kelab blogger ben ashaari, KBBA,

28 June 2012

warkah buat isteri

assalamualaikum semua!

hari ni jaa boring sangat pastu terasa gatal-gatal tangan untuk menerjah resepi, mula la google resepi menarik, lepas satu ke satu blog... dari blog resepi ke blog-blog yang lain. dan sampai ler ke -> moon punya blog . sampai situ jaa terus berhenti... baca dan hayati... terkedu. speechless!

masih cuba kekalkan kebahagiaan

sungguh jaa menangis sepuas-puas hati... hari ni. tak tahu nak kata ape. sebab hati kecil jaa betul-betul rasa, terluka, sedih, simpati dan terasa turut merana, hanya disebabkan info dari blog beliau itu tentang -> ABIL4FAUZIAH . beliau berblog untuk si isteri yang terlantar sakit.


semoga kak gee sihat kembali..amin..amin...amin...

sesungguhnya masih ada lelaki yang bergelar suami, yang baik, bertanggunjawab dan mithali di abad ini. sungguh jaa salute, dan tabik spring! thumb up untuk abang abil. tabah dan cekal sekali dalam mengharungi dugaan yang jaa sendiri mungkin tak mampu lakukan seorang diri.

dijemput untuk baca secebis artikel abang abil :

Hari berganti hari dengan kedudukan I yang tak bekerja ni dan duit simpanan pun mula berkurangan membuatkan I risau sekali lagi, memanglah ada bantuan daripada keluarga tapi mereka pun ada tanggungan kan....I cuba mendapatkan bantuan dari JKM, alhamdulliah berjaya... sebanyak RM300.00 sebulan, kira oklah tu..sedangkan perbelanjaan asas you sebulan mencecah RM2500. I cerita ni bukan nak suruh you ganti..,
tapi you perlu tahu. You tahu tak.. untuk menjimatkan perbelanjaan, tengahari I makan nasi dengan lauk, malam I makan roti gardenia bersama kaya dan planta, kadang-kadang bila muak makan roti I ganti dengan mamee berperisa kari....kalau you baca ni nanti, mesti you nangis sedangkan semasa you sihat you tak pernah membiarkan I berlapar perut, I ingat lagi apa sahaja yang I minta untuk makan, you tak pernah hampakan dan you sentiasa tersenyum bila I kenyang macam biawak hahahaha..........
Tengah makan mamee pun I nangis sebab sebelum ni jangan kata kita makan bersama,you akan suapkan I bila makan. Terkenangkan itu.....luka hati I. Suami mana yang tak sedih, bila isteri dia tak mampu lagi masak,suapkan makan, bergurau senda dan yang paaaalingggg menghiburkan hati I,bila selesai makan, you akan buat facial muka untuk I......
seriosly, jaa menangis semahunya sepanjang jaa baca entry beliau tadi. semua entry nya jaa baca... kerana ketulusan abang abil yang sabar menjaga isterinya (kak gee) yang menderita kerosakan pada saraf otak pada 22 jun 2011. rela berhenti keje untuk menjaga isteri sepenuh masa. anda dijemput untuk ke blog beliau yer... sebarkan cerita beliau semoga mendapat bantuan yang lebih bagus.

p/s : untuk sebarang bantuan hubungi abang abil di : 016-2634258 (seremban)

11 comments:

  1. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga si suami sentiasa tabah n si isteri beransur sembuh. Aamiin :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa jaa harap pun begitu.. mmg sedih sgt2

      Delete
  2. pernah baca. sedih sgt kan. tabah betul suami dia. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. beruntung dia dpt suami mcm tu. walau pun sakit. suami still syg, peluk cium lagi.. :)

      Delete
  3. semoga dipermudahkan segalanya...sedih tengok ..huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...
      mmg sedih kan. sabar betul dia!

      Delete
  4. semoga dye cpt sembuh.. sedih la tgok :( huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedih.... jaa nangis semahunya tadi. tak segan silu dah..

      Delete
  5. Salam..membaca entry u berkaitan kisah sy n isteri, frankly, sy tak terkata apa dan sy juga rasa hiba coz sy benar2 harapkan isteri sy dapat membaca warkah ini suatu hari nanti. Jaakechik, terima kasih n terima kasih atas sokongan yg di berikan pada kami berdua di sini....terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope abg abil lebih tabah dan cekal ya. btw, tengkiu sudi follow sini.. hope pasni abg abil dapat lebih bantuan... semoga suatu hari berlaku keajaiban ALLAH SWT. Dia maha berkuasa, dan tak mustahil k.gee akan sembuh kalo itu kehendakNYA... amin.. amin...

      Delete
  6. semoga kak gee cpt sembuh amin...........

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...