam dah nak bersalin je niii....

Rasa sakit-sakit belakang dan sakit pinggang membawak hingga ke malam. tapi tak kuat sangat laa.. under control... aku rasa sakit belakang aje, perut tak sakit pun, tak rasa langsung apa-apa contraction (masa tu aku di rumah mertua).

Pukul 10 mlm lagi lain macam sakit dia... lepas tu kakak ipar aku suruh aku gi toilet ada tak keluar apa-apa lendir di spender, aku check memang ada secoet lendir warna coklat, pastu dia terus suruh aku gi hospital segera, aku rasa serba salah sebab perut aku tak sakit, pinggang aje sakit.. dia suruh gi jugak, katanya bila dah keluar lendir tu, maknanya dah nak bersalin la tu, jalan dah start terbuka la tu...

Aku pun pergi laa jugak dengan En.Yie... mak mertua dan kakak ipar aku pun pergi jugak.. masa otw ke hospital sempat call mak aku yang aku dah otw ke hopsital.. sempat juga singgah stesen minyak beli air dan roti sebagai alas perut aku.. kakak ipar aku suruh beli roti untuk tenaga aku nak push nanti... tapi aku langsung tak jamah, tak terasa nak makan apa-apa sebab sakit dan nervous... 

Dalam pukul 1030mlm aku dah terpacak depan bilik bersalin, lepas serah buku pink, nurse suruh aku masuk dalam, masuk je dalam tu, start rasa sakit contraction dah.. bukan sejam seklai dah sakit dia... 5 minit sekali kot rasa sakit tu datang, memulas2 dalam perut... 

Doctor datang "check jalan" dia kata bukaan baru 4cm... katanya lambat lagi ni, kena masuk wad dulu laa nie, anak sulung kebiasaannya lambat nak tunggu hingga ke 8-10cm.. lepas tu, nurse cakap takpe laa, awak duk je kalau kejap lagi bukaan masih 4cm, kena masuk wad...

Lama gila rasanya aku terbaring kat katil dalam tu, sebelah aku ada sorang akak tu, teruk bebenor gulingan dan raungan dia.. sakit sangat agaknya... aku cuba sabar dan cuba control sehabis mungkin, sakit tak usah cerita, puas pusing kiri kanan, tetap tak hilang rasa sakit, last skali aku rasa dahaga, aku turun senyap-senyap dari katil gi jenguk family aku kat luar, gi mintak air, 

Masa tu mak ayah aku dah sampai, mak aku hulur air solat hajat yang ayah aku smepat buat sebelum datang hospital, aku minum 2-3 teguk je, sebab nurse tak bagi minum banyak nanti anak lemas katanya, lepas minum aku masuk balik,

Masuk dalam tu, berguling-guling, aku tahan sakit... rasa nak tercabut ari-ari.. huhu... pastu doctor mai check jalan lagi, katanya dah 8cm, dah boleh tolak ke Labour Room.. cepat betul! (berkat minum air solat hajat agaknya)..

Bila dah masuk Labour Room, nurse siap-siap alat-alat, pasanmg drip segala, pastu dia panggil suami masuk.. En.Yie pun duk sebelah kiri aku, sakit nak beranak terasa makin kuat, terasa macam baby nak terkeluar aje.. nurse tak bagi aku push lagi, katanya biar cukup 10cm dulu, aku pulak rasa macam takleh tahan dah, rasa baby dah keluar, pastu nurse check jalan katanya dah 9cm, "Okay dah boleh teran"

Akhirnya 22/10/11 tepat jam 1.27am lahirlah anak aku dengan berat 2.70 Kg, dan diberi nama Muhammad Haziq Fikri. Muhammad; nama Nabi. Haziq; bermaksud Cerdik. Fikri: bermaksud Pemikiran. gabungan ngan cantik, HAZIQ FIKRI = "Pemikiran yang Cerdik".

Semoga membesar dengan sihat walafiat anakku!



Gambar kat atas ni masa beberapa jam selepas fikri dilahirkan.. fikri terpaksa di tahan sekejap dalam NICU sebab Fikri dah lemas dalam perut aku dan dia dah terberak dalam perut dan siap tertelan air/najis dalam perut. 

Ni disebabkan aku yang tak pandai nak "Push". banyak kali kot kepala fikri duk keluar masuk, nurse terpaksa tarik2 kepala fikri dan sorang lagi nurse terpaksa tekan-tekan sikit perut aku, nak mudahkan baby keluar... fuhhhh azab rasanya nk meneran baby sampai keluar, habis tenaga wooo... tapi bila dah keluar saja baby, terus rasa sakit tu hilang...

Masa Fikri dah dipotong tali pusat, nurse letak fikri kat dada aku, dia tanya aku laki ke perempuan, aku jawab "lelaki". pastu aku terus belek jari, kaki, tangan, saja check nak tengok cukup sifat ke tidakk... alhamdulillah semuaaaaa cukup... terima kasih Ya Allah...


Muhammad Haziq Fikri


Day 2

Masa umur 3 bulan

Image result for fikri ke ni - jaakechik
7 bulan

Harapan aku, moga aku akan mengandung lagi secepat yang mungkin. semoga Allah Taala permudahkan. semoga Allah kurniakan aku anak-anak yang sihat walafiat, cukup sifat, comel, pandai dan soleh solehah. amin ya rabbal alamin.



Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :

5 comments:

  1. insya allah kak...xde pape nya.=)
    sma2 berdoa kat Dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp...hrp mcm tu lah...smoga x berulang lg...dah serik!

      Delete
  2. takut jugak ehhh. jaa pun sengugut boleh tahan kuat jugak.

    ReplyDelete
  3. cikna senggugut. tiap2 bulan mesti kena sampai guling2 sakitnya. sejak cikna 1st time period masa form 4 sampai la skrg. mcm2 ubat dah mkn. cikna teringat yg jaa citer aritu. nk g cek tp takutt.. T_T

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah

    setakat ni period ciksu normal.

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...