kelab blogger ben ashaari, KBBA,

19 December 2012

Shopping Online Selamat Ke?


kenapa ramai suka shopping online? mudah, murah atau cepat? jaa pun suka membeli secara online nih. by the way, setakat ni belum pernah jaa ditipu penjual. alhamdulillah segala yang jaa order semuanya selamat jer sampai kat tangan jaa. sweater yang kat bawah tu pun jaa beli secara online. jaa beli dengan Mummy Mia Collections. sweater tu sampai tengah hari tadi.

 sweater baby GAP ~ made in china ~

ketika shopping online kita biasanya memang saling tidak mengenali penjual atau pengedar kan? tetapi jika kita berhati-hati...insyaALLAH tidak akan mudah tertipu.... ramai sekarang yang cuba menipu pelanggan. oleh itu...sama-sama kita berwaspada yer. tapi kalau kita dah beringat tapi still terkena jugak, kena pasrah jer laa.. anggap ler itu suratan takdir...hihihi....~nak marah pun tak guna. ye dok?

sila jgn bandingkan kualiti gambar dgn pic yg paling atas yer

cantik tak sweater nih? ni hasil shopping online ler nih. ekceli sweater tu jaa belikan untuk si fikri. memula nak order tu rasa gigil  gak laa  sebab terik gak la dia punya rege. tapi dah minat punya pasal, tawakkal gak la masa nak konfemkan transfer maybank2u tuh...keh..keh... bila sampai jer baju tu tadi, gelabah gak kejap...uikk awat besarr sangat? padan ke tak nih? hati mula cuak dah kot tak padan.... ~melayang free RM60 kalau tak padan....muehehe!

snap guna henset norkiah cikai huduh sungguh hasilnya

balik jer ofis cepat-cepat jaa sarung kat tubuh fikri. eh, silap bukan jaa. my en.suami lah! haha. dia lak terhover excited. katanya baju tu cantik. elok jer padan ngan fikri tuh. puas hati tengok kualiti dia. kaler pun merah terang sebijik macam dalam gambar. siap ada bulu-bulu tebal lagi kat lapisan dalam. memang sgt selesa kalau dipakai time musim salji sejuk. kalaulah ada saiz besar sikit konfem jaa dah rembat utk jaa sepasang...! jaa kan ketot jer orang nya rasanya kalau saiz XL muat kot! muahahaha....

 cakkk! mujur ler padan! syukur!

jaa nak share tiga tips yang jaa selalu praktik kan bila teringin atau berminat untuk membeli sesuatu barangan di internet secara online. sebab ramai pembeli pentingkan rege murah jer, kelabu mata dengan harga yg murah sampai tertipu dan dan kalau sampai pun mungkin mendapat barangan yang tidak elok atau berbeza dengan gambar yang dipamerkan. apapun, jika nak selamat silalah  mencuba 3 tips di bawah ni ye jika anda nak shopping online!

*******************************************

TIPS agar tidak tertipu ketika shopping online :

1.) pastikan mendapat number tracking pos laju. kalau boleh check status di pos laju hari-hari sehingga barang tu selamat sampai kepada anda. cara nak trace barang anda, boleh la belajar di sini 'CARA TRACK AND TRACE POS LAJU' (ada tutorial step by step)

2.) sebelum membeli pastikan check dulu testimoni dari bekas pembeli atau pengguna mereka. contohnya, anda boleh semak di wall FB mereka tentang kegiatan mereka dalam berbisnes. sekiranya nampak positif, aktif dan mereka mempunyai ramai pelanggan yg memuji perkhidmatan mereka, boleh ler beli.

3.) jika anda berkenan atau berminat dgn sesuatu produk, cuba survey dahulu harga dengan dealer yang lain. anda boleh survey harga dengan cara meng'google' di internet. cuba bandingkan harga . jika sama, atau lebih kurang boleh ler beli. agar tidak tertipu dgn harga yang tidak munasabah.

4.) takde dah. tu jer lah dulu untuk permulaan nih...muahahaa....ke korang ada tips lain? jom lah komen kat bawah ni, boleh kita kongsi-kongsi tips!sharing is caring!


p/s : klik like kalau suka tips ini. selamat mencuba!

22 comments:

  1. betul tu,shopping on9 mmg syok tapi mmg kena hati2..saya plak prefer yg boleh COD :)

    ReplyDelete
  2. cikna mmg kaki online shopping. so far tak pernah lg jd benda2 yg tak diingini. hihi.. tp kena pandai la. praktikkan tips2 yg jaa bagi tu. ;)

    ReplyDelete
  3. setakat ni pembelian online masih lagi ok..
    takde tersangkut ke..kena tipu ke...








    maaf ye jaa...lambat sikit pos hadiah..sebab umah tengah banjir ni...malas nak harung air kuar gi bandar..
    huuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. nasib baik muat.
    sis kalau nak beli online mmg selalu check testimoni pelanggan dulu.
    nak pastikan peniaga tu ok ker tak.

    ReplyDelete
  5. suka gak shopping online ni.
    tengok pada keadaan dan kelajuan internet. huhuhu.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..selama shopping on9 ni tak pernah tertipu lagi..

    ReplyDelete
  7. comel giler sweter tu..lg cumil dgn bby yg pkai tu..hehe
    yaya slalu jgk beli 09..tpi mmg kene tgok jgk..respons dri org2 yg penh beli..tgok ade rmai x custmer yg beli..komen pe sume..lau dah yakin bole dpercaya, bru yaya beli.. =)

    ReplyDelete
  8. check dia punya testimoni lah..n cheery rasa xde masalah nk percaya online shop tu klu owner dia kita dah kenal lama cntoh member blogger...stakat ni cheery xde kena tipu lagi lah..hehe

    ReplyDelete
  9. muat lah.. comel..

    teringin nak beli online sebab baju2 semua cantik2. tapi xdapat nak agak muat ke x. kkadang saiz sesetengah baju xsama. :)

    ReplyDelete
  10. akak jual secara online..tp akak lebih suka hantar barang sendiri..kalau dekatlah..kalau jauh terpaksa gak pakai pos..

    ReplyDelete
  11. Deqla pun penah soping on9...sama mcm jaa x pernah tertipu lg..huhu...cntk sweater...sesuai utk ank jaa...sgt sesuai... ;-)

    ReplyDelete
  12. fie selalu shopping online tapi tak pernah kena tipu lagi. harap2 jangan lah ditipu sebab fie nie addict dengan shopping online. hehe

    ReplyDelete
  13. yg suke jual tipu tu, nnt kene kat die balik berkali gande. padan muke. huhu.

    ReplyDelete
  14. COMEL fikri.. :)
    shoping online bes sbb xbuang masa,dduk depan computer,pilih buat bayaran..heheh

    ReplyDelete
  15. Nice tips Jaa..M pun selalu beli on9

    ReplyDelete
  16. tips yg baik nih
    stakat skrg ok lg lah..lps ni kena ikut tips yg Jaa bg ni lah :)

    ReplyDelete
  17. alamak comeynye die..hehe

    sy jarang shopping online sbb sdri suka jalan..so plih dpn mata, baru puas hati :)

    ReplyDelete
  18. Nurulpun kaki onlie shopping gk..so far alhamdulillah.

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...