kelab blogger ben ashaari, KBBA,

08 October 2012

Klinik Cure & Care 1 Malaysia


TAHUKAH ANDA?

Penagihan dadah boleh dirawat.
Namun, ia bukanlah satu proses yang mudahhh….

---> ini kerana penagihan dadah bukan sahaja memberi kesan kepada fizikal dan psikologi sahaja. malah turut merosakkan fungsi otak. Jadi, penagih dadah yang mengikuti program rawatan & pemulihan adalah berisiko untuk RELAPSE (menagih semula) walaupun mereka menyedari kesan negatif penagihan dadah dan telah pun lama meninggalkan tabiat penagihan.

---> sokongan berterusan dari ahli keluarga, majikan, rakan-rakan serta individu signifikan sangat penting untuk membantu penagih dadah untuk melalui program rawatan & pemulihan yg ditawarkan AADK khususnya di Klinik Cure & Care 1 Malaysia.

cure & care, aadk kelantan, pengarah aadk kelantan, aadk pengkalan chepa,aadk kelantan, pemulihan aadk, rawatan aadk,prosedur aadk

APA ITU KLINIK CURE & CARE 1 MALAYSIA?


Merupakan satu kaedah perkhidmatan rawatan & pemulihan secara terbuka yang diperkenalkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi mendekati masyarakat yang mempunyai permasalahan dadah.

                 -         tampil secara sukarela
                 -         tidak kira siapa anda
                 -         tiada penyakit kronik
                 -         tiada bayaran. Percuma!
                 -         Tiada rekod dalam system bionadi AADK
                 -         Anda boleh memilih pakej perkhidmatan yg disediakan
  
PAKEJ YANG DITAWARKAN

(i) Rawatan secara in-patient
1 bulan / 2 bulan / 3 bulan
(patient menjalanai rawatan secara residensi)

(ii) Rawatan secara out-patient
4 bulan / 5 bulan / 6 bulan
(rawatan ikut temujanji yg ditetapkan)


PERKHIDMATAN YG DISEDIAKAN


                     -         stabilisasi
                     -         bimbingan dan kaunseling
                     -         pencegahan relapse
                     -         rawatan terapi gantian methadone
                     -         kelompok dinamik
                     -         rawatan perubatan
                     -         kemahiran hidup
                     -         rujukan dan advokasi
                     -         bimbingan agama dan spiritual

untuk maklumat lanjut mengenai cawangan dan penerangan Klinik Cure & Care 1 Malaysia sila ke laman web AADK melalui pautan ini ---> mengenai C&C





sumber dipetik dari :
KLINIK CURE & CARE 1 MALAYSIA KOTA BHARU
Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri
Jalan padang tembak, 16100 kota bharu, kelantan
(berhadapan IPD kota bharu)
No. Tel : 09-7717359 / 09-7717356 Fax : 097749816

" KAMI PRIHATIN, KAMI SEDIA MEMBANTU "
 


suka info ini? LIKE laa....

24 comments:

  1. br tau kat kelate ada klinik ni.

    jaa, hadiah bday ada tau tp xleh bg lg. tgh siapkan sesuatu. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dah. skang ni cawangan makin btambah-tambah!

      Delete
  2. yang penting dalam proses pmulihan kena kuat.. kalau nak pulih, lagi sekali kena kuat dari pengaruh kawan2...

    kalau tak kuat, mcm mana pun xakan berjaya baik...
    dan dorongan keluarga dan kwn2 pun penting dalam pemulihan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg payah nak pulih, tp x mustahil....

      Delete
  3. klinik ni memang khas utk penagih shj ke kak jaa? mereka suka rela ke dtg kat klinik C&C ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp utk penagih. kemasukannya secara sukarela. (penagih yg x tegar laa)

      Delete
  4. bagus ni bagi yg nak berubah...

    ReplyDelete
  5. ini lah berita baik untuk seorang ibu yang ada anak penagih, ole dorang try ni. kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm betul tuh, hope entry ni berguna!

      Delete
  6. info yang baik pada mereka2 diluar sana yang memerlukan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope dpt membantu sesapa yg tercari2 info ttg ni...heee

      Delete
  7. memang dadah nie kesannya terlalu kuat terhadap badan dan ketagihan bukan senang nak ilang...tgk org2 mcm nie kena kuat semangat n kawan2 kena pilij n paling penting keimanan kena ditingkatkan mohon Allah kuatkan iman dan kawal nafsu...semoga mereka yang terlibat dapat menjauhkan diri dr dadah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali terlibat payah nak stop dah... tapi tak mustahil...hehehhee

      Delete
  8. info yg bagus....mmg susah nak ubah drug addict ni tp xmustahil....

    ReplyDelete
  9. bila nak piki2 balik, bagus jugak kerajaan nih buat macam2 utk membantu rakyatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope pada penagih tu diorang akan berubah gak nanti...kan?

      Delete
  10. oh kat kelantan.. kat penang ade tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade kot...lupa laa..haha... boleh klik jer link yg jaa bagi tu utk info cawangan lain...hihi

      Delete
  11. inisiatif yg baik. kt perak xde lg. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe akan dtg ade la kot, mende ni baru lagi... hehe

      Delete
  12. lebih baik mencegah dari merawat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi bila dah terjebak tu kena laa rawat kan? kikikiki

      Delete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...