kelab blogger ben ashaari, KBBA,

31 August 2012

resepi kengsom ikan ala thai!

kengsom ikan tenggiri! (asam pedas versi thai)

salam hari jumaat yang indah untuk semua! hari ni, dah ada idea nak masak ke? meh jaa nak share resepi kengsom ikan yang mudah. yang dah pandai, duk diam2...yang belom pandai...meh cuba masak kengsom meh.....

resepi ni, turun temurun dari mak jaa. mak jaa asal dari pattani thailand. opkos dia memang sifu dan master chef dlm masakan thai. dan memey konfem dia boleh faham dan pandai bercakap dan menulis dalam bahasa thai tau! anak2 jer tak pandai...huhu.....meh tgk resepi :


              resepi kengsom ikan
                       
                       *  1/2 kg ikan ( apa2 ikan pon boleh )
                       *  5 bawang putih
                       *  10 bawang merah kecik
                       *  2 btg serai
                       *  1.5 inci lengkuas
                       *  1 inci kunyit
                       *  10 biji cili padi
                       *  air asam jawa
                       *  1 sudu kecik belacan
                       *  sayur kangkung / k.pjg / nenas / btg keladi
                       *  2 keping asam

                cara nak masak :
                
                1.  blender semua bahan2 diatas, kecuali asam keping dan sayur!
                2.  rebuskan semua bahan bersama 2 gelas air. 
                3.  masukkan garam, gula, perasa dan asam keping.
                4.  masukkan ikan. biar sampai ikan hampir masak.
                5.  masukkan kan sayur kankung.balance kan rasanya.
                6.  siap dan boleh dihidangkan! selamat mencuba.....


related post about recipes :

siapa pencipta bendera malaysia?


bendera_inventor.jpg 


Dia ini lah pencipta Bendera Malaysia ---> jalur gemilang! 
Allahyarham Mohamed Hamzah
jom sama-sama kita mengingati dan membalas jasa beliau
dengan sedekahkan al-fatihah untuknya!



pada tarikh 31 ogos 1957, bendera Malaysia megah berkibar buat julung kalinya menggantikan bendera Union Jack sebagai tanda kebebasan dari penjajahan British. sebanyak tiga kali laungan "MERDEKA!" dilaungkan oleh perdana menteri pertama kita iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka Kuala Lumpur bersaksikan puluhan ribu rakyat jelata bagi menyambut Hari Kemerdekaan negara.


 berterima kasih lah kita, pada mereka yg berjuang untuk kemerdekaaan malaysia.
dengan itu, sama-sama lah kita mengekalkan keamanan negara!


" SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-55 "

30 August 2012

fikri nak adik??


fikri : " comeyyy nye baby pet pet nie.....cute jer.... "
fikri : " cucuk idong dia siket! "  <---- guna tgn kiri!
fikri : " iskhh...tak puas hati ni, guna tgn kanan pulak lah! " hehehe.

hehehhee...sila ler tengok my fikri tuh! tertipu ngn pet pet! dia ingatkan baby betul kot! sekarang dah notti tau. pantang tengok baby, mesti di buli punya lah! korek mata la, cucuk idong la, tonyoh muka orang laa... very notti! ikut perangai si mama bapak  ler tewww....huhu....

gambar ni masa jaa beli pampers 2 hari lepas. jaa sandar ler kat pintu tu dulu, pastu laju jer dia merangkak gi kat baby pet pet tuh! hehehe. kalo ada adik nanti....camana ler??


p/s : jom terjah blogger --> si cantik manis ini nanti boleh polo mollow... :)

29 August 2012

contest aidilfitri : blog saya biasa-biasa je tapi cool!



http://4.bp.blogspot.com/-z_Dv33Tu8_Y/UB7r7HOFsBI/AAAAAAAABew/fyW5svc_HYM/s320/Merah%5B1%5D.png


salam dears! hari ni, jaa free sangat2.... plus lagi hati tengah gembiro! so, dengan senang hati jaa rasa nak join contest cik si pipi merah! 

cik si pipi merah dah penah ajak dulu, tapi time tu jaa tak berkesempatan nak join. so, bila terjah je ke blog dia, jaa terus jer join. korang pon kalo nak join, jemput  klik banner comeyy dan cool tu yer..

salah satu syarat contest ialah : mesti letak satu link entry yg terbaik!

memandangkan jaa pon baru dlm dunia blog, memang takdak entry yg betul2 best lagi, yang merepek, merapu, meraban tu ado laaa.....ngeee... tapi jaa nak letak gak satu sebagai melengkapkan syarat. jaa letak entry yg latest :


untuk contest kali ni jaa nak tagged geng blogger kelate : tirah zairi , cik rongoks dan  mee supergirl. sorry yer aii tag korang. ada masa sudi2 ler join yer my sayang, darling, intan payung!


p/s : eh, blog jaakechik corner ni layak tak duk dalam kategori 'COOL' tuuu...? huhu...

27 August 2012

Misteri Villa Nabila



 

Assalamualaikum, rasanya dah ramai yang tahu akan cerita ini, villa yang dikatakan menyeramkan di Johor Bahru, berhampiran dengan Danga Bay.. memang banyak kisah misteri tentang rumah ini Sebenarnya banyak kisah yang diceritakan orang mengenai kejadian di rumah ini, tetapi tak dapat nak dipastikan kesahihannya.. antaranya :
.
Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
.
Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun. .

Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Versi 5 – Villa ni dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhirnya, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun.
 
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. 

Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi 6 – Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.
 
P/s: Memang banyak kisah misteri disebalik Villa Nabila di Johor Bahru ini, ini belum lagi termasuk dari cerita mulut ke mulut, rasanya lebih banyak misteri yang dapat diselongkar.  

cerita ini betul atau tidak wallahualam! hanya ALLAH saja tahu segalanya!


sumber : copy from facebook anda juga boleh juga baca di --> blog ini

aduhaii laa duit.....


salam 9 syawal dears! korang sibuk beraya lagi ka...? hamboii sakan noo.... dapat jenjalan tak hengat kat sini dah? mai la jenguk jaakechik corner ni sekali sekala... sambil bawak kuih raya ke DUIT RAYA ke... ekekekeke.... skang, jaa pening kepalo dah nie..hukhuk..... tau pasai apo?

fening pasai gaji laa..... lambat! sedih betul. mood nak gi keje terus padam bila ingatkan gaji lambat lagi tp kita ni dah sengkek tahap 4! hahaha... hari tu kemain lagi suka, bila PM kasi bonus! bila dapat gaji awal, senyum meleret tak hengat! skang melongo laaa... duk kelih kalendar, duk hitung hari gaji...ngeeee.....

bila laaa tarikh tu nak muncul nie????? dah la gaji masuk hujung bulan 9, skrg ni bulan 8 pon tak abih lagi..adoii la... sabar jer laaahhhh..... sedih ! sedih ! nasib baik dah berrr...laki, kalo tak mahunya wat muka tatau malu, mintak kat mak.... ishhkkk.... wat malu jerr... tua2 bangka duk mintak2 lagi. kasi penampor baru tau! huhu....

 cuti 4 hari, sudah berakhir hari ni, esok dah masuk ofis cam biasa dah..huhu....


25 August 2012

bersama redbull di the store


salam dears. jaa dalam mood cuti raya cuti rehat lagi skang ni, tapi hari2 sibuk ngan kenduri kawin kawan2....hari ni pun ada 2 majlis...satu di kota bharu dan 1 di gunong (tu pon nak citer eh?) hukhuk.... tapi ada satu citer disebalik makan kenduri hari ni. 


sebelom ke majlis kenduri tadi, jaa singgah di The Store KB beli hadiah utk pengantin, pastu tengok ada redbull buat sale dan siap ada game lagi. syaratnya, just beli 6 tin redbull berharga RM11.99 pastu, terus boleh join game tuh....

ni ler game nya!

katanya kat kertas kaler kuning tu berisi 'something' maybe hadiah berupa snek, air redbull dan maybe duit raya (cash) bernilai RM1, RM5, RM10 dan RM100. entah betul entahkan tidak wallahualam. tapi jaa memaksa rela berkeras suruh my en.suami join jugak utk try nasib! hehe.....

meh kita tengok gaya 'otai' main game..hikhik...

v

v

v

v

....SATU....
 
 

v

v

v

v

 ....DUA....


v

v

v

v

....TIGA....
 

hahahaha...dengan susah payah my en.suami duk tangkap kertas kecik2 yg berterbangan kat dalam tuh. cam budak2 pon ado lagaknya...hehehe....si fikri pulak syok jer duk tengok dari luar! <--- fikri beri semangat! ingat dapat banyak, tapi 5 keping jer dapat. tak hebat lah! rugi aii tak masuk sendiri...hukhuk!

hek..eleh...siket tu jer dapat....wat letih jer....haha....
nak tau apa yang dapat?

v

v

v

v

....tadaaaa.....

 
2 henggit jer ponn....muehehe....


p/s : kalo dapat RM100 tu kan best? tapi korang rasa betul2 ado ke???

22 August 2012

istimewa lebaran 2012


pose istimewa lebaran 2012

assalamualaikum.... selamat hari raya buat semua pengunjung blog jaakechik corner! semoga sihat belaka. seperti yang jaa bagitahu dulu, raya tahun ni paling happy sebab kami dapat raya bertiga bersama fikri! so, memang sonok!

plus lagi bila tahun ni turn kita pulak collect duit raya anak. hehe. best betul! hahahaha.. melampau kan? btw, memang meriah laa.... cerita pasal raya, tak best pulak kalo tak selitkan juadah raya kan? memandangkan tahun ini, jaa tido di rumah mak jaa di malam raya, so, jaa sempat jugak tolong mak jaa buat juadah siket2.

antara juadah pertama raya di wakaf bharu!

antaranya utama nya nasi puteh bersama, lauk pauk goreng. menu tambahan pulak adalah roti jala cicah gulai ayam...hrmm....memang sedappp.... pendek kata, seharian duk menghadap roti jala tanpa jemu lah kitorang semua......hikhik...

juadah penuh meja!

pukul 1 tgh hari baru kitorang bertolak ke rumah mertua jaa di gunong. kat sana pun meriah jugak. utk cerita dan gambar lain kita tunggu di lain entry ya..hehehhee.... btw, selamat hari raya uintuk semua.... raya ke-4 dan ke-5 jaa dah keje dah... tapi raya ke-6 hingga raya ke-9 jaa bercuti panjang....nak kemana yer??


" selamat hari raya aidilfitri buat semua! "


19 August 2012

selamat hari raya


assalamualaikum...


selamat hari raya aidilfitri untuk semua!!
dengan ingatan tulus ikhlas maaf zahir dan batin
dari jaakechik corner dan keluarga....


with love,
jaakechik!

18 August 2012

4th anniversary di food village!


hai,selamat malam! memandangkan esok dan seterusnya kita akan menyambut hari raya. so, jaa terpaksa post kan entry ni secepat yang mungkin..hehe.... tengok tajuk pon korang dah tahu kan? so, tanpa cakap byk2 meh layan gambar2 kat bawah nie.....




kitorang celebrate berempat bersama adik ipar.
jaa booking di restoran food village pengkalan chepa...
tekak tetiba teringin nak makan chim chum!




first time datang makan kat sini, restoran yang amat femes di kelate
restoran ni menyediakan makanan secara buffet
dan makanan utama kat sini ialah chim chum!

bayaran utk dewasa : RM19.90 / kanak2 : RM13.90
sesaper yang nak datang boleh ler order di no.tel ini : 017-9239448
kalo nak datang tu booking dulu tau, kalo tak memang tak merasa ler korang
tempat ni memang ramai giler orang!




harga kat atas tu untuk sekepala dan boleh dimakan sepuas hati....
duduk dan makan jer la banyak mana pon, harga tetap sama...
berbaloi kan...??

kami bebas memilih lauk, dan buh jer banyak mana pon, 
dia takkan marah! sebab memang itu rule kedai tuu...
so tu lah antara yang sempat kami sambar semalam 
memang betul2 banyak
macam orang tak penah jumpa makanan, semua kami amik




kita just dibekalkan ngan 1 dapur dan secerek kuah sup!
yang lain kita boleh bantai jer, nak makan apa.
bukan chim chum aje ada, makanan lain pun ado
kami amik, nasi kerabu, nasi goreng cina, nasi air utk fikri
dan pelbagai jenis pencuci mulut spt bubur, ABC dan kuih muih



"gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati "


puas hati betul makan kat sini, kitorang sampai sini jam 7.00 malam. dan balik jam 9.00 malam. hahahha.. lama giler duk melantak. langsung takde rasa segan sebab orang lain pun gitu jugak..sume balik after kul 9.00 malam. masing2 pakat duk layan nafsu makan.

duk ler berlama2 pun, toksah risau sebab sini ada surau untuk nak bersolat, bergilir2 ler solat, pastu sambung ler makan lagi.... dia takkan marah punya! hehe.




ni pulak gambar yang betul2 mencuit hati kami semua. lepas buka coklat chic na tu, jaa suap ler kat fikri secoet, pastu sume pakat duk bersembang, sedar2 fikri dah jadi cenggitu rupe dia! memang burok! dia keluarkan dari mulut dia dan pegang kat tangan sendiri rupanya. abih comot2...

dah la baju baru jer tukar, korang perasan tak baju fikri tu tak sama? hehe. fikri siap dimandikan lagi di restoran ni, sebab...berpeluh satu badan. duk layan mak bapak yang lama duk melantak!


ni ler coklat untuk my en.suami semalam.......order from chic na..hehehehe....
tengkiu chic na, buatkan coklat yang sedappp dan cute tuh!!



p/s : gambar kurang menarik, plus pulak waktu malam..sorry yer kalo menyemakkan mata korang.... btw..selamat hari raya semua.....! tentu semuanya sibuk di malam raya nie kan?

diary 4 tahun lepas....


Meh baca diary jaa 4 tahun yg lalu, pada tarikh 17/08/08 :

lebih kurang jam 9.00mlm...abang duk bersila depan tok kadi, berjabat salam ready untuk akad nikah. Jaa pulak malu-malu kucheng dikerumuni sanak saudara dari pihak abang. Saat menunggu akad nikah selesai, terasa…ohh lamooonya! Huhu..masa tu kita dua2 pakat nerbes. Menggigil abis seluruh badan. <--- citer sambil lap peluh!

Alhamdulillah ngan skali lafaz jaa sah jadi milik abang, dengan rasa gumbira tak hengat. jaa terus bertepuk tangan! Yeayyyy! Happy giler,  payah nak cerita! Sume pihak abang pandang jaa semacam jer..adoii wat malu jer. Tapi masa tu tak hirau orang lain dah, rasa nak terus lompat tinggi2…bangga yang abang memang hebat, skali lafaz jer! Hooreyyy…

kenangan terindah....18/08/08....tarikh bersanding!

Terpikir lak hati, eh, naper aku tak nangis macam orang lain eh? Orang lain biasanya sebak jer, bila dah sah nikah ni. Ishkk pelik nape aku tadak feel utk bersedih nih? <-- Tanya sambil angkat2 kening ^_^

Maybe rasa gumbira melebihi segala-galanya kot! Muehehe… 


*******************************************

tu citer 4 tahun dulu (17/08/08) dan semalam 17/08/12 tarikh tu muncul lagi...that mean dah masuk tahun ke-4 aniberseri kami. hehe... aii hepii tau... Even en.suami buat tak hengat…tapi aii tak kisah maa…becoz aii know my en.suami tu jenis yang macam mana! Bukan jenis laki yang stok caring maring…. Bukan jenis, aii labiuu u...u lebiu me!

Hukhuk…sebak! --> meh, tisu jap…

Abang macam tahun yang lepas2 jugak laa...? langsung tak hengat kan? Alaa… tak romantik laa kamo! <-- menulis sambil cebik kan mulut, kerutkan dahi. Huhu.

semalam jaa sesajer ajak abang berbuka di luar, jauh giler tau aii booking restoran…nun jauh di pengkalan chepa...jauh tuu dari rumah kita…..

hajat hati nak wat surprise….sambil2 berdoa dalam hati hope abang tau niat tulus murni jaa nie…huhu..tapi hampehh dia wat dunno jugak…tadak perasan sungguh! ni menci nie... rasa nak lari jauhh2x... rasa nak majuk jer....dah majuk dah ponn...

hadiah anniversary utk my en.suami, jaa order dari --> blog ini
happy 4th anniversary jaa love yie..omeyy kan..?
order ngan dia memey takkan kecewa...dulu jaa dah penah order utk hari bapa!

selepas ke rumah chic na, untuk amik coklat aniberseri yg jaa order 2 minggu lepas baru abang ferasan yang semalam adalah aniberseri kita. huhu…even, abg tak tengok coklat tu coklat apa, tapi abang dah teka!  hehe..baru ler muka aii naik seri siket! Mood tetiba jadik riang cam kanak2 ribena…hihi….

Tapi salah aii jugak kan? saper suruh sambut awal….? Biasanya sambut pada 18 ogos (tarikh bersanding) Kali ni sambut awal pulok! That’s why dia tak hengat! (ahh…alasan!2x)


p/s : kitorang bersanding pada 18/08/08 hehe.. ohsem tak tarikh tu? 
Nasib baik hantaran bukan RM8888.88 jer... ngeeee… kalo tak makcik kayo!


happy 4th anniversary  
untuk jaa dan abang...aii lap u so much! (wish utk diri sendiri)
hehehhee...abang sayang jaa tak nih?????? 


p/s : Tunggu entry makan2 di hari anniversary semalam pulak ok! 
malam nanti aii update! pjg giloo dah entry ni nih! hehe...



15 August 2012

PENGUMUMAN PEMENANG GA jaakechik corner

*Sticky post*

Alhamdulillah setelah 47 hari berlangsung akhirnya hari ini jaa akan umumkan senarai pemenang yang bertuah yang dipilih secara 100% melalui random.org. 10 pemenang sahaja dicari tapi... jaa tambah 7 lagi pemenang tambahan. hope anda antara yg bertuah itu!

walaupun menggunakan random.org jaa tetap memilih dan tengok sekiranya tidak cukup syarat jaa akan tolak jugak. Harap maklum ya. Walaupun syarat mudah tapi ramai yg tak boleh ikut. Dah menang tapi di tolak. Hrmm…rugi kan? pada yang tak menang jaa mohon maaf jugak. btw tengkiu so much utk penyertaan anda!

Sume entry anda  yg panjang lebar tu best, semua syarat anda dah ikut. mungkin belom rezeki anda kali ni. InsyaALLAH mungkin di next GA/SEGMEN jaakechik. Okey?? So, jangan berkecil hati dan jangan nak masam2 muka ngan jaa pulak yer. I’m so sorry… hadiah sgt terhad jaa tak mampu nak beri pada semua!


jom tengok senarai pemenang ==> DISINI

13 August 2012

raya tahun ni paling happy!

salam dears. raya just tinggal beberapa hari saja lagi kan? mesti skang semua tengah sibuk duk pikir pasal serba RAYA nih. baju raya, duit raya, langsir raya, kuih raya, serba raya lah! yang si kaya raya tu mesti best kan? tak perlu pikir apa2. sedia duit terus dapat apa saja. yang kurang 'kaya' ni pulak yang poning duk pikir macam2. kengkadang naik risau sebab budget raya dah lariii kan? huhu.... sabar je lahhh.....

 kenangan raya di rumah mak jaa 2 tahun lepas (2010)
 kenangan raya di rumah my MIL pulok

btw, tengah elok duk pikir pasal raya, terus terpandang beberapa pic raya yang lepas2 ohh.... cepatnya masa berlalu.... tupp..tupp...nak raya pulak dah.... masuk tahun ni dah masuk kali ke-5 jaa beraya bersama my en.suami! huihhh...dah lama aii kawin? cam tak caya jee... hikhik...

kenangan raya tahun 2011..pregnant 7 bulan!

kalo raya tahun lepas jaa beraya dengan perut memboyot 7 bulan. tapi...kali ni i'm so happyyy.....sebab dapat beraya bertiga ngn anak sendiri! hehe. suka sangat. sebab dah ada anak kan? suasana kali ni maybe lain siket. sebab biasanya bergambar berdua jer di pagi raya. kali ni dah ada penyeri di tengah antara kami. takde ler kena perli cam tahun lepas2 lagi...ngee...


p/s : selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin untuk semua!!


12 August 2012

Di restoran kengsom


salam. kalo semalam jaa cerita pasal berbuka di restoran terapung pantai sri tujoh, dan 2 hari selepas itu jaa  berbuka di rumah mak jaa dan di rumah mertua. semalam berbuka di Restoran Kengsom pulak! hehe. lama betul dapur umah jaa tak berasap! (pemalas...)




tapi kali ni istimewa sedikit! sebab majlis berbuka bersama semua rakan office. kitorang booking 2 meja di restoran nie. mula2 nak booking meja di New Horizon Garden, tapi sudah penuh di booking until malam raya. terpaksa la mencari yang lain.


kitorang makan ngan senang hati, sebab fikri tido jer...hehe.


selepas survey bermacam restoran, semua sebulat suara memilih restoran kengsom yang berhampiran tesco. restoran kat sini baru jer buka. ada satu lagi di wakaf mek zainab. jaa belom penah makan sini. 1st time datang. jom tengok menu!

           1.  siakap masak kengsom (asam pedas thai)
           2.  butter prawn
           3.  sotong cili kering
           4.  daging blackpepper
           5.  ayam mongolia
           6.  kailan ikan masin
           7.  2 jag air sunquick    
           (untuk 6-7 org makan : RM158.00) mahai ke murah?



ni ler menu semalam.... 



no. tel restoran ini : 012-9214474 / 014-8298620.


bawang, cili ngan daun kari jer banyak, harap mahal sajooo!

menu macam best, tapi kebanyakan nya diletakkan daun kari. terasa cam nasi kandar pulok. hukhuk... (banyak songeh!) dalam banyak2 makanan kat atas tu jaa nak bagi 5 bintang kat kengsom ikan! fuuhh memey sedap...terangkat....super duper best! cukup 'kaw' masam dan pedasnya. yang lain biasa2 ajaa...hrmm....


jenjalan tengok rege, terus blahhh! hehe.


after berbuka, geng yang boleh sembahyang terus ke surau tesco, yang lain merendet utk shopping window shopping...tengok jer tak shopping pon... BONUS dah licin katakan... lalala..... ^_^  jalan2 sambil berputih mata... hoho! cian aii tau...

sesudah berlenggang dalam tesco, agak2 perut dah kembali kosong terus pakat drive ke Jalan Yaakubiah pulak untuk misi seterusnya.... misi makan colek di Kedai Bawah Pokok Kekuk! hehe. perut cap tong drum gini lerrrr..... diorang ler... jaa layan siket2 jer... nama sebenar kedai tu tak tau laa pulak jaa apa benda. tapi memang itu la nama glamer nya kalo di kelate...


kitorang betul2 amik meja di bawah pohon 'kekuk' !


ramai giler orang kat kedai ni, maybe sebab ada aneka colek kot. jaa pon 1st time datang sini, member ofis yang suggest. kira ok gak la..sedapp... rege pun ok... untuk colek campur 6 orang makan termasuk air RM43.00. kitorang makan 8 orang, cuma order tu di skipped siket, sebab sume still kenyang lagi..

'pokok kekuk' ni kalo di kelate ada jugak yang panggil buah ceri. bukan ceri yang betul tu, ceri kampung la..kiranya. nak tau camana rupe buah nya tengok sini. kalo sebelah luar entah le menatang apa yang korang panggil..hehe... tak sempat ler pulok aii nak kaji... ngeee....


11 August 2012

berbuka puasa di sri tujoh


salam dears. hari ni kita layan gambar makanan ek... jangan ada yang terbukak puasa pulak eh.. saje jer jaa nak kongsi menu iftar beberapa hari lepas. setelah 3 minggu kita berpuasa, pada hari rabu lepas baru jaa dapat berbuka diluar bersama my en.suami dan fikri. hehe.

selalunya, masak atau tapau jer kat bazar ramadhan tapi hari tuh kitorang bertukar angin ke Restoran Terapung Pantai Sri Tujoh. tempat ni tak jauh pun ngan umah jaa, dalam 12km gitu . kalo ngan kete lebih kurang 12 minit jer pon. 


jaa suka makan kat sini, sambil tengok pemandangan, hirup udara segar, lagipun makanan dia pon okayy. sedapp jugak... kalo korang datang jenjalan ke Pengkalan Kubor-Tumpat jemput la datang sini ek? sini bersih dan harga pun berpatutan macam kat kedai lain jugak. 


kitorang datang bertiga ngan fikri so, kami order siket aja. untuk menu hari tu : tomyam, daging masak merah, kailan ikan masin dan telur dadar harganya RM23.00 sahaja termasuk teh o ais dan jus kiwi. untuk hidangan tu jaa bagi 4 bintang. pelayan pon ok, sangat friendly.


kebetulan jaa datang tu ada orang dah booking meja. kalo tak silap jaa dari jabatan veterinar negeri kelantan kot! jaa tak sure jugak sebab nampak di kenderaan diorang jer. hehe. tak sempat nak berkenalan! ngeee.... nasib baik masih ada banyak meja kosong. so, kitorang pilih sudut tepi. memang best. dapat tgk air!



p/s : aii sibuk ler dear..... malam ni okeh aii jenjalan ke 'rumah' kamu...... ^_^

08 August 2012

badminton di bulan ramadhan



salam dears. kalo dalam entry INI dulu jaa citer pasal my en.suami buang tebiat main futsal. kali nih dia buang tebiat main badminton pulak. ni pon gara-gara di ajak oleh budak2 customer jugak. 
hobi baru semenjak ramadhan!

kalo futsal hari tu dia kondem awal. just bertahan 15 minit jer. tapi kali nie dia layan sampai habis. diorang booking court selama 2 jam, 10-12mlm. memang puas hati dia main 6 game kalo tak silap jaa! aduii... esok-esok... nak main apa lagi? silap2 ping pong pulak! hrmmm kalo main bowling kan best? boleh jaa layan jugak? tak gitu?


raket tadak, bantai yang orang jer lahh..hehe..

p/s : jaa jadi penyokong jer..hehehe....tukang sorak....

06 August 2012

futsal di bulan ramadhan


Salam dears. malam sabtu lepas, my en.suami sudah buang tebiat. Tak penah-penah nya sebelom ni gi main futsal tapi ramadhan kali ni. Dia boleh layan pulak.

Rumah jaa kan buka cc, so, ramai ler budak-budak duk lepak tetiap malam. Pastu ada la geng regular customer ni, sibuk duk discuss nak main futsal. pastu sesekali duk bodek my en.suami join diorang main jugak laa.


Setelah berkali-kali diajak,last-last cair cam air batu jer dia bila dibodek. Pukul 10 malam diorang booking  court di futsal 1 malaysia di kg. cabang empat bayaran murah jer. RM20 sejam. Tapii..jaa ingat kan court 1 malaysia ni free jer..rupanya berbayor jugak.. ngee… (masuk toilet pon 50sen skrg ni weiii)


Diorang booking untuk sejam. Tapi my en.suami main untuk 15 minit pertama jer. pastu terus kondem! Hahahhaaa…. Semput katanya, lenguh kaki la,tak larat la, macam-macam alasan! last2 tersadai jer di tepi pagar, duk teguk air memanjang!

pemain paling teruk malam tuh! hik..hik...

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...