kelab blogger ben ashaari, KBBA,

05 October 2012

berendam di jeram pasu


assalamualaikum!

jaa nak kongsi kisah a few days ago. kisah berendam di jeram pasu pasir puteh. dekat jer pon. bukan obersea yer. ekekeke... kitorang pergi sehari selepas majlis sambut menantu di rumah jaa. kira bawak pengantin baru main air ler ni..hik..hik....

pergi tanpa apa2 planning sebenarnya. adik2 jaa sume mogok takmo gi sekolah esoknya lepas kenduri tu. kunun letih. parent jaa pon tak kuar berniaga jugak. family yang lain pon sama. sume pakat cuti. jaa aja yang keje jam 7 pagi. rajin kan? tapi dalam kul 2.30ptg abang jaa call. katanya,

"jom gi jeram pasu!"
"huk aloh, bakpo baru royak? aku kijo nie...."
(nape baru bagitau, aku keje nie) ~translate


pastu jaa cepat2 call hubby suruh bersiap dan tutup kedai sekarang jugak. nasib baik customer tak ramai. kalo tak, konfem kitorang tak jadi pegi. hehe. balik keje kul 3ptg terus drive laju2 balik umah. berdesupp masuk bilik. 1 minit dah siap tukar pakaian! haha. kalo bab jenjalan. kemain lajuuuu.....

 

drive lagi laju2 utk amik fikri pulak. suami sibuk drive, jaa pulak kejap2 duk tengok jam. risau! kot sampai lewat. org lain dah puas main air. kita baru terkedek-kedek nak masuk berendam. huhu!

tepat jam 4.45 petang kitorang sampai ngan selamat nya. yeayy! best betul rasa sebab orang tak ramai, maybe sebab hari sekolah. kalo weekend, mesti crowded. nak parking pon susah.

 

kecik2 dulu, mak jaa selalu bawak kitorang datang sini tau. sebab pertama, dekat. kedua, ada gelongsor sesuai utk anak2. tapi seriyes lama betul tak datang. ni pon first time jaa bawak fikri berendam kat tempat cenggini tau. risau benornya nak bawak dak kecik datang dlm ceruk hutan ni. baik elakkan kalo baby tu under 1 year yer. risau kot ada yg 'menumpang balik' sama....huwaaaa...aii seram tau!


 gambar ni burok, sebab cut from video..hehe...soryy yer.

tengok laa...hepyy betul fikri.... memula di rendam dalam air tu. kuat betul nangis. puas pujuk. dia takmo di rendam jugak. lastly, main kat tepi jer la. sapu2 kat kaki, muka ngan badan dia...pastu cuba rendam dia slow-slow balik. alhamdulillah. dia ok jer... malah over happy lagik!

terus taknak kuar dah. marah2 jer bila ada yang cuba-cuba nak angkat. sronok betul tgk. nasib baik sempat singgah beli pelampung di tepi jalan masa otw tadi. sebab kat sini takdak org berniaga bila bukan weekend rupanya.

 

 oukkh...oukhh...fikri batuk2 bila air masuk hidung ngn mulut,
 masa org wat stunt terjun gedebushh dlm air...
muehehee....cian dia!

jaa datang sini golek2 punggung sajo... makanan satu apa pon tak bawak. haha. teruk! mujur family jaa ada bawak bekal nasi goreng ngan buat bbq sikit. guna ayam lebih time kenduri. heee... boleh ler mengisi perut aii yg lapar ni.... kriukk...keriukk dah bunyi nya...ngeeee.... kenyanggggg2x.......

 

 lepas main terus tertido bila dah tukar baju. letih ler teww...

tu jer lah citernya...adoii... terpanjang pulak entry kali ni....terlampau hepy kekdah nya gitu laa... bila mood ada, idea pon mencurah2 ke ladang gandum. time takde? mahunya berminggu dikerah, nak wat 1 entry pon susah...ekekekeke...... camana blog nak maju kalo gitu kannnn?



p/s : nak tengok pic first time fikri bermain di taman air?
terjah entry ini --> di taman perbandaran tengku anis



boleh klik LIKE kalau suka.

33 comments:

  1. serius tak pernah g. hehehe..
    suka eh fikri main air. rasanya budak2 takde kot yg takutkan air. sumenya hantu air. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak penah gi sini chic na..ohhmaiigoddd!

      Delete
  2. wahh..besh nye akak..kite dah lama tak g berendam..huhu, terpancar kemeriahan disitu..hee,.jeles.. :'D

    ReplyDelete
  3. Rindunya nak pergi sini..dulu kecik2 first time naik van ramai-ramai dengan spupu..Berderet2 kereta..Nyanyi lagu ayam bertelur atas batu..haha..rindu nak main gelongsor dekat situ. Orang kata tempat ni dah tutup.laa, buka lagi ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohh ye ker... sini mmg best utk kanak2....sbb xbhaya sgt....belom tutp laa...ok jer ada tuuu

      Delete
  4. seronok dia main air yaa. kirim slam si comel tu yaaa.
    :)

    ReplyDelete
  5. Wah best nyer kak oooooiiiii...... :)

    ReplyDelete
  6. cantiknya tempat tu.. :)
    sungai ke tu ja..? nampak lawa jee.. :)

    seronok fikri main ayo yerr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. air terjun gak. tp dia ada gelonsor. air terjun tu duk bhagian atas.

      Delete
  7. seronoknya...lama x mandi jeram..

    ReplyDelete
  8. Eh jeram pasu ! tuan hamba rajin gi situ .. ahahak

    ReplyDelete
  9. uishhh
    best la nengok..
    mesti sejuk giler kan air terjun..
    bestnya..rs nk pergi jugak lah :)

    ReplyDelete
  10. lama dh xgi mandi manda situ...last tirah gi 2010...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom la gi pulok! imbas kenangan lama...hehe

      Delete
  11. memey super duper best laa ! haha . lama dah x g tempat2 gini

    ReplyDelete
  12. seronok betul tgk fikri main air..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pestime main kat sini..suka gilee dia!

      Delete
  13. hehhe.
    bestnyoo.
    seronok anak jaa tuh.
    bleh main air,mula mula takut.

    wan tak rajin sampai lagi jeram pasu tuh.

    ReplyDelete
  14. best nyer mandi sungai..

    jeram pasu bukan kat kelantan ke?...
    dekat dgn jeram linang erk?

    ReplyDelete
  15. alahai, masuk air ye. cian dia.. best main air tp kita fobia sket dgn air2 ni =)

    ReplyDelete
  16. wahh seronoknya , fiza tak penah sampai kt sini :p

    ReplyDelete
  17. Nampak menArik kawasannya...Kawasan air terjun ke jaa....?

    ReplyDelete
  18. beshnye main air ! dh lama tak g jeram pasu T_T

    ReplyDelete
  19. bestnye..dah lme x main air camni. hehe. kemain fikri seronok je main air ye ^^

    ReplyDelete
  20. bebudak memang suke kan kalu men air...

    ReplyDelete
  21. memang kalau main airker,berendamker,swimmingker mmg fenattt lain macam

    ReplyDelete
  22. deqla takleh nk berendam lama2..cpt kejong nnti...hahaha..tp mmg syok!

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...