kelab blogger ben ashaari, KBBA,

13 October 2012

apakah petanda dan punca rotavirus?


 
Apa itu Rotavirus?

* Cirit-birit dan muntah-muntah yang teruk yang boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kanak-kanak biasanya 5 tahun kebawah. 

Tanda-tanda Penyakit Rotavirus

    * Demam
    * cirit-birit air
    * muntah tanpa henti
    * Dehydration
    * Otot-otot sakit dan cram
    * mata cengkung
    * kulit kasar/kering
    * bibir kering/pecah2
    * air kencing kurang, so check diapers anak

Bagaimana Rotavirus Tersebar

* Najis yang terkena virus Rotavirus boleh tersebar melalui tangan, objek-objek dan permukaan terbuka dan mungkin juga melalui pernafasan. kanak-kanak atau bayi selalunya memasukkan tangan dan jari yang infected dengan rotavirus ke dalam mulut jadi mula la penularan rotavirus.

Cara Mencegah Penyakit 

* Bayi anda diberikan vaccine, vaksin Rotavirus. diambil seawal 8 minggu sehingga 8 bulan. Ia diambil melalui mulut bayi atau kanak-kanak
* Jaga kebersihan kawasan rumah especially kalau ada bayi yang kecil.
* Ajar Basuh tangan anak-anak sebelum makan

Bagaimana mengenali jangkitan rotavirus?

Cirit-birit biasanya berlaku selama tiga hingga sembilan hari dan ia boleh berlanjutan sehingga tiga minggu. Dalam tempoh ini pesakit kanak-kanak boleh mengalami gejala demam, cirit-birit, sakit perut dan muntah pada bila-bila masa. Lee berkata, ramai ibu bapa menganggap masalah cirit-birit akibat jangkitan rotavirus sebagai sesuatu yang normal di kalangan kanak-kanak tanpa mengetahui ia sebenarnya boleh membawa maut.

Di Malaysia, seramai 15,000 pesakit berusia kurang lima tahun yang datang mendapatkan rawatan dikesan dijangkiti rotavirus. Daripada jumlah itu, 9,000 dimasukkan ke hospital manakala 34 kanak-kanak maut hanya selepas disahkan positif rotavirus.

Virus itu juga mampu hidup di permukaan keras seperti tombol pintu, lantai dan udara. Simptom atau gejala biasa yang dialami kanak-kanak terutama bayi apabila dijangkiti rotavirus adalah demam disusuli muntah dan cirit-cirit menyebabkan kehilangan air dalam badan yang terlalu banyak sehingga boleh membawa maut.

Jarang kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus mengalami hanya satu daripada simptom jelas iaitu demam, muntah dan ciri-birit. Selalunya mereka akan mengalami ketiga-tiga simptom berkenaan atau paling kurang, hanya dua kesan jelas sebagai petunjuk dijangkiti rotavirus.

Jika cirit-birit dan muntah berlarutan tanpa rawatan di antara tiga hingga tujuh hari, pesakit boleh mengalami kekurangan nutrisi, kejutan serta degupan jantung yang tidak normal, tekanan darah rendah, penurunan kadar darah sehingga menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian.

Walaupun ia tersebar akibat persekitaran yang tercemar, membasuh tangan mampu mencegah tapi ia tidak boleh dihapuskan sepenuhnya kerana rotavirus sangat kebal serta mudah berjangkit. Kesedaran perlu ada di kalangan ibu bapa sebelum rotavirus menyerang dan menyebabkan tubuh kecil bayi anda merasai derita.

Rotavirus boleh dikawal melalui pengambilan vaksin seawal bayi berusia enam minggu dan berakhir sebelum bulan ketujuh. WHO mengakui pembangunan vaksin rotavirus banyak membantu mengurangkan jangkitan dan kadar kemasukan ke hospital akibat virus itu. Vaksin yang mampu melindungi sehingga tempoh tiga tahun berfungsi merangsang badan untuk meniru tindak balas imunisasi secara semula jadi terhadap jangkitan rotavirus.


SUMBER dipetik dari SINI dan sini
klik LIKE kalau suka info ini.

15 comments:

  1. Ish...ish..menakutkan pulak..tapi ini infoyang baik dear..thanks sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahya gak kan rotavirus ni. tp info tu jaa main copy yg org lain jer ni...

      Delete
  2. maklumat terperinci jaa...
    mmg bagus.. :)

    ReplyDelete
  3. info yg baik.bahaya jugak penyakit ni kan.sian la baby ade penyakit ni.mintak jauh la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah! mintak2 fikri bukan kena pyakit nih. ~seriau!

      Delete
  4. takutnyer.kat malaysianie mcm2 virus plak adakan?isyk mintak jauh

    ReplyDelete
  5. rotavirus mmg bahaya & cepat membiak tau.

    ReplyDelete
  6. sakit ni tak kire budak kecik atau dewasa kan. aritu si die pun mcm ni. melepek je.

    ReplyDelete
  7. Umur 12 tahun ade tak yg kena rota virus?

    ReplyDelete
  8. Tq for the info..tgh mencari2 sbb hari ni 3 anak muntah2 dan demam huhu..harap2 bukan rotavirus

    Www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...