kelab blogger ben ashaari, KBBA,

30 May 2012

kenapa ye orang tua takut ke hospital?

salam untuk semua.

jaa semakin busy sekarang, kadang-kadang sempat post entry ringkas aja! kengkadang nak jenjalan ke blog orang pun tak menyempat dah. sory yer semua kalau jaa tak sempat nak reply komen korang tu...ada masa jaa akan jejak kembali.

jaa busy sebab mak jaa kurang sihat sekarang. kadang-kadang lepas balik keje from pengkalan kubor terus direct ke chenderong batu. orang tua ni susah jugak kan? bila sakit kita nak bawak ke hospital tak nak. pastu duk tahan sakit-sakit sengsorang! tak tau nak buat apa dah...hrmmm.....


bila dah serius, baru nak pegi


apa yang kolot singkat sangat mind diorang tu. selalu pikir yang kalo gi hospital kononnya kena bedah la, doktor buat tak elok laa, nurse garang la....hape la....haaaisshhh..... serius, jaa memang tak faham. tak tau camana cara nak perbetulkan kepercayaan diorang tuh! ada cadangan tak?

ekceli, mak jaa ni dah umur 56, tapi still datang period taw! so, sekarang ni period dia datang dengan banyak sekali dan sakit sengugut yang melampau. maybe nak m.e.n.o.p.a.u.s kot! huk! huk! sungguh celopar mulutku! bila dah datang banyak tu, dia jadi lemah tak berapa nak bermaya. kadang-kadang jadik pening sebab kehilangan banyak darah.


guna produk ni, okey tak?


puas pujuk dia takmo pergi jugak. last-last memerap dalam rumah, sekarang ni pun tak kuar berniaga hampir seminggu dah. ayah jaa le yang kuar sengsorang. kalau anak-anak nasihat dia buat dunno jer. huhu. semenjak dua menjak ni pulak dia dah ada tebiat baru.

tebiat nak makan nasi hanya lauk KETAM! haha. entah sakit ke mengidam jaa pun tak tau.. muehehe.. ketam pulak takmo ketam biasa, nak ketam nipah. korang kenal ke ketam nipah? haha. nak tau cer google.... pastu suka jugak order yang pelik-pelik. kadang-kadang mintak nak makan ikan bakar! ikan pulak nak ikan besar! aduii....pelik..pelik...


kalau tak dapat, tarik muncung terus merajuk, hai..susah.


dalam seminggu ni boleh dikatakan tetiap hari dia makan ketam! tapi kengkadang tu still merajuk lagi...sebab ketam nipah takdak. ada ketam biasa je. ketam nipah tu susah nak dapat. dan kalau ada pun harganya memang melambung tinggi. antara RM30-40 1kg. beberapa hari lepas jaa beli 1kg tu RM30.

Tapi isi dia pergghhhh...memang sedapp! mak jaa yang tengah sakit tu pun boleh jadi segar mega tau dapat makan ni. tapi segar time makan je la, pastu monyok balik...kui...kui...kui.....hari ni jaa ingat nak beli lagi kat Pasar KADA di Bunohan. hope ketam tu ada.


ni ler rupe ketam nipah! besar, banyak isi.


for my lovely mom, jaa doakan semoga cepat sihat. love...love...and love u so much... kalau mak baca entry ni, jangan la majuk-majuk okehh.... kang jaa tak beli ketam baru tahu! muehehe... opkos dia tak baca pun. mana le dia tau pasal internet segala ni... dia hanya tau sebut pesbuk! tu pun sebab adik-adik selalu bukak untuk on9 dengan family yang jauh....hehehe...


nota kaki :
biarpun parent kita tak celik IT, tapi kita patut bersyukur tanpa usaha gigih dia cari rezeki untuk membesarkan dan menyekolahkan kita,  kita pun tak kan celik IT.....tak gitu?? sedih ler pula...sob..sob..

22 comments:

  1. moga mak akak cepat sehat yer
    wahhh ketam kesukaan eyla gak hikhik
    ketam nipah mmg mahal ad0oiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. mmg mahal pon, mahal giler2!

      Delete
  2. smoga mak cepat smbuh...:)

    jgn kata org tua,sy ni pon sgt tak suke pegi hospital..kuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. aii..penakut gak ke? jgn le mcm tu yunk!

      Delete
  3. kesian mak akak...moga cepat sembuh ....

    ReplyDelete
  4. biasanya ni menunjukkan simptom2 menopause...berlaku mcni sbb perubahan hormon...
    dyeorang jugak sangat sensitif...
    kena tahan ckit la ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengkiu sudi share info. insyaALLAH kitorng akan lebih memahami dia

      Delete
  5. makcik..semoga cepat sembuh ye..tak mau merajuk ye :)

    ReplyDelete
  6. org tua mmg takut pegi hospital kan. hospital sekarang dah canggih manggih bkn mcm dulu lg. sabar jelah jaa. layankan aje mak jaa tu. semoga dia cepat sembuh. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengkiu chic na! mak jaa sekampung ngn chic na. agak-agak bila boleh bersua muka kita dua ni yer? huhu.

      Delete
  7. tak tau la..parents yatt okey je...bila kuar sepital siap puji2 bagai sepital tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus le kalo mcm tu, tak mcm paret jaa mmg susah nk pujuk ke spital.

      Delete
  8. entah la nak ckp..sbb mse dulu2 pun abah x suke g spital...kalau bawak abah p spital kompem abah lari keluar ikot pintu blkg spital..haha..btw,smge mak jaa cpt smbuh n x ngidam yg pelik2 ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengkiu eja. hope mcm tu lah.
      abah lari ikut pintu blkg..?
      hehe cam kelakar la pulak..

      Delete
  9. yup, diorg mmg takut sgt bila terpaksa pegi hospital.. xpe laa pujuk leklok yer ^^

    ReplyDelete
  10. smoga mak akk cepat sembuh :)
    mak shu pon kdg cmtu jgk. ckp byk kli bru nk g. hehe. pnt dgr ank potpet :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. org tua ni kdg susah. ckp dia suh kita dia. ckp kita takmo pulak.

      Delete
  11. smg mak sis cepat2 sembuh ye

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...