kelab blogger ben ashaari, KBBA,

26 April 2012

kenangan lucu bahasa sarawak

 
terjumpa satu entry best ‘tutorial belajar bahasa Sarawak’ very nice la, bleh jadi panduan tuu…tahniah kt wan hazel, walaupun dia copy paste yg orang lain punya tp kira okeyy ler kan, sbb share info menarik ni.Tajuknya sangat menarik minat me, untuk baca sampai habis. Siap copy paste simpan dalam folder peribadi me plak tuh.
 
Begitu teruja skali….nak belajar jugak ke jom ke sini ya >>> tutorial-belajar-bahasa-sarawak. Tau ke kenapa me eksited sangat nak belajar bahasa Sarawak ni? Me ade satu kisah lucu sebenarnya psl bahasa Sarawak ni, cerita begini (kisah benar ni tau, bkn rekaan semata-mata) so, baca sampai habis ya :
 
Hari tu pergi kursus induksi di Pendang Lake Resort, ade 180 orang lebih kalau x silap jumlah peserta, tapi pompuan hanya 20 orang lebih jer (x berapa nak ingt lorhh) kitorang ditempatkan dlm 1 dorm. Dlm reramai tu 4 orang dari Sarawak, sabah pon ada jgk, yg lain2 semua dari negeri lain. Kelantan 2 orang, tganu 1, penang 1, perak 1, yg lain x hengat dah, ade bmcm negeri lagi lah…
 
Bila dah ramai geng from Sarawak tuh, so, diorang selalu bcakap2 dlm bahasa diorang la kan. Masa tu kami yg lain-lain ni, tercongok jer dengar bahasa diorang tuh…pelik sangat laa….kdg2 mcm terasa duk kt Sarawak pulak sbb riuh rendah ngn bahasa diorang tu, sangat asing di pendengaran me nih (sblom ni takdak kawan Sarawak)
 
Lebih kurang seminggu mengenali kami lebih rasa rapat cam adik beradik dah, (kursus tu 2 minggu), so, kami dah boleh makan sekali, bgurau senda siap btepuk btampar lagi, lastly nak dijadikan cerita, dlm kusyuk duk bgelak sakan me tertepuk la bontotnya tuh tiba-tiba :
 
Dia menjerit kuat  dan seperti sedikit melatah,
 “oittt, sakit lah b……. aku!”
Haaaa…..tergamam me dibuatnya! Kalau nak tau apa yg dia sebut tuh, tnya le wan hazel….hahahaa….x sanggup me nak sebut, sbb dikelantan perkataan itu kemaluan bg perempuan tuh! (Agak lucah disitu…sorry ya x tgamak nak tulis!)
 
Buat Dayangku Nur Syaza a.k.a Deng, kalau kau baca entry nih, harap komen ya, keje kat daerah mana ek sekarang? Ke dapat balik Sarawak dah?? Kenangan paling manis dengan kamu yang x kan dapat dilupaa…….miss u so much dear….ngeeeee……
 

10 comments:

  1. hahahhah.... a ah betul tu sama tak sama maksud...kalau datang sarawak jangan salah faham je..hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe....xper nati kalo nk gi sarawak bleh try test tutorial wan hazel! copy paste bwk ke sana hehe...

      Delete
  2. haha.. dulu mula2 keje kat smenanjung ni xtau jugak maksud b.... tu lain rupanya kat sini.. aritu tau sbb kwn tegur bila ejulz sebut word tu.. dia kata kat sini lain maksudnya.. lps tu br ejulz x berani nak sebut kat org sini.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...geli hati masa dgr tu kan....kalo kt kelantan mmg burok amat bunyi nya!

      Delete
  3. hehehe...selalu jd camni... walaupun ena bukn org sarawak or sabah tapi ena berkawan dengan org yg berlainan negeri di semenanjung..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ramai kwn ni bgus sbnarnya,
      dpt blajar mcm2...

      Delete
  4. hahaha. macam tau je apa perkataan tu :p
    meh meh dtg sarawak meh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nati kalo dtg sana, hazfee bwk family jaa jenjalan bleh..hehe..(bila laa agaknya bleh pegi)

      Delete
  5. mcm tahu je b tu ape. hihi. opssss.

    ReplyDelete
  6. ada lagi bahasa lain ( contohnya keting dalam bahasa Iban. Keting bhs Melayu maksudnya urat kaki tapi bahasa Iban maknanya perempuan punya. Hati-hati org semenanjung bilan bercakap " sakit keting saya( kalau perempuan, atau kalau lelaki bercakap dgn perempuan Iban boleh saya lihat keting awak atau menegur besar keting awak.

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...