kelab blogger ben ashaari, KBBA,

30 June 2012

jaa nak makan buah ni.

assalamualaikum... hai dears...
jaa terasa nak makan sesuatu laa...mana nak cari nie?
buah tu payah nak dapat tau,
dulu masa jaa mengidam, lama betul mencari
 hampir sebulan lebih baru merasa!

jaa nak makan buah ini :

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v


--tadaa--

buah nona!

teringin nya lahai nak makan buah ni. kenal tak buah apa kat atas tu? jaa suka makan, tapi payah nak cari la sekarang... hrmm.. teringin wehh.... ni pic yang jaa amik masa jaa pregnant kan fikri. jaa mengidam buah ni lah dulu. lama duk tunggu, tanya orang tu, tanya orang ni, lastly dapat jugak. ada makcik tua bagi. jaa tak kenal dia pon, tapi dia selalu duk lepak2 kat kedai yang jaa selalu pergi. bagus betul makcik tu. akan aii ingat sampai bila-bila...

ni pon anak beranak dia jugak, orang kelate panggil 'buoh loney'

jaa dapat yang 'buoh loney' ni dulu, baru lah dapat makan buah nona yang kat gambar atas tadi  tuh. dua2 buah tu lebih kurang jer isinya. manis-manis gitu.. tapi yang atas tu lebih sedap lagi... sape yang penah makan mesti tau laa kan? buah loney ni sepupu sepapat ngan durian belanda. tapi isi durian belanda ni masam-masam siket. penah makan tak?

durian belanda. gambar dari pak google! halal ek...

p/s : sape-sape ada tanam buah nona kat rumah tu sila la pos ke sini ek...
rasa teringat jer.. hrmm... meleleh liur dah nie...



shawl is coming!


assalamualaikum..
selamat pagi dan selamat berhujung minggu semua.


comel tak design shawl ni, dear? 

ni la shawl untuk hadiah GA nanti. ofismate jaa (ana) yang pilih kan. walaupun masih awal lagi, tapi jaa sangat teruja untuk beli sekarang, since baru dapat gaji nie.. hoho. sebulan lagi GA tamat, naik kulat dulu laa nampak gaya nya shawl tu ye? tapi beli awal tak basi nya kan? 

adakah kamu salah seorang bakal pemilik shawl itu?

jaa rasa cam nak percepatkan aje la tarikh tutup tu, lagipun dah ramai yang join. kesian lak sebab hadiah tak banyak pon. untuk 15 orang jer. bajet tak banyak maa. ni pon nasib ada oopet dan cikmai , sudi sponsor $$.. kalo tak, takdo nye 4 hadiah untuk sorang pemenang. tengkiu ya dear... i lapp u...

tak lupa jugak buat farah dan farain yang sudi sponsor banner dan header untuk bakal pemenang nanti. i lapp u jugak... hehehe.. hope u'olls lapp me back oke. senarai hadiah lain sila tengok di entry INI. so, pada yang belom join, anda dijemput untuk men'join'kan diri sebelom GA ni tamat....

p/s : nak join -> KLIK SINI

 

29 June 2012

bukan salah jaakechik


hai  dears..selamat petang! jaa ada masalah siket ni.

malam selasa lepas, akak jaa dari KL call, katanya member dia nak order lens 2 pairs. ingat nak pos pagi esok (selasa), tapi busy siket terpaksa la gi lewat. dalam 2.15 petang baru pos. hope hari khamis sampai la kan? tengkiu kak norizuana masnan sudi order sini....

tapi....tengah hari tadi dapat call dari akak, lens yang jaa pos tu tak sampai2 lagi kat kawannya...  aduuhaii.... musibah ape pulak kali ni nih? selalu nya elok jer sampai. belom penah bermasalah. cepat2 jaa cuba trace tracking no. ngan pos malaysia. tengok status :

" item successfully delivered to nurul aini." 

eh. eh. apa ni? send kat orang lain, delivered kat orang lain. naya weii....

berkali2 jaa call pos laju cheras dari pukul 2.30 ke pukul 5ptg, tapi tak angkat. entah kenapa. takkan 1 pejabat tak keje kot? jumaat sana kan keje. lain la kalo kat kelantan, jumaat memang cuti. adoii... camana nak tanya ni? nak taknak kena tunggu jugak ahad ni untuk tanya di pos ofis pengkalan kubor. kalo tak, kena tunggu isnin la baru boleh berurusan ngan pos laju cheras... adoii... masalah betul!

nak kata jaa salah tulis nama, alamat, very impossible! ni bukti...

sebab jaa ada snap pic sebelom dipos. salinan pendua pon ado.


p/s : very sorry to norizuana masnan. tu salah pos laju bukan salah jaa..hope faham oke.
jaa akan usaha. kalo takde jugak, jaa akan pos yang lain.

talapia : asam pedas tempoyak


assalamualaikum...buat apa tuh? dah masak ke belom? nanti cik abang balik sembahyang jumaat, diorang nak makan! jom masak sekarang... pada yang nak try buat tu, sila lah yer... boleh jer copy aii tak marah... jom tengok resepi mudah nie.

bahan-bahan  :
*    1 ekor ikan talapia / patin / kerisi / tenggiri / ikan merah, (saiz sederhana)
     --> siang bersih, pastu letak sedikit garam


bahan A.
 *   1 bwg putih, 6 bwg merah
  *   sedikit belacan
  *   3 sudu makan tempoyak
  *   sedikit air asam jawa
  *   1 inci lengkuas dan kunyit
  *   7-10 cili padi (sesuka hati)
  *   segelas air


bahan B.
 *    bunga kantan dan daun kesum
  *    2 asam keping
 *    bendi


cara nak masak  :
  1.  blend bahan A. pastu rebus, bila dah mendidih, buh ikan. tambah garam sikit lagi.
  2.  buh bahan B. sedikit gula dan ajino. tak cukup kuah, sila tambah air lagi. okey!
  3.  perbaiki rasa biar balance rasa, masam, manis, masin dan pedas tu.
  4.  lepas tu...siap la... mudah kan? semudah ABC....


tadaa... ni laa hasilnya.... selamat mencuba!
  

jom cuba resepi ini pula :

" Jom sertai Giveaway Askrie Hishamuddin "


salam sayang untuk semua!
even GA jaa sendiri pon masih berlangsung tapi jaa 
nak jugak join GA Askrie Hishamuddin  ni..hehe...
hadiah GA ni adalah sebuah mug
limited edition sumbangan Wakasilu Giftshop.

 Cara-cara menyertai :

2. Tulis entri " Jom sertai Giveaway Askrie Hishamuddin "
3. letakkan gambar korang untuk diabadikan dekat mug tersebut.  
(kalo anda menang, gambar tu akan di abadikan di mug itu!) 
4. Backlinkkan blog Askrie Hishamuddin dalam entri tersebut
pemilihan pemenang : berdasarkan gambar yang paling menarik dan terbaik! 
 TARIKH TUTUP : 7 JULY 2012
nak join sila klik --> SINI
okeyy sekarang jaa nak letak gambar ini  :
comel tak? ohsem tak? ekeke.. ori tanpa edit nie.. hope i win!
kalo menang boleh wat gift anniversary ogos nie.
p/s : gambar masa ke Songkla Thailand, sama macam di header!
 

28 June 2012

apa kelebihan, ada blog?

assalamualaikum dan salam sayang untuk semua!

selama 4 bulan lebih serius berblogging, alhamdulillah jaa gembira sangat-sangat. walaupun dulu tak gheti apa-apa. tapi lama-lama jaa faham sendiri. ada blog ni banyak pekdahnya. kan? sekarang mungkin belom terasa, coming soon saper tau kan? jaakechik corner masih baru tau, kalo tak percaya boleh tengok entry INI.

walau tak seramai korang, tapi aii dah bangga tau,
tq sudi follow sini ya semua
 
walaupun penulisan jaa tak sehebakk orang lain. pengunjung pon boleh dibilang ngan jari. tapi jaa suka sebab boleh tambah ramai kenalan baru. ramai blogger yang sporting kat sini. mesra sungguh! terasa cam kita satu family pulak. entry jaa banyak berkisar pasal kehidupan seharian. so dah macam diari. kunun nya, esok-esok anak-anak boleh tengok camana mak diorang, besarkan diorang. (eh, berbelit lak ayat nie)

dari umur 2 hari ke 3 bulan
dari 5 bulan ke 8 bulan sekarang!

hari-hari tengok depan mata, membesar tanpa kita sedar pon,
mama dan abah sayang kamu nak, fikri sayang kami tak?
semoga jadi anak yang soleh dan taat pada ALLAH ya.

eh, eh, touching la pulak kan? continue pada tajuk asal, berblog ni pulak boleh tambah $$. melalui iklan ngan en. nuffnang dan churp-churp. even jaa belom penah merasa dari mereka tapi takpe, jaa akan usaha dan tunggu jugak sampai dapat macam kamu-kamu yang lain. lagipun jaa masih baru ngan nuffnang. baru 3 bulan dan tak sampai sepuloh hinggit pun lagi... huhu.. mereka yang berjaya tu pun bermula dari bawah kan?

ni yang jaakechik corner punya earning churpchurp terkini,
saje jer printscreen nak wat kenangan. macam mana susahnya nak dapat duit!

tau la siket..tapi jangan laa gelak. menci arr...
  
hyeep, korang kalo sayang jaa klik la nuff banyak2 oke!
muahh..sayang korang ketat-ketat tau...

korang dah penah merasa $$ en.nuff tak? tapi serius jaa cakap masa 'create blog' pada julai 2010 dulu, memang tak tau pon blog boley wat duit. yang jaa tau kalo buat bisnes jual kain ke hape ke ngan blog baru $$ masyukk... tapi sekarang jaa dah tahu... hehehe.... eh, jaa buat bisnes contact lens jugak tau, berminat? --> sila tengok sini.

pada yang belom ada blog cepat sign up dan cepat-cepat daftar ngan en.nuff ni oke. sambil-sambil duk merapu, tengok-tengok $$ naik. sape tahu kan? sape sini penah dapat BE? cer angkat tangan?? jaa pon nak jugak...en.nuff! bagi ler satu!

p/s : bodek cenggini agak-agak, en.nuff tu tergoda tak? :D

warkah buat isteri

assalamualaikum semua!

hari ni jaa boring sangat pastu terasa gatal-gatal tangan untuk menerjah resepi, mula la google resepi menarik, lepas satu ke satu blog... dari blog resepi ke blog-blog yang lain. dan sampai ler ke -> moon punya blog . sampai situ jaa terus berhenti... baca dan hayati... terkedu. speechless!

masih cuba kekalkan kebahagiaan

sungguh jaa menangis sepuas-puas hati... hari ni. tak tahu nak kata ape. sebab hati kecil jaa betul-betul rasa, terluka, sedih, simpati dan terasa turut merana, hanya disebabkan info dari blog beliau itu tentang -> ABIL4FAUZIAH . beliau berblog untuk si isteri yang terlantar sakit.


semoga kak gee sihat kembali..amin..amin...amin...

sesungguhnya masih ada lelaki yang bergelar suami, yang baik, bertanggunjawab dan mithali di abad ini. sungguh jaa salute, dan tabik spring! thumb up untuk abang abil. tabah dan cekal sekali dalam mengharungi dugaan yang jaa sendiri mungkin tak mampu lakukan seorang diri.

dijemput untuk baca secebis artikel abang abil :

Hari berganti hari dengan kedudukan I yang tak bekerja ni dan duit simpanan pun mula berkurangan membuatkan I risau sekali lagi, memanglah ada bantuan daripada keluarga tapi mereka pun ada tanggungan kan....I cuba mendapatkan bantuan dari JKM, alhamdulliah berjaya... sebanyak RM300.00 sebulan, kira oklah tu..sedangkan perbelanjaan asas you sebulan mencecah RM2500. I cerita ni bukan nak suruh you ganti..,
tapi you perlu tahu. You tahu tak.. untuk menjimatkan perbelanjaan, tengahari I makan nasi dengan lauk, malam I makan roti gardenia bersama kaya dan planta, kadang-kadang bila muak makan roti I ganti dengan mamee berperisa kari....kalau you baca ni nanti, mesti you nangis sedangkan semasa you sihat you tak pernah membiarkan I berlapar perut, I ingat lagi apa sahaja yang I minta untuk makan, you tak pernah hampakan dan you sentiasa tersenyum bila I kenyang macam biawak hahahaha..........
Tengah makan mamee pun I nangis sebab sebelum ni jangan kata kita makan bersama,you akan suapkan I bila makan. Terkenangkan itu.....luka hati I. Suami mana yang tak sedih, bila isteri dia tak mampu lagi masak,suapkan makan, bergurau senda dan yang paaaalingggg menghiburkan hati I,bila selesai makan, you akan buat facial muka untuk I......
seriosly, jaa menangis semahunya sepanjang jaa baca entry beliau tadi. semua entry nya jaa baca... kerana ketulusan abang abil yang sabar menjaga isterinya (kak gee) yang menderita kerosakan pada saraf otak pada 22 jun 2011. rela berhenti keje untuk menjaga isteri sepenuh masa. anda dijemput untuk ke blog beliau yer... sebarkan cerita beliau semoga mendapat bantuan yang lebih bagus.

p/s : untuk sebarang bantuan hubungi abang abil di : 016-2634258 (seremban)

program sembang santai


salam untuk semua! jaa sefamily hari ni sihat alhamdulillah. korang lak camano? sihat dok? hope baik-baik saja oke. orite, jaa ado satu aktiviti menarik untuk dikongsi bersama korang sume nih. citer last thursday hari tuh. panas lagi ni, belom basi lagi tau... sebab hari-hari jaa panaskan dalam microwave. muehehehe.....


ni aktiviti anjuran AADK Tumpat bersama Majlis Tindakan Memasmi Dadah (MTMD) sempena program sembang santai bersama masyarakat dan Ahli Skuad 1 Malaysia yang diadakan pada hari khamis baru ni, 21 jun 2012 di Padang Perumahan Kok Seraya, Tumpat. jaa bersama ketua unit en.zolkiffli bersama beberapa staff lain dijemput untuk menjadi urusetia.

 tempat VIP berucap
 kemas dan teratur.

ni persiapan tempat yang diselia oleh Majlis Daerah Tumpat. program ni memang bagus. rugi kalo tak join. kalo selepas ini program ni ada di tempat anda. sila hadir ya. banyak aktiviti menarik yang disediakan. ada pertandingan kuiz berkaitan dadah dengan hadiah yang menarik. boleh tengok pameran dari pelbagai agensi lain. seperti Rakan cop, AADK, dan lain-lain.. nak check kesihatan pon boleh. percuma jer. sebab cik misi pun ado.

jaa pun sign tau.. tetiba rasa cam retis.. hikhik..

acara turunkan tandatangan untuk sama-sama menyokong 'pakat-pakat benci dadah'. disini para pengunjung akan diberi sedikit ceramah dari Pengasih untuk memberi motivasi kepada kita, walau 20 tahun terlibat dadah sekarang mereka sudah bebas! kalo diorang boleh kenape yang lain tidak? ye dok?

                                            sila ler tambah lagi, wat macam umah sendiri oke.
kalo jaa gi duk sebelah diorang tu, aci tak?

jaa ditugaskan untuk urusetia pendaftaran dan jaga makanan. sebab tu jaa tak sempat nak ushar apa lagi yang ado kat situ. hehe. program ni start pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari. walaupun panas terik, tapi alhamdulillah program berjalan lancar. ramai yang datang.

jaakechik pon nak interframe gak.. *wink..wink..*


p/s : program ini patut diteruskan lagi pada masa akan datang.
semoga dapat memberi input yang yang baik pada yang hadir.

27 June 2012

dah beli baju raya?

assalamualaikum semua...

dua hari blog sepi tanpa update. entah takdak mood. ekoran dari peristiwa eksiden hari tuh! mood jatuh merudum, hancur leburr... sudahh.... plus pulak fikri dua hari ni meragam aja. 

pandai nak merajuk dah bila kite ignore dia. nak manja-manja laa pulok dia. tapi terlebey manja sampai satu tahap hangin jugak aii huhu... tak tau la apa yang tak kena.

dalam mood tak berapa nak oke, pandai jugak my en.suami bodek aii ! di ajaknya cari baju raya... yeppii.. aii suka.. sape tak suka kan? tapi beli 1 jer dulu... yang lain next month ler... tunggu bonus raya dari PM.. hik hik..

macam yang jaa bagitau dalam entry INI dulu, tema kami tahun ni hitam legamm tau.. biar laa apa orang nak kata.. hitam tak lawa ke hape. tu pilihan en.suami aii tuu.. belom penah dia yang pilih tema.. alih-alih, tahun ni sibuk lakk dia! haish.. 

**************************************************************

lepas shopping kitorang singgah kepci pulak, 
jamu en.suami bagi muncitt hehehe !!

 

 fikri sebelom masuk kepci dah buat perangai dah. tapi nasib baik bila masuk aja..
 okeyy jer diam. siap gelak-gelak lagi ramai yang duk tergur dia. hehe. 

 ermm..yummy..yummy...


 eksyen jer tuu.. hikhik.. kecit-kecit takleh makan ni, sejukk.. aircond dah la tahap beku.
sejuk sampai ke tulang hitam aii... si fikri tu konfem lagi sejuk ngan baju cenggitu.


akceli datang nie nak merasa resepi baru kepci.. flaming crunch! hehehe.. sedap ker korang rasa? boleyy laa kan? tapi takde la sesedap dan secantik rupe iklan dalam tibi tuu... hehe..


jaa tak amik pon set flaming crunch tu. jaa pilih nasi sebab memang perut lapar! so, si manis kat kaunter tu cakap boleh tukar ngan ayam perisa baru tu cuma kena up 20sen untuk seketul.. kira ok laa kan.. tak mahai ponn...

 gaya terkejut ke hape nih? uuk..uuk ek?
 hai makcik, pakcik... skodeng saya makan eh?

jaa tak suka sangat ngan kepci ni, tapi dah en.suami nak jugak kena laa pegi. tu pebret dia nak wat camano kan? tapi seriusly,  jaa memey lebih suka pizza... entah kenape! even regenya mahal, plus pulak ade servis caj la, gomen tax laa.. jaa tetap suka! ketagih gile.. ada yang volunteer nak belanja jaa tak? hehe...

 ni menu wajib kena amik, pebret nie.. nak goreng sendiri tak menjadi!
 ni laa nasi ayam! dimakan ngann sup bebola ayam...

korang sume mesti dah lama try resepi baru ni kan? jaa aje yang terlambat dan terlewat.. kan? kan? hrmm.. takpe laa asalkan merasa laa jugak... hari tu baru jer pegi kepci rasa nya... tapi en.suami kemaruk betul ngan kepci! sungguh aii tak paham.... kalo esok-esok fikri pon peberet ngan kepci.. makna nya ada geng ler diorang tuu... konfem takmo kalo mama ajak gi pizza kan?


25 June 2012

anak itu rezeki

assalamualaikum..hai dears!

pagi subuh kelmarin, my MIL call bagitahu adik ipar jaa a.k.a ct keguguran...  hrmm.. teringat pulak masa jaa gugur anak pertama dulu... sakit, sedih sume terasa! nak baca entry tu -> SINI sedih..memang sedih! sape tak sayang kan? anak pertama tuu.... tapi takdak rezeki nak wat camana kan?

Pagi tadi my MIL dah bertolak ngan bas ke kedah, maybe 3-4 hari stay sana kot. ct ni dia cikgu praktikal di sk sri permai penang. tapi en.suami dia keje di penjara kedah. so, diorang terpaksa PJJ laa... perkahwinan jarak jauh) hehe. aci tak guna PJJ?


 ct di hari persandingan 19 dis 2011


masa ct kawin, fikri pon kecit kemetot lagi (2bln) hehe

sabar yer ct.. kakak ipar mu ini pon ada anak setelah hampir 3 tahun berkahwin. so, jangan risau oke. kalo ada rezeki, ada la tu nanti. cuma lambat ngan cepat aje. yang penting..usaha, doa dan tawakal. insyaALLAH kalo hari-hari kita mintak...DIA akan bagi...insyaALLAH. takmo sedey-sedey oke?
 

cuba tengok gambar dibawah ini pulak :

disangka biji nangka rupanya JANIN
sumber : facebook

terkejut tengok gambar di FB tadi. huh! tak faham sungguh ngan diorang ni. nikmat sekejap aje tapi dosa yang ditanggung sampai ke bila-bila. langsung tak berbaloi! kalo dah nafsu tu dah melonjak, nape tak kawin? kita yang susah dapat anak ni bukan main lagi, duk mintak jugak ngn TUHAN moga dipermudahkan.. diorang pulak bila dapat, terus buang! adoii...tak faham sungguh laa...

sumber : google

mohon pada ibubapa jangan terlampau memilih jodoh anak-anak. ini juga salah satu punca utama terjadinya hal sebegini. anak ter'mengandung' dah, mintak nak kawin mak bapak pulak tak setuju. pastu takmo kasi mak tahu, dapat anak terus buang! so, renung-renungkanlah! kalo anak duk kemaruk nak kawin tu..ade la sebabnya tu.... bukan nak salahkan ibubapa. tapi ini salah satu punca!




jom beli contact lens!

salam sayang untuk semua!
anda sekarang berada di zon jaakechik lensshop
jemput cuci mata yer...kalo berminat tinggalkan komen ok

pre-order contact lens :
foxy series 16mm
plum series 16mm

AF

RM30/ 1pair.
included postage RM36.
1-5 pair postage RM6 sahaja.


contact lens ready stok :
king black 16mm

p/s : berminat untuk buat bisnes lens? just p/m di facebook ok!
nak lebih design tengok di --> jaakechik lensshop


tak ku sangka tak ku duga

assalamualaikum semua.

malam ni sangat dukacita sekali. sungguh, malang tak berbau! baru 2 jam tadi jaa berselisih maut! memang ingat mati aje! tapi betul kata pepatah. berpantang maut sebelum ajal kan? untuk pengetahuan semua, jaa baru lepas terlibat kemalangan tadi masa on the way balik dari beli makanan berhampiran rumah. tapi alhamdulillah takde apa - apa yang berlaku.cuma orang tu merempuh sebuah tiang api, gerai burger dan 3 remaja!


" syukur padaMu ya Allah aku masih diberi waktu untuk terus hidup! "


24 June 2012

ikan bakar air asam

 assalamualaikum.

setelah beberapa kali duk pujuk si en.suami gi makan kat luar, semalam baru dapat! huhu. sekarang bukan main payah kalo diajak dating! (amboi gatai) sayang nak tutup kedai katanya! huh, alasan! boring gak selalu makan kat umah. pastu kengkadang tapau jer kat kedai sebelah umah. sesekali nak jugak merendet...keh..keh...keh.. :D

time gini la fikri buat onar..ishkk geram betol!

tengah elok duk pesan makanan, si fikri pulak sibuk meragam. nangis nak tido. hrmm.. kacau program betoi! hancur leburrr mood nak makan.. huhu... jaa gi makan ngan abang sulong jaa ni. dia singgah umah pastu terus plan ke sini untuk menyantap ikan bakar... apa lagi, tutup kedai la semalam! yahoo... berjaya gak kuar malam nie...  weeeeee.....

kalo fikri tak meragam mau nya 2 pinggan aii bertambah nasi

tapi... fikri menangis tak berhenti la pulok, terpaksa laa jaa makan sehabis laju... huhu... tangan kanan duk makan, sebelah kiri dukung fikri. kalut betul! gambar ni pon dicedok dari FB abang jer. tak menyempat nak snap pic banyak2... mood da hilang beb! kelam kabut ngan si fikri nak melalak tak tentu pasal... maluu aiii!

habis idea duk bodek, tapi tak makan saman

niat hati nak ke KFC untuk mencuba resepi baru tapi tak jadi. so, kitorang makan di Kedai Ikan Bakar Air Asam di Jalan Pengkalan Chepa... jaa belom penah makan sini. ni abang yang suggest! tapi...memang puas hati sedappp sangat.... jaa bagi 4 bintang plus-plus hehe....


p/s : oopet nanti datang kelantan eh? boleh jumpa chic na ngan jaakechik.
kita makan kat sini okeyy?

23 June 2012

menghitung hari...


jaa sekarang selalu termenung sambil dok menghitung hari... ermm... tak lama mana dah nie... alahai... cepat sungguh masa berlalu. tup tap tup tap.... 17 hari lagi.... ermm.... hati jaakechik yang bergelar isteri dan mama kepada fikri dah berbelah bagi!  

10 julai ni bermula lembaran baru dalam hidup. hope keputusan yang di ambil itu, betul! Ya ALLAH engkau permudahkanlah segala urusan ku.... cekalkan hatiku dalam menghadapai segala dugaan yang mendatang.

tanggungjawab semakin bertambah, dari seorang isteri menjadi ibu! dan kini bertambah lagi tanggungjawab sebagai PELAJAR! hrmmm..itulah yang di bimbangkan sangat. macam-macam yang duk pikir. boleh ke? pandai lagi ke? dah berkarat ke belom otak aii nih? adoii... banyak sungguhh persoalan.



lama tak ngadap buku. lama tak menulis. rasa cam susah pulak. tapi kalo tak belajar sampai ke tua akan di takuk yang sama kan? orang lain berduyun naik pangkat, kita? masih ditakuk gaji yang sama. walaupun gaji gomen every year naik. (walaupun ciput.) tapi kos hidup semakin tinggi! harga barang makin hari semakin mahal!

P/S : hope keputusan jaa ni betul dan jaa berjaya dapatkan segulung DEGREE nanti! doakan ya....

22 June 2012

keretaku diconteng!

salam untuk semua!
tengkiu singgah sini...sihat ke hari nie...??

nak balik keje kelmarin terkejut beruk tengok kete! abis comot-comot kena conteng! hrrmm.... kete jaa bukan kena conteng di body ke, bercalar ke hape! tapi...kena conteng di atas bonet belakang dek jari yang nakal! so nottti! tau la kete kita ni lama tak berbasuh! setahun duk simpan debu jalanan! muahahhahaaaa....

bertulisan siam pulak tuu! abaikan debu yang selori itu!
sape la yang gatal tangan sangat tuh! menci arr...

kete jaa memang lama tak berbasuh sebenarnya! haha. bukan setakat boleh di conteng. nak melukis pon boleh!! dek kerana debu yang bertimbun tuh! tak nampak rupe kete dahhhhh..... hhuhuhu... tadak masa nak hantar gi car wash, nak basuh sendiri hrmm... lagi laa aii tadak masa! ekekekee..alasan!

p/s : ape dia tulis eh? maybe cam ni kan --> "kotornya kete you!" haishh malu aii!



21 June 2012

churp churp yang baik hati


salam untuk semua!

jaa terkejut tengok duit iklan yang banyak hari ni..ada tujuh! hehe.. ape kata kalau kita bermain ngan churp-churp hari ni...? hahahahaa... best gak kan...? boleyy buat $$ !! sapa yang baik hati jom la klik gambar-gambar comel kat bawah nie... hihihi...

sila klik pada gambar untuk lebih detail...