kelab blogger ben ashaari, KBBA,

27 March 2012

My Biodata





BIODATA PENULIS


                        Nama : Norhariza bt Abdullah
                        Nickname : jaa @ jaakechik
                        Tarikh lahir : 01 Oktober 1988
                        Umur : 27 tahun
                        Email : jaakechik@yahoo.com
                        Facebook : www.facebook.com/jaakechik
                        Twitter : www.twitter.com/jaakechik
                        Status : Sudah berkahwin a.k.a bini orang (^_^)
                        Nama suami : Mohd sukri bin ya @ zakaria
                        Nama anak : Muhammad Haziq Fikri (4tahun)
                        Pendidikan : Student tahun 3 PJJ USM
                        Kerjaya : Staff Gomen di Kelantan 
                        Alamat : Wakaf Bharu, Tumpat Kelantan
                        Tarikh create blog : Julai 2010
                        Tarikh serius blogging : Februari 2012


 SALAM PERKENALAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua!


Terima kasih kerana berkunjung ke ruangan ini. Di atas ini sedikit penerangan ringkas mengenai diri saya (penulis blog). saya jadikan blog sebagai medium untuk berkongsi bermacam cerita dengan orang luar dan anda semua. Blog ini lebih kepada Blog Personal and Lifestyle. blog ini banyak memaparkan tentang hal diri saya dan keluarga dalam menjalani kehidupan seharian.

Bagi jaa blogging adalah tempat untuk mencoret apa sahaja kenangan yg kita lalui sepanjang hidup. kita tak tahu samada untuk 20 tahun akan datang (jika umur panjang) kita masih mampu ingat atau pun tidak kenangan kita yang lalu. impian saya untuk mengabadikan segalanya di blog ini kerana bagi saya blog ini akan menjadi kenangan buat saya sekeluarga di hari tua nanti.




Sejarah wujudnya blog jaakechik corner :



Jaa mula create blog pada julai 2010 hanya untuk promote bisnes pusat internet yang dibuka pada mei 2010.  Kunun nak promote bisnes. Sebab itu memula dulu jaa menggunakan URL jaakechik-e-niaga.blogspot.com. hehe. bermula hujung Disember 2012 baru lah jaa bertukar ke domain sendiri dan menggunakan URL WWW.JAAKECHIK.COM

Sejujurnya tiada siapa pun yang menjadi inspirasi dan tiada tunjuk ajar dari sifu pon masa jaa mula create blog. Sesaje mendaftarkan diri. Akibatnya blog hanya ada satu entry saja dan menyepi sekian lama kerana tiada followers, tiada visitor dan tidak cantik dan tersusun.

Mood blogging terbengkalai selama 2 tahun. Tanpa di login pon. Teruk! mood untuk serius blogging hadir bila selalu membaca blog peribadi blogger lain yg dijumpai setelah menggoogle resepi, kisah percutian, tips dan benda2 lain lagi. Dari situ timbul minat utk aktif tapi sayang tak ingat password sudahhh...huhu.

Tidak berpuas hati cuba reset password dan mula google cara nak hias blog biar cantik. Maka terjumpa beberapa blog tutorial. Especially blog LYSSA FAIZUREEN. Berlambak tips and tutorial. Cuba edit tapi tak faham dan still mengong! Usaha keras lagi cuba phm apa itu, tick expand widget, apa itu edit HTML, apa itu gadget dan kod-kod lain. Kaji..kaji…dan kaji sendiri…


 


Memang takde sebarang rujukan yg live. nak bertanya kunun malu. lastly godek-godek jugak. Mencuba dan mencuba…. akhirnya menjadi dan semakin faham ngn kod2 blog. Jaa mencuba sehabis upaya. Memula letak lagu, kalendar, pastu jam la, memula blogging biasa laa kan…. sume kutip letak.  Lelama baru tahu mende tu tak perlu pung!

Pastu mula bubuh shoutbox, list entry latest, wat scroll box, borders, background, header and and etc…etc… Untuk nak wat benda tu pon jenuh nak fahamkan stepnya tau. Silap buat, haruuu weiii.. boleh tunggang langgang segala kod asal. Setelah blog dirasakan cantik. Mula google camana nak tambah followers, camana nak wat entry best, camana nak itu, nak ini… hehe…

Bila ada followers, ada readers, blog dah smart, baru ler semangat nak wat entry tu marii.. hehe.. baru tak segan nak ping entry di sana sinun! Dari 0 followers terus naik ke 100, 500, 1000 dan 2000 hingga ke jumlah sekarang! Alhamdulillah....

Okeyy lah kira cukup la tu sdikit info pasal kewujudan blog ngn biodata tuan blog. citer banyak2 kang tak surprise pulok. nak kenal lebih dekat. sila ler godek2 entry lama jaa hehe... hope korang lebih memahami laa skang siapa aii ni yer... (berlagak fofulor pulak) ekeke....!!

 

NOTA DARI PENULIS   


  • segala kisah didalam entry yg anda baca itu mungkin kisah lama.    
  • segala entry yg ditulis biasanya 70% disetkan sebagai auto publish. 
  • saya tak mampu nak update blog on-time. coz, saya pun busy bekerja.   
  • saya ada tggungjwb lain sbg anak, isteri dan ibu pada family sendiri.    
  • masa blogging saya hanya pada antara jam 9 hingga 12 malam.    
  • maaf sekiranya komen @ pertanyaan anda tidak dibalas dengan cepat.    
  • segala error typing yg ada di setiap entry yg saya tulis harap dimaafkan.    
  • akhir sekali terima kasih kerana mengunjungi blog jaakechik!


Bukan senang nak manage blog ni tau. perlu masa yg betul2 rilex dan tenang. baru ler idea tu best siket sebab kita tadak tekanan. so, pada yang rasa nak wat blog tu jemput ler register yer kalo berminat... nanti boleh follow aii... leh tambah kenalan.... akhir kata tengkiu kerana sudi luangkan masa baca tentang ini.... babaiiiiii.... adioss omigos! (^_^)



Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :
DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...