kelab blogger ben ashaari, KBBA,

27 August 2012

Misteri Villa Nabila



 

Assalamualaikum, rasanya dah ramai yang tahu akan cerita ini, villa yang dikatakan menyeramkan di Johor Bahru, berhampiran dengan Danga Bay.. memang banyak kisah misteri tentang rumah ini Sebenarnya banyak kisah yang diceritakan orang mengenai kejadian di rumah ini, tetapi tak dapat nak dipastikan kesahihannya.. antaranya :
.
Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
.
Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun. .

Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Versi 5 – Villa ni dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhirnya, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun.
 
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. 

Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi 6 – Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.
 
P/s: Memang banyak kisah misteri disebalik Villa Nabila di Johor Bahru ini, ini belum lagi termasuk dari cerita mulut ke mulut, rasanya lebih banyak misteri yang dapat diselongkar.  

cerita ini betul atau tidak wallahualam! hanya ALLAH saja tahu segalanya!


sumber : copy from facebook anda juga boleh juga baca di --> blog ini

27 comments:

  1. villa nabila? zoul tak pna dgr lak citer sal ni hehe..tp tgk rupa mcm seram je villa ni...

    ReplyDelete
  2. pnah baca citer ni dulu tapi x sangka ada byk versi, huh...

    ReplyDelete
  3. DEDEQ PERNAH DGR CERITE NI DRI KWAN2 .. HEHE .. MNE SATU BETOL ERK ? HOHO

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing...ramai yg post kat fb...tp kena guna apps...huhu...malas punya pasal...tak buka baca pn....nasib baik awk share...=)

    ReplyDelete
  5. first time baca pasal nie...seram...

    ReplyDelete
  6. sayangkan villa tu di biarkan macam tu saja..
    siapalah pemilik sebenar2nya..

    ReplyDelete
  7. kat blog mazidul pun ada juga menyingkap villa nie...
    anyway, saya dah follow blog awak... jemput la follow blog saya yg tak seberapa tuuu

    ReplyDelete
  8. http://chot91.blogspot.com/2012/08/contest-segmen-bersama-warna-kegemaranku.html

    first contest dri chot..hope sudi join n support me yer..tq..:)

    ReplyDelete
  9. Sayangnya.... rumah beso2 tapi tiada penghuninya!.....

    ReplyDelete
  10. versi 1 dan 3 tu..macam ada pulak filemnya kan..tapi lupa da tajuknya...

    ReplyDelete
  11. sy tak pernah menginap kat situ..:)

    ReplyDelete
  12. tak nak baca...takut...
    sebab kite duk sorang2 kat umah

    ReplyDelete
  13. kan bagus law ayu yang dpt villa sebesar ni..tp xnak la yang berhantu2..hehe

    ReplyDelete
  14. besarnya umh..kalau ada fmly ramai best umh besar cmnie...

    ReplyDelete
  15. macam cita antu kat tv jee ,hehe

    ReplyDelete
  16. e,eh, tu villa saye la :D

    nama saye nabila :)

    ReplyDelete
  17. xpnh tau psl kisah ni..bru tau ni..seram2 gak ni.. tgk pintu msuk pon..seram j nmpak..

    ReplyDelete
  18. ngeri nye baca versi kematian nabila tu.. siap di simen lagik... huhu..

    ReplyDelete
  19. mcm2 versi lak.. mana satu nk caye? huhu... wallahualam..tp tgk rupa villa tu tegak bulu tengkok ni..cubalah semalaman dok dlm villa tu..ada bran ka? errr...

    ReplyDelete
  20. salam aidilfitri..

    nice blog..

    fatin zaini datang singgah dan follow anda..

    jemput ke http://www.fatinzaini.com :)

    ReplyDelete
  21. macam2 cerita ada... biasa bnda yang da di tggl lama..

    ReplyDelete
  22. seram la pulok baca nie. kena tanya nabila la nampaknya. hekhek..

    ReplyDelete
  23. biase kt jb tp x penah perasan kewujudan villa ni...mmg scary....

    ReplyDelete
  24. kalau name vila mesti berhantu. huhu.

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...