kelab blogger ben ashaari, KBBA,

30 July 2012

special ramadhan


NOTA :  GA jaakechik corner akan berakhir jam 12.00 malam ini!

masa entry INI, ramai yg komen dan tanya sempat ke masak pukul 6ptg? haha. good question! mana tak sempat masak simple jerkk... haha. beli yg dah masak siket, masak homemade siket. lagipun lauk/pauk dah siap direndam, bwg pon dah dikupas. so, cepat ler... kalo nak masak pelik2 memang tak menyempat la..

3 hidangan yg sama disediakan untuk kami family besar!
kami kena bersila/bersimpuh kat lantai je laa, tak muat meja!

ni menu berbuka masa di rumah mertua jumaat yang lepas. macam-macam lauk pauk ada. kitorang pakat masak ramai-ramai. kejap jer siap. ado talapia sweet sour, ado ikan tuko bakar air asam, ayam percik, ikan dan daging bakar. sambal ikan bilis petai. dan ikan gorang jugak! memang best...rambang mata nak pilih lauk!

peace...toink..toink..

tu antara model2 nya! tukang pulun no.1 yg baju berlengan merah tuh! kaw-kaw punya dia hadap! yang paling best 4 jag besar air disediakan hari tuh! air tebu, teh o 'beng', dan sirap selasih 2 jag (yg paling laku) 4jag tu semua licin kena pulun. makan tak hengat dunia semuanya! nasi seperiuk besar pon hampir licin. betul2 mentekedarah! haha.


****************************************************

masa berbuka dirumah jaa pulak berlainan bebenor ngan menu kat atas tu, huhu. langsung tak femes! sesekali makan sesuatu yang berlainan best jugak kan? even lauk tak berapa mengancam tapi ianya PECAH REKOD tau! my en.suami bantai nasi 2 pinggan tuuu... belom penah sepanjang puasa dia bertambah nasik! ohh.. terharu... terharu... hebat tak menu aii?? jom tgk apa yang best tuu...

ikan aya/tongkol masak pedas (beli bazar ramadhan)
ikan selayang rebus goreng (homemade) penyedap nasi kelmarin! haha.
jagung muda, kcg botol dan pucuk ubi celur.
ulam cicah budu berisi durian fresh not tempoyak ok!
sambal ikan bilis goreng a.k.a tumbuk berlada
air nyiur muda 1 jag
kuih akok 4 keping

hahhaha....menu tak moden langsung! hehehhehee.. tapi takpe. memang puas hati. kali ni kitorang makan bertambah tau. lauk kampung jangan di pandang sebelah mata. walaupun nampak tadak selera tapi nikmat dia..fuhh... besttt... ikan rebus goreng tu pebret sejati jaa tuh....!! korang pulak apa menu hari ni?


p/s : tekak orang kelaate gini la seleranya....ngeeee

14 comments:

  1. ayoo...terliur la jaaa oiii...hiks

    best makan ramai2 camni..meriah gitu :)

    ReplyDelete
  2. fuhhh....banyaknye mknan :) selamat berpuasa akak :)

    ReplyDelete
  3. aiseh terus kecuq ayaq liuq aihh! :-P hehe

    ReplyDelete
  4. wahh.. bestnye berbuke ramai2 cam tu...teringat masa dok kat sentul dulu..masa semua belom kawen... tak sabar nk tau pemenang GA jaakechik.. :)

    ReplyDelete
  5. oo..faham2..kenapa sempat masak..hihi
    tapi kan jaa..lauk pauk yg simple2 tu, mmg berselera bila makan..nak2 pula tgk ulaman2 tu..terliur dah ni...dan pertama kali nur tgk pucuk jagung di buat ulam...

    lepas ni boleh cuba..hihih

    ReplyDelete
  6. betul tu jaa. lauk2 yg macam tu la sebenarnya lagi selera nak makan bulan2 posa ni. banyak jugak lauk jaa buat eh. kat umah cik na selalu 3 lauk je. :)

    ReplyDelete
  7. aduh..ptg2 tgok..rase teringin pulak tgok makanan tu semua..haha..teruk nye sy ni:(

    ReplyDelete
  8. macam mane agaknye rasa budu ngn durian ek..

    ReplyDelete
  9. ayaq nyiok tu sedap :D teringin nk minum.. haha.. jaa.. tysm taw :)

    ReplyDelete
  10. bestnye entry ni.mesti meriah kan family Jaa.bestnye.famili cendol dah takde ramai2 dah.ramai yg Allah dah panggil.so puase tak semeriah dulu.huhu gud la u ramai2 bukak pose..ramai2 masak.mesti meriah!

    ReplyDelete
  11. meriah laa sbb ada ramai tukang pulun, hikk...

    ReplyDelete
  12. sangat sempat masak kul 6 sbb jaa pun masak kul 6.30. huhu. tapi utk berdua jelah. tu pun suami bantu. ;)

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...