kelab blogger ben ashaari, KBBA,

22 October 2012

demam melanda....


salam dears. family jaa dilanda demam lagi ni..... sedih tau.... tengah tulis entry ni pon rasa sebak dada. sedih bila orang yang kita sayang, pakat demam. seriyes... betul2 rasa teruji. Ya Allah kau tabahkanlah hatiku. sembuhkan lah mereka.... kurangkanlah kesakitan pada mereka. aminn...

    
    kesian betul, berpanjangan sakitnya
     
             12/10/12 fikri ke Klinik Nawi, sebab muntah-muntah. kunun rotavirus!
             13/10/12 fikri nampak macam dah sihat dah. tapi esoknya muntah lagi.
             15/10/12 fikri ke Klinik Bunohan pulok. sbb tak puas hati ngn Klinik Nawi.

pastu masa gi Klinik Bunohan doktor bagi ubat cacing utk fikri selama 3 malam berturut-turut. masa tu dia demam jugak tapi tak kuat just 36.8'C. lepas makan ubat cacing tu. fikri cirit pulok. sehari 5-6 kali dia berak... najis dia memang tak elok lak tu.. cair! ~maaf pada penggeli.


bapak budak pun demam jugak

selepas 3 hari ubat cacing diberi...dia dah semakin okey... tapi bapaknya pulak demam. ohhh...sangat sedihhh rasa... pada 19/10/12 jaa bawak en.suami ke Klinik Ramzi pulak. suhu dia terlampau panas. 38.5'C. kena injected seketul!

sehingga hari ni, en.suami belum kebah sepenuhnya lagi. non stop duk telan ubat. dan kisah demam ni makin haruuu bila fikri yang baru sembuh dari cacing terkena pulak tempias demam abahnya. berjangkit! sehari sebelum tu 20/10/12 dia nampak dah mula panas badan. jaa bagi ubat sirap jer..tapi tak kebah.


ubat sumbat bontot

kelmarin 21/10/12 demam fikri nampak makin melarat. teruk! jaa decided taknak bawak gi klinik dah sebab ubat dah melambak dalam peti. asyik bagi ubat yang sama sajo... perubahan takdak! jam 8.30 pagi jaa bagi ubat ~ubat bontot!

tapi panas dia tetap kuat.... masih tak puas hati jaa sumbat lagi sekali ubat bontot tu pada pukul 8.30 malam. ingat dia akan ok laa kan. tapi tak jugak kebah. pukul 10.30 fikri makin nampak pelik. senyap jer dia... nafas pun cam slow sajoo... risau betul tengok!


4 pek koolfever for si demam

pukul 10.30 malam jaa sepakat ngn en.suami nak bawak gi ke HKB pulak. tak kira nak ke 'unit kecemasan' jugak. risau sebab terlalu panas. puas jerlung badan dia ngn tuala basah siap guna air asam jawa lagi. tapi takdak perubahan....

masa otw tu memang tawakal dah kalo doktor nak pegang masuk wad pon. kami terima. nak drip masuk air ke, amik darah ke, ape ke, kami redha...pasrah! masa check kat HKB suhu fikri 39.1'C. masyaAllah makin tinggi dari en.suami. ohhh...dalam hati jaa toksah cerita... termengong sekejap!

tapi doktor just bagi ubat demam sajo jugok... antibiotik tak bagi ponggg! payah wehh spital kerajaan nih... yang kita ni dah berlambak ubat yg sama kat umah. macam stok utk 1 year dah. balik dari HKB dah lewat malam. kitorang sampai umah pkul 12.30 gitu.. letih..ngantukkk semua ada!


happy 1st birthday anakku, muhammad haziq fikri

hari ni 22/10/12 merupakan hari ulangtahun kelahiran fikri yang pertama! bila sebut memang sebak dada. sebelum ni, beriya-iya kami planning utk bday party dia. tapi dia melepek jer demam. seharian moody!! pagi ni...jaa bawak fikri gi Klinik Bunohan utk appointment umur 12 bulan. fikri tak dapat injected. so, doktor suh postponed next monday. check suhu hari ni, tinggi lagi 38.1'C. doktor bagi ubat demam 2 botol! aiiyyooo.... ubat samo lagik!?


party kecil di rumah pengasuh

kelmarin jaa ada buat party kecil utk fikri di rumah pengasuh. tapi mood memang spoiled habiss. langsung tak terasa teruja. sebab si besday boy muram. buat just utk amik syarat saja. insyaAllah jaa akan update entry party tu kemudian.

lately ni, memang sibuk ngn klinik sajo. sana sini pergi pon samo. ke Klinik Swasta sudah, ke Klinik Bunohan pon sudah, ke Unit Kecemasan di HKB ponggg sudahhhh!! tapi tak jugak ngam! cara tradisional pon pengasuh tak berhenti duk ikthiar. memang menduga sungguh!


jaa beli ubat ini di farmasi tadi, my boss suggested!

pada yang selalu berkunjung ke blog jaa jaa ucap terima kasih. pada yang bagi semangat, ucapan dan doa tu pun jaa ucap terima kasih. moga hidup korang pon sentiasa aman, sihat dan bahagia selalu. jaa mintak maaf sebab sudah kurang bw. masa sangat terhad. hope kalian faham yer... btw, tengkiu doakan kami sekeluarga! luv u alls......



p/s : hope jaa sendiri tak demam...kalo tak makin haruuu jadinya...

17 comments:

  1. alaaaa...ksiannyaaa..,hope cepat sembuh..ye...:)
    sis pon kna kuat tau...,lau x spe nk bwak g klinik..huhu..

    ReplyDelete
  2. kesiannyeeeee. moge cepat sembuh ye fikri.

    ReplyDelete
  3. Bertahan jaa....bertahan.. :)
    kena selalu tgk2 kan fikri tu.. risau pula nur baca..letak je cool feber tu tau... kalau panas lagi, kena rajin jelum dgn air.. sian fikri..
    tentu lemah sgt badan dia..

    jaa..kuat ek ja...

    ReplyDelete
  4. Hahaha. Yelah, kalau emak nya pun demam memang teruklah, Kalau dah si ayah pun demam, anak pun demam, semua nak perempuan jaga tu.

    ReplyDelete
  5. berjangkit-jangkit demam.. xpa jaa.. kuatkan semangat.. jaga anak dan suami.. InsyAllah jaa xdemam :D

    ReplyDelete
  6. harap2 jaa tak berjangkit lah dengan demam tu...
    kalau tak lagi susah...sian fikri

    ReplyDelete
  7. kesiannyaaa sis... hurmm, harap sis tabah dan ena berdoa supaya org2 yg sis syg cepat sembuh ye.. Btw, happy birthday to fikri comel... ^.^

    ReplyDelete
  8. kesinnya jaa..moga tabah yea dear.dugaan Allah tu.
    harap semuanya akan cepat sembuh nnt :)

    ReplyDelete
  9. kesiannya dia dgn daddy dia. semoga cepat sembuh ya family akak.

    kirim salam anak akak yg comel tu! :)

    ReplyDelete
  10. jaa try p klinik balkis. kitorg kalau demam atau sakit pape mmg p situ. tp kena sabarla, slalu org ramai giler.

    cian fikri. cepat sembuh k.

    ReplyDelete
  11. lama x bw kat blog jaa. alahai siannyer.. bila anak demam. saya sendripun kalu anak demam, x boleh nak tido lena kejap2 terjaga tgk suhu badan anak. takut dan x senang duduk dibuatnya.. moga family cepat sembuh dan jaa di kurniakan kesihatan yg bagus

    ReplyDelete
  12. iye la kan, skng ni musim sakit..deqla pun baru je baik..mak pulak tgh sakit mata skng ni..haish..moga mereka cpt smbuh..kesian tgk org sakit ni tau..

    ReplyDelete
  13. kesiaanya jaa.. sabar ye... akak pun baru lepas alami semua tu..

    Baru ni sei kembar tu demam akak letak cool fever kat kepala lepas tu rajin jerlum dengan air daun bunga raya putih (lagi elok kalau ramas sekali dengan bunganya kalau takde daun bunga melur pun ok) elok kering je sapu lagi kat kepala... kerap mandikan dorang... dan dekat ketiak dan sendi2 letak tuala basah.InsyaAllah panas takkan tinggi.

    lagi satu kalau rajin lumurkan badan dengan air asam jawa (yg ni akak malas nk buat sebab nanti habis kotor.. tapi mmg berkesan)... cuba la ye

    Happy besday to fikri.. lebih kurang umur si kembar juga ni :)

    ReplyDelete
  14. Kesiannya akak . Ermm . Xpe2 ada hikmah dia . Insha ALLAH pasni mesti semua okay . Semoga akak sentiasa sehat ehh . Jaga kesihatan sama kay ^^

    ReplyDelete
  15. nurul malam tadi anak2 nurul sofia n merah demam.panas tul badan dorg..arini nurul keje esok sib lah cuti..ingat harini nak half day jer

    ReplyDelete
  16. semoga fikri cepat sembuh..skangnie ramai gak yang deme

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...