kelab blogger ben ashaari, KBBA,

31 May 2012

ada tetamu laa...

wahhh....patut la dari semalam lagi si rama-rama duk merayap-rayap dalam rumah. ada orang jauh nak datang rupanya. patut ler tadi jaa rajin jer nak masak (selalunya malas..haha). nasib baik la menu ekpress dalam entry INI tadi ada banyak lagi boleh la jamu tetamu!

meh jaa perkenalkan tetamu kami tu :

ni laa...
ayah su fikri a.k.a my adik ipar!

nama dia hazwan. adik en.suami yang bongsu! dia datang dari johor ni. ekceli dia student UTM skudai, tahun ke-3 dalam pendidikan. sekarang tengah praktikal mengajar di sek. men. taman bukit indah JB. datang siap ada hadiah lagi untuk fikri tau. jangan jeles fikri dapat.....

" KASUT BARU ! "

comelkan? tengkiu ayah su!

jaa memang dah tahu dia akan balik kelate hari ni. tapi tak tahu pulak dia terus ke sini. selalunya balik ke rumah my MIL dulu di Gunong. ermm..rindu kat si budak tecik Fikri tu kot agaknya.
testing...testing new shoes!
seronok jer fikri jumpa ayah su dia. mentang-mentang ler di rasuah dengan kasut angry bird! hehe. pandai my adik ipar beli ngam-ngam aje ngan fikri. macam tau-tau aje saiz nephew dia tuh!

orang kata muka fikri ikut ayah su dia, korang rasa betul ke hah?


misi utama datang sini opkos laa online! hehhe...
botol susu fikri pun nak interframe jugak? ishh..abaikan okeh.

2 menu ekpress!

en.suami beli ayam dan udang hari ni? ermm....nak masak apa yer? belom ada lagi idea nak masak apa untuk hari ni sebenarnya. intai-intai bahan-bahan kat dapur. ermm....macam tak cukup alat jer.

en.suami decided suruh buat padpet ayam. daun limau tadak. sayur pon takdak jugak! haduii....time-time nak masak gini la hari-hari. fening dan bingung tak tau apa nak masak. boring aje resepi sama. 

balik keje pukul 3 lebih tadi terus bersilat didapur dengan kuali, pisau dan periuk segala! muahaha.... lepas bising satu rumah... ketungg...ketangg... ketunggg...ketanggg.... maka, siap lah 2 menu untuk hari ni! 

1.) ayam rebus resepi my mom!


hrmmm...sedap..sedapp..sedappp...

resepi : ayam, 2 bwg putih, 2 bwg merah, halia (hiris semua), rempah 4 sekawan. 2sudu rempah nasi beriani. 2 helai daun ketumbar @ daun sup. 1 biji asam limau, 3 biji cili padi..letak garam dan tok aji.. campak-campak aje dalam tuh, rebus hingga ayam empuk dan air tinggal separuh periuk (jgn banyak macam sup okehh). kejap je siap!

 sila lah jamu mata yer...
  dekat kan sikit lagii...nak jeles kan korang! ngeee....

2.) udang blackpepper 

 terliur tak? jom mai umah jaa sekarang! 

resepi : tumis bwg putih, bubuh udang, sos tiram, sos cili, kicap manis dan 10 biji lada hitam (tumbuk halus) dan sedikit air, garam dan tok aji. kacau sampai udang masak. letak bwg besar dan cili besar! 3 minit gerenti siap!

dekatkan sikit lagi..keh..keh...
sila lah masak sekarang kalau mengidam okehh...

hahahha....sila ler lelehkan air liur anda....muahahaahaa.... perasan! macam laa sedap sangat! tapi not bad la kan. sebab en.suami habis makan nasi sepinggan penuh tau. nak cepat punya pasal thats why la menu tu yang dipilih! boleh la tambah telor goreng ke ikan goreng ke untuk lengkapkan menu anda tu okeh.


" selamat mencuba "


jom teka bunyi di THR GEGAR!!

SALAM UNTUK SEMUA

Segmen TEKA BUNYI di Ceria Pagi bersama Nasa dan Suzana merupakan salah satu segmen dimana pendengar perlu menantikan pembayang yang akan dikeudarakan di THR Gegar di jam 7.00 pagi dan juga 9.45 pagi untuk meneka bunyi yang akan di keudarakan.


Kalau dalam entry INI dulu jaa gila nak cari Orang Misteri Gegar! Sekarang nak cuba teka bunyi pulak. korang pun jom laa try teka! hadiah wang tunai tersebut akan digandakan kepada hari seterusnya kalau jawapan salah. THR Gegar akan memberikan pembayang di  www.thr.fm/gegar untuk perkembangan terkini.


Sekarang dah jadi RM27000 dah.


PEMBAYANG TEKA BUNYI

  1) AIR 
2) PANJANG
  3) HASIL DARI POKOK
  4) PERGERAKAN
  5) ADA NOMBOR
  6) 5 PATAH PERKATAAN
 
7) 2 WARNA
  8) MUDAH LENTUR
  9) LICIN
10) ADA DUA
11)
BUKAN MAKANAN
 

ada jugak segmen teka lagu pada sebelah petang bersama DJ kak zura si kembang kuncup! hehehe.... jadi penghantar sms terpantas dapat tunai RM200. pastu ada jugak segmen sorak-sorak happy! dapat topup dari happy prepaid sebanyak RM100.

Wahh...seronok kan. jaa suka dengar THR GEGAR ni. penyampai baik-baik dan mesra! celoteh diorang pun tak boring. rileks je bila dengar dalam kete ke kat umah ke. jom dengar online disini.


sumber : http://gegar.thr.fm/

30 May 2012

siapa pengomen setia disini?

salam untuk semua. ingat tak dalam entry INI jaa ada bagitau yang untuk 3 pengomen paling banyak jaa akan letak kat senarai bloglist! hahaha....ingat tak?

ini sebagai tanda penghargaan untuk korang yang sudi tinggalkan komen di entry merapu-meraban jaa ni. hahahha...lagi satu dengan adanya pengomen setia tu senang untuk jaa nak menerjah balik blog korang...


jom tengok siapa diantara 10 pengomen setia tu? 

hehehe....ada nama korang tak?


setakat ini hazfee teratas! tengkiu so much hazfee. 
cik kay jue pun tak kurang hebat nya! 
tapi....jaa tengok sengit jugak tu antara chic na dan farhana. 
pandai-pandai la korang berlumba-lumba yer...
korn dikecualikan sebab memang dah ade dalam bloglist!

 


pada yang lain pun terima kasih ye. tengkiu so much. 
jaa sayang korang ketat-ketat!
kah..kah...kah....
nak tengok lebih jelas boleh tengok di side bar. 
scroll mouse dan cari okeh. 


p/s : masih sempat lagi nak kejar, jaa akan umumkan pada pagi 01 jun nanti. okeh...bye..bye...

kenapa ye orang tua takut ke hospital?

salam untuk semua.

jaa semakin busy sekarang, kadang-kadang sempat post entry ringkas aja! kengkadang nak jenjalan ke blog orang pun tak menyempat dah. sory yer semua kalau jaa tak sempat nak reply komen korang tu...ada masa jaa akan jejak kembali.

jaa busy sebab mak jaa kurang sihat sekarang. kadang-kadang lepas balik keje from pengkalan kubor terus direct ke chenderong batu. orang tua ni susah jugak kan? bila sakit kita nak bawak ke hospital tak nak. pastu duk tahan sakit-sakit sengsorang! tak tau nak buat apa dah...hrmmm.....


bila dah serius, baru nak pegi


apa yang kolot singkat sangat mind diorang tu. selalu pikir yang kalo gi hospital kononnya kena bedah la, doktor buat tak elok laa, nurse garang la....hape la....haaaisshhh..... serius, jaa memang tak faham. tak tau camana cara nak perbetulkan kepercayaan diorang tuh! ada cadangan tak?

ekceli, mak jaa ni dah umur 56, tapi still datang period taw! so, sekarang ni period dia datang dengan banyak sekali dan sakit sengugut yang melampau. maybe nak m.e.n.o.p.a.u.s kot! huk! huk! sungguh celopar mulutku! bila dah datang banyak tu, dia jadi lemah tak berapa nak bermaya. kadang-kadang jadik pening sebab kehilangan banyak darah.


guna produk ni, okey tak?


puas pujuk dia takmo pergi jugak. last-last memerap dalam rumah, sekarang ni pun tak kuar berniaga hampir seminggu dah. ayah jaa le yang kuar sengsorang. kalau anak-anak nasihat dia buat dunno jer. huhu. semenjak dua menjak ni pulak dia dah ada tebiat baru.

tebiat nak makan nasi hanya lauk KETAM! haha. entah sakit ke mengidam jaa pun tak tau.. muehehe.. ketam pulak takmo ketam biasa, nak ketam nipah. korang kenal ke ketam nipah? haha. nak tau cer google.... pastu suka jugak order yang pelik-pelik. kadang-kadang mintak nak makan ikan bakar! ikan pulak nak ikan besar! aduii....pelik..pelik...


kalau tak dapat, tarik muncung terus merajuk, hai..susah.


dalam seminggu ni boleh dikatakan tetiap hari dia makan ketam! tapi kengkadang tu still merajuk lagi...sebab ketam nipah takdak. ada ketam biasa je. ketam nipah tu susah nak dapat. dan kalau ada pun harganya memang melambung tinggi. antara RM30-40 1kg. beberapa hari lepas jaa beli 1kg tu RM30.

Tapi isi dia pergghhhh...memang sedapp! mak jaa yang tengah sakit tu pun boleh jadi segar mega tau dapat makan ni. tapi segar time makan je la, pastu monyok balik...kui...kui...kui.....hari ni jaa ingat nak beli lagi kat Pasar KADA di Bunohan. hope ketam tu ada.


ni ler rupe ketam nipah! besar, banyak isi.


for my lovely mom, jaa doakan semoga cepat sihat. love...love...and love u so much... kalau mak baca entry ni, jangan la majuk-majuk okehh.... kang jaa tak beli ketam baru tahu! muehehe... opkos dia tak baca pun. mana le dia tau pasal internet segala ni... dia hanya tau sebut pesbuk! tu pun sebab adik-adik selalu bukak untuk on9 dengan family yang jauh....hehehe...


nota kaki :
biarpun parent kita tak celik IT, tapi kita patut bersyukur tanpa usaha gigih dia cari rezeki untuk membesarkan dan menyekolahkan kita,  kita pun tak kan celik IT.....tak gitu?? sedih ler pula...sob..sob..

29 May 2012

followers ke-555? Kamu bertuah!

ni followers ke-555 yang sempat jaa printscreen tadi
bukak je blog terus tengok dah jadi 555
hahaa....lawa kan nombor tu
nak kenal tuan empunya tak?
ehem...ehem...ni laaa


 

>> mia <<


jom pakat gi blog dia nak?
buat mia tengkiu yer sudi follow sini
hihihi....gumbira hati aii youu....


 

kalau tension buat lah macam ni

.....muehehehe.....

gaya terkejut lihat flash kamera
eh, salah lah...
gaya menahan kentut!
hahahhaa



p/s : jangan tiru aksi ini dirumah ya!
hahahhaa

28 May 2012

bila en.suami jadik bibik!



kasih ibu membawa ke syurga, 
kasih ayah sepanjang masa


hari ni entah mimpi apa, dalam pukul 1.30ptg en.suami call bagitau dia dah amik fikri di rumah pengasuh. eh, buang tebiat ke amik fikri awal-awal ni? kalau nak susu ke ukk ukk ke camana? pandai ke? en.suami jawab, alah pandai la abang buat nanti. jaa kan balik jap lagi pukul 3.


otak jaa berkata-kata, wahh....satu perkembangan yang bagus! maybe nak start belajar jaga anak sendiri kot. jaa kan bakal ke USM penang nanti. tgk entry INI. mungkin dia nak try slow-slow kot. dalam hati, ohh.. alhamdulillah!


fikri bersama sepupunya, syafiza.


tapi.............................bila sampai aje di rumah, tengok fikri tak berbaju :

"fikri uuk uuk....abang dah basuh dah. pampers duk kat dapur"
wow ...hebat 1st time ni! haha. pecah rekod!  
 "fikri dah minum susu sebotol kecik (4oz) habis dah pun."
 hati bertepuk riang! "wahh...suamiku hebat!" "bapa mithali". hehehe.



**********************************************

15 minit kemudian :


"fikri ni taknak duduk la sekarang kan? payah jugak abang nak handle tadi." 

alolo...pandai mengadu dah sekarang! jaa jawab : memang laa.. gitu lah dia hari-hari biasa la budak kecik. en.suami pun cerita la saat anak nak susu, dia pun cuci la botol susu sambil dukung, tapi fikri tak duk diam susah le dia nak cuci.

letak dalam walker tak nak, dalam buaian pun tak nak, letak atas lantai pun still tak nak. so, dia pun naik fenatt dah duk layan. last-last dukung jugak fikri sambil cuci botol. tapi dia kata still susah nak pegang berus lagi, pegang botol lagi. haisshhh...ngada-ngada!

dia pun cakap tetiba dapat idea yang bagus, dia pun letak laa fikri kat satu tempat berhampiran sinki....fikri pun suka laa....duk berdiri siap senyum-senyum lagi. langsung tak nangis. jaa tanya laa, "abang letak fikri kat mana?"

 sepantas kilat en.suami amik henset dan tunjuk pic tu....

-

-

-

-

-

-

-

-

-


......ni haa......


YA ALLAH ANAK AKU!

 "sekali duk dalam mesin basuh daaaa....."

aduhaiii....nak tergelak, terkencing pun ada. tak tau nak kata apa. kalau hari ni hari rabu. memang dah jadi wordless wednesday dah! camana la boleh jadi gini ni abang oii??

alasan en.suami : "susah nak cuci botol susu tadi, so abang letak dalam mesin ni dulu"

huh! sabar je laa suami ku oii.... boleh dia terpikir macam ni. jaa jaga anak 7 bulan tak penah buat macam ni tau. adoooiiiiii.......fening...fening....

fikri bersama abah mithali nya..haha..
DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...