kelab blogger ben ashaari, KBBA,

01 November 2012

TAUFAN SANDY MELANDA AMERIKA SYARIKAT



Taufan Sandy meninggalkan kemusnahan besar di sepanjang laluannya dengan membawa gelombang setinggi hampir 4 meter menghempas Manhattan dan menyebabkan sebahagian besar kota raya New York tenggelam digenangi air.

Setakat ini taufan paling besar dalam sejarah Amerika Syarikat itu sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 18 nyawa dan menyebabkan lebih 400 000 rumah serta premis perniagaan bergelap di sepanjang Carolina ke Ohio.

Taufan Sandy itu tiba di New Jersey dengan kelajuan angin 150km/j. Kebanyakan kematian yang berlaku adalah disebabkan oleh dihempap pokok yang tumbang, rumah runtuh, terkena serpihan berterbangan dan disebabkan oleh renjatan elektrik.


Kempen pilihan raya Presiden yang menyaksikan pertembungan antara calon Parti Republikan, Mitt Romney (bekas gabenor Massachusetts) dengan Presiden AS Barack Obama turut ditangguhkan selama seminggu.

Kerugian akibat taufan Sandy yang melanda New York kelmarin dianggarkan sebanyak AS$20 billion (RM61.04 billion). Sebanyak 13,500 penerbangan turut dibatalkan sejak kelmarin. selain itu sistem tren bawah tanah turut mengalami kerosakan yang teruk.

Taufan Sandy bukan memberi impak kepada warga Amerika Syarikat sahaja malah turut menguji ketabahan kira-kira 2700 rakyat Malaysia (khususnya pelajar) yang menetap di sana. Semoga kita semua mendoakan keselamatan mereka (warga Malaysia) yang tinggal disana.




INFO Taufan Sandy (Sumber : akbar kosmo!)

---> Taufan Sandy melanda Pantai Timur–Amerika Syarikat (AS) dan bergerak ke barat dengan membawa angin selaju 281 km/j serta saiz sebesar 3218 kilometer persegi.

--->  Dinamakan Taufan Sandy berdasarkan senarai giliran nama taufan kawasan Atlantik Utara yang telah ditetapkan oleh Pusat Taufan Kebangsaan.

--->  Sekurang-kurangnya 66 orang terbunuh ketika Taufan Sandy bergerak ke AS merentasi kepulauan Caribbean termasuk 51 orang di Haiti. Namun jumlah korban di Amerika Syarikat setakat ini 18 orang.

 

juliana evans dan liyana jasmay di AMERIKA skrg, 
apa nasib mereka? jom baca di ---> roti kaya

42 comments:

  1. harap-harap mereka semua selamat..amin!!

    ReplyDelete
  2. Salam Jaa...seramnya k.atie tgk gambar2 kat atas tu!Semoga kedua2 artis Malaysia tu selamat la ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap begitu jugak.... mmg seram... hope kat malaysia ni x blaku ler kan?

      Delete
  3. glemer nama sandy sekejap..tp mmg dasyat la taufan tu...owh, baru tau 2 retis ni kat sana sekrg...hurm, malaysia jugak la yg aman kan..tp kehendak Allah kite xtau juge..huhu..

    p/s : jg sedeyh yer jaa.. buat masa ni deqla nk bg GSF dulu sbb x penah bg ape2 lg kat depa..huhu..nnti ada rezeki lebeh terbuke utk smua pulak..insyaAllah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. glamer, tp seriau! hehe.....

      p/s : tak kira nak bersedih jugak..sob..sob...

      Delete
  4. Ya Allah .. takutnya tengok.. Ya Allah..lindungi kami dari musibah ini ..ameen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah mmg takut tengok. semoga semuanya selamat....

      Delete
  5. risau juga kan. harap semuanya baik2 je. ramai jgk student malaysia kat sana.

    ReplyDelete
  6. tirah tgk berito smaley pon ngeri...mintok jauh la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mitok x berlaku di malaysia kan tirah?

      Delete
  7. nk send mano no hp? xjupo cari email k'jaa nih,hihi

    ReplyDelete
  8. Ada org kata America sekarang tengah bala, bukan setakat taufan je.. kebakaran berleluasa juga... MasyAllah... maksiat, dera orang alim kat iraq dlu... malaysia pun sekarang macam kena tempias, yela asyik hujan dan mendung je

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi jugak. tapi takmo pikir negatif kita yg belom dilanda musibah teruk ni, hope amik pgajran dan iktibar..kan?

      Delete
  9. Takziah buat warga New York..
    hebat betul dugaan diorg kali ini...

    kita doakan rakyat kita dan seluruh warga NY selamat hendakNYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah harapnya tak berlaku kejadian pelik di malaysia ni....amin...

      Delete
  10. takutnyeeeeeeee. teringat tsunami dulu. huh. teruk jugak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tsunami yg melanda 2004 dulu tu pon terasa masih baru jer berlaku kan? ngn gempa bumi di jepun hari tu lagi... ni taufan pulak... cobaannn....

      Delete
  11. semoga rakyat manusia kat sana selamat :)

    ReplyDelete
  12. semua nama taufan nama perempuan kan ? hehe, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sandy nama pompuan ekk? idok pulok jaa tau...hee

      Delete
  13. takutnyerrr..tgk umah yang cantiktuh betul2 dekat ngan pantai..eii seram..moga artis2 dan warganegara malaysia selamat di sana

    ReplyDelete
  14. semoga rakyat Malaysia semua selamat....

    saya dah update
    selamat hari raya aidiladha :)

    ReplyDelete
  15. seram tengok kt berita. habis rumah2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut kan? tetiba rasa kita bertuah duk di bumi malaysia....

      Delete
  16. bahayanya.harap2 warga negara kita semuanya selamat la

    ReplyDelete
  17. bila ni cik jaa??

    -ni lah dier..org xtgok berita..n xbce s.khbr..
    huuuu-

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaru la ni dear.... cer tgk di you tube berlambak video pasal ni.. hihi... selamat menonton!

      Delete
  18. tktnyerr tgk...semoga mereka selamat disana kan..amin

    ReplyDelete
  19. harap2 suma yg kat sana selamat lah kan..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...