kelab blogger ben ashaari, KBBA,

22 December 2012

Design Terkini Tudung Sakura Halfmoon


salam dears! salam sejahtera buat semua!
Eh, perasan tak korang, skrg ni fesyen zaman dulu-dulu kembali semula dah. cer tengok fesyen polkadot yg dulunya kita gelak bagai nak rak dulu tu, lebih2 lagi bila tengok gambar lama mak kita berfesyen gaya skirt kembang, masa tu mesti berguling-guling korang bantai gelak kan?

Tapi sekarang ni semua dah terbalik ke kita semula dah. Walau zaman dah berubah, dunia dah maju. Trend fesyen zaman sekarang tetap kembali kepada dulu. Baju, handbag, skirt kembang, sumenya inspirasi gaya 80-90an. Sama gak tudung bawal atau selendang. Dulu kita pakai tudung bawal. Sekarang bila dah timbul tudung ekpress, sume dah pakat tinggalkan tudung bawal.


Secara jujurnya jaa sendiri pun mengaku dah lama tinggalkan dunia tudung bawal ni. Padahal dulu tudung bawal ni penah menjadi pojaan hati jaa. Even rege dia mahal, memang akan beli jugak. Haha. Now, jaa dah mcm ‘kacang lupakan kulit’! kalo tak pun sesuai ngn pepatah ni, ‘dah ada yg baru, yg lama dibuang’ <--- eh, ada kan pepatah macam ni?


Tapi sejak adanya tudung terbaru ‘Sakura Halfmoon’ ni…jaa rasa teringin balik jer nak bertudung bawal! Cantik la design tudung tuuuu…. Yang terkini siap ada sulam-sulam manik lagi tau…lebat lak tuuu…. so kreatifff! Lawa jer bila tudung tu melekat atas kepala. Sambil tutup aurat sambil berfesyen! Tak salah kan?

Sesiapa yang berminat dengan design tudung ni. Sila ler ke Facebook Ekin Ashikin. beliau ada menjualnya secara online disana. Konfem dia seorang penjual yang jujur sebab, dia merupakan rakan sekolah jaa dulu. Sampai sekarang pun kitorang bekerja di jabatan yang sama cuma berlainan negeri jer…hehe..jemput berkunjung kesana yer…

booking sekarang di : facebook Ekin Ashikin

15 comments:

  1. ee cantik lah! tapi sy tak pndai nak pakai tdung2 stail cmni. hehe

    ReplyDelete
  2. CANTEKKKKK .. NAK GI TGOK2 LA .. HEHE

    ReplyDelete
  3. nik lak still setia ngan tudung bawal.hehe

    ReplyDelete
  4. Betul tu.. Fesyen dulu2 dah kmbali...biase mcm tu...mn penah ade fesyen baru pun..dok ulang yg dulu je kan..haha...deqla pun mcm jaa jgk dah lama x pkai tdg bawal...tp tgk tdg2 cun ni teringin pulok..huhu...

    ReplyDelete
  5. terlebih perasan kak... my mom pun kate, 'ala benda ni semua mak dah puas pakai dahulu'.. hehehe

    cantik sungguh tudung ni, ena nak beli tapi takut tak reti nk jaga.. nanti habis berderai semua manik2.. huaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. ooo trend dulu rupanya. tudung halfmoon ni dr kain bawal gak ke?

    ReplyDelete
  7. meriah betul tudung ni dengan manik-manik. cantik :)

    ReplyDelete
  8. mak oiiii. manik die. huhu. tak reti sungguh nak pakai tudung cntk mcm ni. :)

    ReplyDelete
  9. cantik la tp kalu dgn muka wani xtau la sesuai ke idak hehe

    ReplyDelete
  10. putaran masa..hihihi

    cantik half moon tu.. :)

    ReplyDelete
  11. Salam..Jemput view n follow koleksi tudung di http://rinoalytionista.blogspot.com/
    Kat sini ade gak shawls HALF MOON PLAIN yg djual dengan harga terendah!TQ

    HAPPY SHOPPING (。◕‿◕。)

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...