kelab blogger ben ashaari, KBBA,

28 June 2012

program sembang santai


salam untuk semua! jaa sefamily hari ni sihat alhamdulillah. korang lak camano? sihat dok? hope baik-baik saja oke. orite, jaa ado satu aktiviti menarik untuk dikongsi bersama korang sume nih. citer last thursday hari tuh. panas lagi ni, belom basi lagi tau... sebab hari-hari jaa panaskan dalam microwave. muehehehe.....


ni aktiviti anjuran AADK Tumpat bersama Majlis Tindakan Memasmi Dadah (MTMD) sempena program sembang santai bersama masyarakat dan Ahli Skuad 1 Malaysia yang diadakan pada hari khamis baru ni, 21 jun 2012 di Padang Perumahan Kok Seraya, Tumpat. jaa bersama ketua unit en.zolkiffli bersama beberapa staff lain dijemput untuk menjadi urusetia.

 tempat VIP berucap
 kemas dan teratur.

ni persiapan tempat yang diselia oleh Majlis Daerah Tumpat. program ni memang bagus. rugi kalo tak join. kalo selepas ini program ni ada di tempat anda. sila hadir ya. banyak aktiviti menarik yang disediakan. ada pertandingan kuiz berkaitan dadah dengan hadiah yang menarik. boleh tengok pameran dari pelbagai agensi lain. seperti Rakan cop, AADK, dan lain-lain.. nak check kesihatan pon boleh. percuma jer. sebab cik misi pun ado.

jaa pun sign tau.. tetiba rasa cam retis.. hikhik..

acara turunkan tandatangan untuk sama-sama menyokong 'pakat-pakat benci dadah'. disini para pengunjung akan diberi sedikit ceramah dari Pengasih untuk memberi motivasi kepada kita, walau 20 tahun terlibat dadah sekarang mereka sudah bebas! kalo diorang boleh kenape yang lain tidak? ye dok?

                                            sila ler tambah lagi, wat macam umah sendiri oke.
kalo jaa gi duk sebelah diorang tu, aci tak?

jaa ditugaskan untuk urusetia pendaftaran dan jaga makanan. sebab tu jaa tak sempat nak ushar apa lagi yang ado kat situ. hehe. program ni start pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari. walaupun panas terik, tapi alhamdulillah program berjalan lancar. ramai yang datang.

jaakechik pon nak interframe gak.. *wink..wink..*


p/s : program ini patut diteruskan lagi pada masa akan datang.
semoga dapat memberi input yang yang baik pada yang hadir.

8 comments:

  1. jauhnye kat tumpat.hikhik
    ika dok kb je .

    ReplyDelete
  2. wahh..best! lamenya mamam tak join aktiviti camni..tak berpeluang kot..hiks

    ReplyDelete
  3. auww.. ni VVIP jugak ke sis jaa. hehehe :D

    ReplyDelete
  4. bestnya jd urusetia makanan. boleh makan sokmo. hehehe..
    asal mulut muncung je tu jaa. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best tapi segan jugak nak ngapp byk2 hehe... jaa muncung sbb yg snap tu lmbat sgt klik!

      Delete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...