kelab blogger ben ashaari, KBBA,

28 May 2012

Cara Kira Waktu Subur Langkah Demi Langkah!


Ada yang tanya jaa soalan 'Macam mana nak tahu waktu subur?'. Hrmmm…. Camana jaa nak bagitahu ni yer?? Jaa benornya memang masih merancang untuk jarakkan anak. Jaa guna cara simple aje. Jaa just mengira hari subur dan tidak subur. Tu aje yang jaa praktikkan. Tak makan apa-apa ubat perancang pong.. makan maajun dari mak bidan? Ohh No, jauh sekali. jaa tak pernah guna sume benda tu.


kenapa waktu subur perlu di ketahui?

1. untuk mendapat zuriat.
2. mengelakkan untuk mendapat zuriat.

Kenapa pentingnya mengetahui waktu subur? Erkk.. ada gak ke pompuan yang tak tahu ni? Aiyoo tahap berat tuu kalo ada yang tak tahu. Kepentingan waktu subur ni adalah untuk mendapatkan anak laa... Untuk nak merancang atau jarakkan anak pun ye gak. Kalo nak merancang anak, bila waktu subur tu takyah ler nak ehem-ehem kedalam… keh.. keh.. kehh.. (sory lucah sikit :p)

step 1

- tandakan tarikh hari pertama period anda bulan lepas.
- contoh : 04/02/2013

step 2

- tandakan tarikh pertama period bulan ini pula.
- contoh : 05/03/2013

step 3

- step ini untuk tahu jumlah kitaran haid anda.
- sekarang, kira jumlah hari dari 04/02/2013 hingga ke 05/03/2013
- contoh : 04-28/02/2013 = 24 hari dan 01-05/03/2013 = 5 hari
- 24 + 5 = 29 hari = jumlah kitaran haid anda

step 4

- cara menentukan waktu subur anda pula ialah :
- kitaran haid - 14 hari (wajib/mesti ditolak 14)
- 29 - 14 = 15
- maka, hari subur ialah pada hari ke-15 anda haid pada bulan ini!
- iaitu pada 19/03/2013

kesimpulannya :

jika mahukan zuriat
- anda dinasihatkan untuk 'bersama' pasangan anda pada waktu ini.
- bermula 3 hari sebelum dan 3 hari selepas anda dijangka subur..

jika tidak bersedia untuk timang zuriat
- minta suami anda 'ejakulasi/pancut di luar rahim' pada waktu ini.
- bermula 3 hari sebelum dan 3 hari selepas anda dijangka subur.


pada hari kita dianggarkan subur, kita perlu 'bersama' dengan suami pada 3 hari sebelum dan 3 hari selepas dijangka subur kerana, bila saat ovulasi berlaku secara tepat memang tidak diketahui. itu hanyalah anggaran melalui teknik pengiraan secara sains. cuma ada baiknya 'dilakukan lebih awal' kerana air mani / sperma mampu hidup lama didalam rahim (biar dia standby jika telur muncul).

Kalau tak faham cara nak kira waktu subur tu takpe. Korang tak perlu nak peningkan kepala duk kira. Just sediakan duit dan beli jer alat pengesan waktu subur tu kat farmasi. Lagi mudah. Hehehe. Tapi ko mampu ke nak gi beli tetiap bulan/ tetiap masa???? Kalo mampu….. up to u ler.. kalo tak mampu… sila belajar sampai khatam yer. :)

SELAMAT MENCUBA!!


*****************************************************************


tetapi harus ingat kitaran haid tidak sama pada setiap bulan. oleh itu, anda harus menanda dan sentiasa mengira. perlu ingat juga bahawa kita hanya merancang ALLAH yang menentukan. di atas adalah mengikut kajian sains. Allah itu maha berkuasa. sekiranya dia nak bagi anda zuriat. tetap akan terjadi jugak.

apapun pada yang belum ada anak jangan risau, rezeki anda mungkin ada. cuma mungkin lambat. yang penting berusaha dan berusaha. selalu mohon pada Allah untuk berikan anda zuriat. jaa sendiri pun ada anak selepas 3 tahun berkahwin punya lah lama kami menunggu.

jaa sendiri menghidap endometriosis, boleh baca di ENTRY INI. selepas lebih kurang setahun operated baru jaa mengandung! alhamdulillah....syukur padamu Ya Allah. jangan lupa check kesihatan dengan doktor juga. mana lah tahu ada penyebab lain. wallahualam.



Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :

8 comments:

  1. bagus info ni...kekadang tak faham gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. try baca slow2 dan kira. gerenti akan fhm!

      Delete
  2. sy seorg lelaki dan belum berkahwin.. perlukah saya membaca entry ni sekarang? hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu laa..nanti boleh ajar isteri hehe

      Delete
  3. ermmm , lambat lagii , tak pe , tak pe. 6 tahun lagi teya baca . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...xper belajar dari sekarang pun boleh. nanti xde la....tergagau-gagau.

      Delete
  4. RM1/pcs strip ujian ovulation OPK (kesuburan)/pregnancy UPT (kehamilan).


    blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

    sms: 0122429082 (puan nor)
    email: lovidoobidoo@gmail.com

    ReplyDelete
  5. tenkiu jaa share..
    trima kasih juga sbb memahami..

    dari mula kwin sampai skrg alhamdulillah tak pernah miss catit dan kira.belajar dgn akak senior..

    tak pa su cuba lagi..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...