kelab blogger ben ashaari, KBBA,

30 April 2012

biskut : idaman di zaman kecil ku!

 
 

biskut bunga
Kenal tak biskut ni? Pada yang tak pernah makan tu memamg rugi laa…kalau dulu me suka sangat makan biskut ni tau. Tapi bukan suka biskutnya, tapi suka makan bunganya yang macam-macam kaler tuu… hehehehe…Pada yang suka makan tu mesti faham la kan. bunga tu sedap dimakan sebab rasanya sangat manis!

korang pun mesti jenis yang makan bunganya jugak kan? Datang mak , terus marah-marah sebab bunga-bunga biskut tu semua dah takdak lagi dah….hahaha…Tapi lama dah tak makan, sebab rasa tak berapa suka dah (sejak umur meningkat ni), Cuma bila tengok gambar ni semula rasa terliur laa pulakk…kena beli nie...



p/s : korang semua pernah makan tak ni?
p/s : kalau pernah klik like kat bawah yer...


 
 
 
 


29 April 2012

Dah hutang tu, bayar la….

 
Kes 1 :

“Pinjam duit sikit, aku kering bulan nie, bulan depan aku bayar...” (habuk pon takdak!)

Kes 2 :

“eh, pinjam duit skit boleh tak? Dlm RM400 ke? (Kalau tak ada RM200 pon boleh lah!)

Kes 3 :

aku tertinggal duit lah, pinjam sikit duit engkau!” (last2 buat tak ingat jer….)


Sakit hati dengan orang yang sebegini kan? tak nak bagi kang kesian! masa nak pinjam lemak manis bergula tabur janji nak bayar. orang pinjamkan dengan ikhlas, jadi bayar laa balik. Ni tak, tiba hari yang dijanjikan, buat derkk aje, call, sms, tak jawab! bila online FB kita chat  sikit tak sampai 2 saat offline dah…


Kita pun bukan kaya macam kamu jugak, walaupun hutang kamu tu tak mencecah   4 angka pon  tapi dah besar nilainya pada kami nih! Harap pada yang terasa ade hutang tu, bayar la yer, tak dapat bayar penuh sekaligus, bayar ler ansur, lambat laun habis ler tuu….





Ingat lah : hutang wajib dibayar walau tak dituntut!
*** entry ni di tujukan khas buat seseorang! ***



terima kasih....i like u all....

 
Selamat pagi, salam ceria-ceria selalu! jaakechik corner nak ucap terima kasih pada semua yang sudi menjadi followers jaakechik corner ni haaa…..sekarang followers dah bertambah-tambah dah. trafik pon mencanak naik sejak dua menjak nih! Pada yang sudi singgah jalan-jalan  jugak terima kasih.
 
Jaakechik corner nie masih baru dalam dunia blogging harap kepada yang senior dan yang otai sudi bagi tunjuk ajar apa yang patut dan nasihat apa yang tak kena! Jaakechik corner masih newbie! Sekarang sedang belajar untuk nak buat enrty menarik dan tak merapu dan nak kurangkan short form! (Sebarang kekurangan sila tegur yer)
 
Hari ni me breakfast dengan nasi kerabu! Sape yang nak tu jom singgah sini :
 
Singgah tengok pic je laaa….muehehehehee…..RM1.50....murah kan?
 
 
Terima kasih semua yer…I likeeee u alls!!

28 April 2012

segalanya duit?


Duit boleh beli BANTAL dan TILAM, tetapi tidak boleh beli TIDUR...
Duit boleh beli UBAT, tetapi tidak boleh beli KESIHATAN...
Duit boleh beli BUKU, tetapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN...
Duit boleh beli INTAN PERMATA, tetapi tidak boleh beli KECANTIKAN...

Duit boleh beli MAKANAN, tetapi tidak boleh beli SELERA...
Duit boleh beli RUMAH, tetapi tidak boleh beli KELUARGA...
Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tetapi tidak boleh beli PELAJARAN...
Duit boleh beli HIBURAN, tetapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN...

Duit boleh beli PERNIAGAAN, tetapi tidak boleh beli KEBERKATAN...
Duit boleh beli CINTA, tetapi tidak boleh beli KESETIAAN...
Duit boleh beli ORGAN BADAN, tetapi tidak boleh beli NYAWA...
Duit boleh beli PANGKAT dan KEDUDUKAN, tetapi tidak boleh beli IMAN……

~Renung-renungkan~

nak share? klik button share dibawah tajuk ok!

jawapan soalan sejarah



anak saper la jawab macam ni nih?
Uisshhhh…dasyat sungguh….
rebah cikgu dia bila nak bagi markah...



**************************
meh klik gambar kat bawah ni kejap owkehh

**************************






 terima kasih…I like u all…!
 
 


dapat chess baru


salam dears,
hari ni sibuk, x sempat nak bukak blog
sebab balik umah mertua di Gunong,Bachok Kelantan.
masa ni baru sempat nk jenguk blog
letih rasa hari ni, tapi gumbira sbb dapat CHESS!
  
dah lama nak beli, tapi hari ni baru dapat,
tapi belom puas hati lagi sbb yg ni yg biasa jer,
bkn yg mahal mcm kat rumah orang kaya tuh!

tapi kira okeyy la, comey jgk kan?
terasa nak main, tapi terasa sayang pulak
sebab cute sgt saiz nya... 




cantik kan?




x sabar nak main!




26 April 2012

kenangan lucu bahasa sarawak

 
terjumpa satu entry best ‘tutorial belajar bahasa Sarawak’ very nice la, bleh jadi panduan tuu…tahniah kt wan hazel, walaupun dia copy paste yg orang lain punya tp kira okeyy ler kan, sbb share info menarik ni.Tajuknya sangat menarik minat me, untuk baca sampai habis. Siap copy paste simpan dalam folder peribadi me plak tuh.
 
Begitu teruja skali….nak belajar jugak ke jom ke sini ya >>> tutorial-belajar-bahasa-sarawak. Tau ke kenapa me eksited sangat nak belajar bahasa Sarawak ni? Me ade satu kisah lucu sebenarnya psl bahasa Sarawak ni, cerita begini (kisah benar ni tau, bkn rekaan semata-mata) so, baca sampai habis ya :
 
Hari tu pergi kursus induksi di Pendang Lake Resort, ade 180 orang lebih kalau x silap jumlah peserta, tapi pompuan hanya 20 orang lebih jer (x berapa nak ingt lorhh) kitorang ditempatkan dlm 1 dorm. Dlm reramai tu 4 orang dari Sarawak, sabah pon ada jgk, yg lain2 semua dari negeri lain. Kelantan 2 orang, tganu 1, penang 1, perak 1, yg lain x hengat dah, ade bmcm negeri lagi lah…
 
Bila dah ramai geng from Sarawak tuh, so, diorang selalu bcakap2 dlm bahasa diorang la kan. Masa tu kami yg lain-lain ni, tercongok jer dengar bahasa diorang tuh…pelik sangat laa….kdg2 mcm terasa duk kt Sarawak pulak sbb riuh rendah ngn bahasa diorang tu, sangat asing di pendengaran me nih (sblom ni takdak kawan Sarawak)
 
Lebih kurang seminggu mengenali kami lebih rasa rapat cam adik beradik dah, (kursus tu 2 minggu), so, kami dah boleh makan sekali, bgurau senda siap btepuk btampar lagi, lastly nak dijadikan cerita, dlm kusyuk duk bgelak sakan me tertepuk la bontotnya tuh tiba-tiba :
 
Dia menjerit kuat  dan seperti sedikit melatah,
 “oittt, sakit lah b……. aku!”
Haaaa…..tergamam me dibuatnya! Kalau nak tau apa yg dia sebut tuh, tnya le wan hazel….hahahaa….x sanggup me nak sebut, sbb dikelantan perkataan itu kemaluan bg perempuan tuh! (Agak lucah disitu…sorry ya x tgamak nak tulis!)
 
Buat Dayangku Nur Syaza a.k.a Deng, kalau kau baca entry nih, harap komen ya, keje kat daerah mana ek sekarang? Ke dapat balik Sarawak dah?? Kenangan paling manis dengan kamu yang x kan dapat dilupaa…….miss u so much dear….ngeeeee……
 

i sponsor korang join okehh...


salam dears,
me jadi sponsor untuk giveaway diorang ni. so,
me nak tolong promote GA ni, kot2 korang nak join
lagipun me salah satu sponsor utk diorang 
kalau nak hadiah dari me iaitu topup or lens
meh join cepat!
 tarikh tutup lambat lagi nie....
i sponsor RM5 topup utk 2 pemenang





first giveaway by atirah
i sponsor RM5 utk 2 pemenang

i sponsor 1 pair lens
i sponsor 1 pair lens

kalau nak join jgn lupa follow jaakechik corner ya,
sebelom tuu...klik kat sini jugak
semoga berjaya semua!!


25 April 2012

Nasi pertama....





Hari ni hari pertama fikri diperkenalkan dengan bubur nasi. Dua bulan dok makan nestum jerk tukar selera laa pulak...Walaupun first time suap kat dia, tapi elok jer dia terima, nasi ni kan makanan utama orang kita. tekak melayu biasa laa.... haha.....bangga dapat suapkan anak.






Bubur nasi ni, me x buat sendiri pon sebenarnya, beli jer kat kedai bhampiran rumah, serba salah nak buat utk semangkuk kecik lagi ciput tuh. Baik beli jer, mudah , cepat (pemalas sebenarnya...ngeeee..) 





jom minum kopi dulu....

 

good morning kepada kalian semua!
Hope korang hari ni sihat2 belaka,
Eh, ade jugak ke yang kurang sihat hari ni?
X sihat ke mood kurang baik?
Uikk…hik….

apa pun jomm…pekena kopi dulu secawan,
Baru semangat nak bekerja kan,
Pada yang tengah rajin mood nya tuh,
Meh le datang sini klik my churp-churp kt bawah ni  

 churp-churp share/ZaloraBloggers
Ngeee…sambil borak sambil promote kira okeyy la kan?
Dah klik dgn ikhlas tgglkan komen kt bawah yerkk!
Nanti me pegi klik yang korang jugak!



24 April 2012

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...