kelab blogger ben ashaari, KBBA,

31 October 2012

Sejarah blog jaakechik corner

JAAkechik CORNER

JAAkechik corner

-         mula create blog pada july 2010 hanya untuk promote bisnes pusat internet yang dibuka pada mei 2010. refer entry ---> KOMPUTER & LAPTOP.
-         Kunun nak promote bisnes. Sebab itu jaa menggunakan URL jaakechik-e-niaga.blogspot.com. hehe.
-         InsyaALLAH sikit masa lagi jaa nak beli domain sendiri pulak. Maybe www.jaakechik.com ke.... hehehhe.. comel tak URL tu?
-         Benornya takdak sapa pun yang menjadi inspirasi dan tanpa tunjur ajar dari sifu. Sesaje godek dan atas usaha sendiri. Maksud jaa tunjuk ajar secara ’live’.
-         Akibatnya blog hanya ada satu entry dan menyepi sekian lama kerana tiada followers, tiada visitor dan tidak cantik dan tersusun. <--- now cantek x?
-         Mood blogging terbengkalai selama 2 tahun. Tanpa di login pon. Teruk!


mood update yang naik turun...hihi...

-         mood untuk serius hadir pada februari 2012. bila selalu baca blog peribadi blogger lain yg dijumpai setelah menggoogle resepi, kisah percutian, tips dan benda2 lain lagi.
-         Dari situ timbul minat utk aktif tapi sayang tak ingat password sudahhh...huhu.
-         Tidak berpuas hati cuba reset password dan mula google cara-cara nak hiaskan blog, biar cantik sikit. baru kita ada mood. ye dok?
-         Maka terjumpa beberapa blog tutorial. Especially blog LYSSA FAIZUREEN. Berlambak tips and tutorial. Cuba edit tapi tak faham dan still mengong!
-         Usaha keras lagi cuba paham apa itu, tick expand widget, apa itu edit HTML, apa itu gadget dan kod-kod lain. Kaji..kaji…dan kaji sendiri…


jumlah followers from feb hingga oktober (kini)....

-         Memang takde sebarang rujukan yg ’live’, nak bertanya kunun malu. lastly godek dan godek jugak. Mencuba dan mencuba….akhirnya menjadi dan semakin fhm dgn kod2.
-         Jaa mencuba sehabis upaya. Memula letak lagu, kalendar, pastu jam la…huhu… baru-baru biasa laa kan….jakunnnnn…sume kutip letak.
-         Lelama baru tahu mende tu semua tak perlu ponggg!
-         Pastu mula bubuh shoutbox, list entry latest, wat scroll box, borders, background, header and etc…etc…
-         Untuk nak wat benda tu semua pon jenuh nak fahamkan stepnya tau. Silap wat mahunya haruuu jadiknya weiii….boleh tunggang langgang segala data.
-         Setelah blog dirasakan cantik. Mula google camana nak tambah followers dan camana nak wat entry best, camana nak itu, nak ini…hehe…
-         Dari 0 followers terus naik ke 100 ke 500 dan 1000++ hingga ke jumlah sekarang! Alhamdulillah....
-     terima kasih jaa ucapkan pada semua followers, pengunjung, komentor dan silent readers jaa... jaa sayang korang ketat-ketat tau.... hehehhehee...



Harapan jaa untuk blog ini, semoga :

-         blog ini semakin maju dan dikenali
-         mood update semakin mencanak naik
-         dapat tambah ramai rakan baru
-         hope entry berupa info, fakta atau resepi dapat membantu orang lain
-         lastly, semoga menjadi sumber rujukan di hari tua jaa nanti...kikiki...



Sebarang pertanyaan atau cadangan sila emailkan ke :
jaakechik@yahoo.com atau inbox di www.facebook.com/jaakechik

29 October 2012

CERITA RAYA HAJI 2012


salam aidiladha untuk semua!
korang masih bercuti ke dah keje hari ni?
jaa hari ni dah start keje tau..hrmm... ~sedih..sob..sob... :(
this year, jaa beraya di rumah mertua jer. 
coz mak jaa takder...diorang beraya di over river obersea
di Pattani Thailand (nenek jaa org Thai)
makanya, beraya tanpa mak laa kali ni... ~sedih lagi :(
katanya, hari ni baru balik. maybe petang ni kot!

RAYA PERTAMA
tiap kali raya biasanya jaa akan ke masjid utk semayang raya
tapi kali ni Allah Bagi Cuti (ABC) T__T
plus pulak adanya fikri. so, duk umah jer laa..



 jejaka tampan en.suami sebelom ke masjid


lepas semayang raya, en.suami gi siang lembu korban abg dia
di Kg. Tapang, jauh gak laa...tapi jaa tak ikut pon...
just duk umah sajoo...jaga anak..muehehe...


juadah raya pada hari pertama adalah laksa!
air tangan dari adik ipar jaa, ct eaisah



tahun ni, jaa perasan, tak ramai yg wat acara korban
maybe sebab harga lembu yang mencanak naik kot...
RM430-480..mahal betul rege daging lembu utk 1 bhagian

RAYA KEDUA
pon samo, takdak beza. just duk umah MIL jugak.
cuma for second raya ni, giliran jaa pulak masak
jaa buat sup tulang/gearbox ngn 2-3 jenis lauk lain
diwajibkan percaya fakta ini okeii....kikiki :)


kul 11 malam jaa balik tido ke rumah mak jaa di Wakaf Bharu
jenguk adik 2 orang yang tak ikut mak balik THAI
kebetulan pulak ada kakak ngn abg jaa malam tu
sakan kitorang bergosip bersembang adik beradik
pukul 3 pagi baru benti, bentang toto dan mentido! hihi...

RAYA KETIGA
raya ketiga pulak, jadual padat ngn majlis kenduri
dua tiga tempat kena pergi
pukul 10.30 malam baru balik ke umah jaa sendiri
sampai aje terus landing! letihh woo....ngantuk!

cerita raya korang kali ni acaner pulak? meriah ker?
byk ke daging? kalo ada pos sini sikit yer...hik..hik..


ni pose istimewa 1st raya! santekk tak? kikiki....
jaa sibuk duk posing bak retiss, en.suami lak sibuk nak berdukung bagai..
jgn di tenung pic ni lelama tau...aii malu benornya ni....hehehhe....




klik like kalau suka.

26 October 2012

salam aidiladha 2012


selamat hari raya aidiladha...maaf zahir dan batin
dari jaakechik sekeluarga....
dengan ucapan, jangan makan daging kuat sangat tau
raya tu raya jugak.....kang tak memasal high blood....
hehehhehe....peace...!! : )



24 October 2012

happyy 1st besday anakku!


Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Muhammad Haziq Fikri
Allah selamatkan kamu......

anakku, birthday, family, fikri, celebrate besday, hadiah hari jadi untuk baby, kek, kek keju sedap, resepi kek keju, kek keju meleleh,

22 oktober lepas adalah hari ulangtahun kelahiran fikri yang pertama. so, masuk hari ni, umur dia adalah 1 tahun 2 hari.... hehe... gigih aii kira tau... wakaka... kalo orang lain bersuka ria di hari besday tapi tidak bagi kami. sebab tuan punya besdayy tak sihat. demam pada hari kejadian..huhu...

anakku, birthday, family, fikri, celebrate besday, hadiah hari jadi untuk baby, kek, kek keju sedap, resepi kek keju, kek keju meleleh,

so, tengah duk nak potong kek, dia dah bantai muntah atas baju dia, termasuk baju pak nya skali. so, tergendala aktiviti potong kek sebentar. mood maknya pon terus kelaut merah! takdak hangin nak bergambar bagai lagi dah. spoiled! terus pengasuhnya amik alih tugas tipu lilin...

anakku, birthday, family, fikri, celebrate besday, hadiah hari jadi untuk baby, kek, kek keju sedap, resepi kek keju, kek keju meleleh,

majlis wat kecik sajo. jaa tak panggil family jaa pon. just jamuan kecil utk pengasuh fikri dengan jiran2 dia yg terdekat sajo. kitorang gotong royong masak laksa lemak, laksa penang dan bubur kacang hijau....



insyaAllah pada hari raya nanti akan disambut bersama mak pak sedara nya pulak. maybe di chenderong batu or di gunong (belah en.suami) belom putuskan lagi. tgk keadaan dulu macam mano..hihi... yang best nya diorang sepakat mai bantu time nak wat kuah laksa tuu... memang syok laaa... cepat jer masak.... padahal utk 20 kg laksa tuu.... even tak banyak tapi kalo wat sensorang maunya fengsan.. kikiki...


en.suami hadiahkan beskal untuk fikri. (tah apa nama dia) ~tak gheti nak panggil. memang seronok dia mula-mula tuu..tapi maybe sebab fikri tak berapa sihat so, dia main kejap sajo. pastu wat dunno jer...pandang pon taknak. takdak mood kot... jaa tak sempat nak snap pic banyak, tu jer yang sempat sebab fikri bantai meragam sampai ke petang. merengek jer tau. takmo berenggang ngn jaa and pengasuh nya. ngan orang lain lagi laa dia takmo duduk.

 

makanya, mood celebrate besday kali ni, tak berapa nak happy laa... hati duk risaukan dia sajer... hrmm... takpa la dah tak sihat nak wat camana, ye dok?! nanti kita sambut ngn tokmek, tokwan, and ngn mok gunong pulok yer sayanggg... semoga kamu membesar dengan sihat, cerdik, taat pada ALLAH dan hormat ibubapa....aminnn.....



nota kaki : alhamdulillah, hari ni fikri dan abahnya dah sihat...syukur!

23 October 2012

shu yang kreatif

salam dears.
jaa bersiaran sebentar just nak tunjuk ini
sila jangan jeles okeii...hihi...




lawa tak lukisan ni?
cer compare ngn pic sebenar di bawah tuu
sama tak? seiras tak? ekekeke...
shu buatkan untuk jaa after aii ngan muka tatau malunya
asyik duk request suh lukis pic jaa, muahaha.... >__<




tengkiu pada blogger shuhada othman
coz sudi wat lukisan yang cantik itu
jaa suka... beribu tengkiu ya my dearest!
Sesapa jeles sila ke blog shu dan mintak dia buatkan okeyy...
T__T



nota buat shu : jumpa engko godek pic ni ya? hihi.


klik like kalau suka.

22 October 2012

demam melanda....


salam dears. family jaa dilanda demam lagi ni..... sedih tau.... tengah tulis entry ni pon rasa sebak dada. sedih bila orang yang kita sayang, pakat demam. seriyes... betul2 rasa teruji. Ya Allah kau tabahkanlah hatiku. sembuhkan lah mereka.... kurangkanlah kesakitan pada mereka. aminn...

    
    kesian betul, berpanjangan sakitnya
     
             12/10/12 fikri ke Klinik Nawi, sebab muntah-muntah. kunun rotavirus!
             13/10/12 fikri nampak macam dah sihat dah. tapi esoknya muntah lagi.
             15/10/12 fikri ke Klinik Bunohan pulok. sbb tak puas hati ngn Klinik Nawi.

pastu masa gi Klinik Bunohan doktor bagi ubat cacing utk fikri selama 3 malam berturut-turut. masa tu dia demam jugak tapi tak kuat just 36.8'C. lepas makan ubat cacing tu. fikri cirit pulok. sehari 5-6 kali dia berak... najis dia memang tak elok lak tu.. cair! ~maaf pada penggeli.


bapak budak pun demam jugak

selepas 3 hari ubat cacing diberi...dia dah semakin okey... tapi bapaknya pulak demam. ohhh...sangat sedihhh rasa... pada 19/10/12 jaa bawak en.suami ke Klinik Ramzi pulak. suhu dia terlampau panas. 38.5'C. kena injected seketul!

sehingga hari ni, en.suami belum kebah sepenuhnya lagi. non stop duk telan ubat. dan kisah demam ni makin haruuu bila fikri yang baru sembuh dari cacing terkena pulak tempias demam abahnya. berjangkit! sehari sebelum tu 20/10/12 dia nampak dah mula panas badan. jaa bagi ubat sirap jer..tapi tak kebah.


ubat sumbat bontot

kelmarin 21/10/12 demam fikri nampak makin melarat. teruk! jaa decided taknak bawak gi klinik dah sebab ubat dah melambak dalam peti. asyik bagi ubat yang sama sajo... perubahan takdak! jam 8.30 pagi jaa bagi ubat ~ubat bontot!

tapi panas dia tetap kuat.... masih tak puas hati jaa sumbat lagi sekali ubat bontot tu pada pukul 8.30 malam. ingat dia akan ok laa kan. tapi tak jugak kebah. pukul 10.30 fikri makin nampak pelik. senyap jer dia... nafas pun cam slow sajoo... risau betul tengok!


4 pek koolfever for si demam

pukul 10.30 malam jaa sepakat ngn en.suami nak bawak gi ke HKB pulak. tak kira nak ke 'unit kecemasan' jugak. risau sebab terlalu panas. puas jerlung badan dia ngn tuala basah siap guna air asam jawa lagi. tapi takdak perubahan....

masa otw tu memang tawakal dah kalo doktor nak pegang masuk wad pon. kami terima. nak drip masuk air ke, amik darah ke, ape ke, kami redha...pasrah! masa check kat HKB suhu fikri 39.1'C. masyaAllah makin tinggi dari en.suami. ohhh...dalam hati jaa toksah cerita... termengong sekejap!

tapi doktor just bagi ubat demam sajo jugok... antibiotik tak bagi ponggg! payah wehh spital kerajaan nih... yang kita ni dah berlambak ubat yg sama kat umah. macam stok utk 1 year dah. balik dari HKB dah lewat malam. kitorang sampai umah pkul 12.30 gitu.. letih..ngantukkk semua ada!


happy 1st birthday anakku, muhammad haziq fikri

hari ni 22/10/12 merupakan hari ulangtahun kelahiran fikri yang pertama! bila sebut memang sebak dada. sebelum ni, beriya-iya kami planning utk bday party dia. tapi dia melepek jer demam. seharian moody!! pagi ni...jaa bawak fikri gi Klinik Bunohan utk appointment umur 12 bulan. fikri tak dapat injected. so, doktor suh postponed next monday. check suhu hari ni, tinggi lagi 38.1'C. doktor bagi ubat demam 2 botol! aiiyyooo.... ubat samo lagik!?


party kecil di rumah pengasuh

kelmarin jaa ada buat party kecil utk fikri di rumah pengasuh. tapi mood memang spoiled habiss. langsung tak terasa teruja. sebab si besday boy muram. buat just utk amik syarat saja. insyaAllah jaa akan update entry party tu kemudian.

lately ni, memang sibuk ngn klinik sajo. sana sini pergi pon samo. ke Klinik Swasta sudah, ke Klinik Bunohan pon sudah, ke Unit Kecemasan di HKB ponggg sudahhhh!! tapi tak jugak ngam! cara tradisional pon pengasuh tak berhenti duk ikthiar. memang menduga sungguh!


jaa beli ubat ini di farmasi tadi, my boss suggested!

pada yang selalu berkunjung ke blog jaa jaa ucap terima kasih. pada yang bagi semangat, ucapan dan doa tu pun jaa ucap terima kasih. moga hidup korang pon sentiasa aman, sihat dan bahagia selalu. jaa mintak maaf sebab sudah kurang bw. masa sangat terhad. hope kalian faham yer... btw, tengkiu doakan kami sekeluarga! luv u alls......



p/s : hope jaa sendiri tak demam...kalo tak makin haruuu jadinya...

21 October 2012

kami pon tengok....


salam dears..... korang semalam tengok bola Piala Malaysia kat mana? ada yang gi tgk di stadium shah alam ka? jaa pulak semalam just melepak di rumah pengasuh fikri jer.


hajat nk ke skrin besar di stadium KB macam yang kitorang gi masa FINAL FA dulu tak kesampaian sebab en.suami masih belom sihat lagi. demam tak kebah lagi....sob..sob..


umah jaa tv kecik so, tak best nak layan bola. plus lagi takdak orang. just kami 3 beranak, memang tak berapa nak syok la kalo layan kat umah. hehe.


pengasuh fikri jamu penonton ngan mee rebus.... ermmm very2 sedapp tau...! tapi lupa lak jaa nak snap pic.... ralit duk makan. muehehe. bukan ape, aii malu benornya nak snap2... nati org kata apa pulok kan? aii malu!

 

tu pon curi2 gambar amik kot belakang..... takmo bagi diorang perasan.... kikiki.... eh, korang jaa mintak maaf tau, jaa belom sempat balas kunjungan korang lagi ni. masa sangat terhad.... sekeluarga pakat demam. bapak ngn anak sama jer! haruuu weiii!



sila like kalau suka.

SARDIN BERTELOR


salam dears. jom masak-masak.

hahhahaa...tajuk macam kelakar la pulak kan? tapi... dah itu nama yg sepatutnya haha. bantai aje laa... even resepi ni mudah. tapi pada yang belom buat, dipersilakan untuk try hokeh.... untuk orang bujang sesuai la. untuk yang dah kawin jangan diamalkan selalu masak sardin nie..nanti en.suami lariii... hahahahaa.....


SARDIN BERTELOR

tu la rupe sardin bertelor tuh! terliur tak? haha. simple gilerr. budak darjah 1 pon gheti buat mende nih. adehh.. tapi takpa la aii just nak berkongsi. sharing is caring kan? muahahaha... ayat nak cover line malu tuh! kalo nak try nah resepi kat bawah nie.

bahan-bahan :
1 tin besar sardin
1 cawan air
2 bwg.putih, 2 bwg.merah, sedikit halia ~tumbuk/hiris
1 bwg.besar, 1 cili besar merah/hijau
cili giling, sos cili, sos tiram
3-4 biji telor ayam
sedikit perahan limau nipis
garam, gula dan ajino
cara nak masak :
          1.  tumis bwg putih dan merah, halia, buh cili giling, sos cili dan sos tiram.
          2.  masukkan 1 cwn air, garam, gula dan ajino.
          4.  pecahkan telor ayam satu persatu, biarkan telor membeku.
          5.  pastu buh sardin. tabur bwg besar, cili dan air limau nipis.
          6.  jika rasa dah ok, tutup api. dan boleh hidang!


selamat mencuba!


p/s : sardin ni jaa selalu masak time ada tetamu datang mengejut ~tak diundang
tapi nak yang lebih cepat boleh juga try menu ekspress kat --> SINI

20 October 2012

demam pulak dah...


anak dah fully sihat. si abah pulak D.E.M.A.M. benornya dari semalam lagi dia duk hint kata dia batuk. si bini wat boo layan jer.. hukhuk.. bukan ape. kengkadang, sakit tu sikit sgt. tp saje banyak bunyik. kunun tak sedap badan laa..nak demam laa... hrmmm.. ngengada tau!

pagi tadi sibok dia duk tanya "panadol ado? panadol ado?"
jaa lak wat-wat tanya la.. "nape, demam ka?" terus jaa letak tgn di dahi dia.
~huk aloh D.E.M.A.M kura... (ckp dlm hati laaa..) hehe.
terus bagi panadol. "jgn lupa makan tau..."

pastu 6.40pagi jaa sent mesej fikri umah pengasuh. then terus masuk ofis kul 7pagi. tinggal ler en.suami terkulat-kulat sengsorang kat umah. sebab dia masuk 'ofis' kul 8.30. masuk kul 8.30 pg, pkul 1 t/hari dah balik dah..best kan 'ofis' dia..kikiki...

jaa lak hari ni abis kul 3 petang, malam tadi tu sebelom tido dah planning dah esok (jumaat)  lepas balik keje nak ke Gunong. kazen en.suami ada wat majlis doa selamat. before balik keje tadi, jaa call ler en.suami :

''bersiap-siap sekarang tau...jap lagi jaa singgah amik''
dia lak jawab : ''abang tak sihat ni, balik la dulu. bincang pasni''

jaa pun terus drive laju2 amik fikri. masuk jer umah.... puas duk ponnn...ponn... aikkk nape dia tak kuar ni? selalu okeii jer datang angkat fikri dlm keta? eh..teruk sgt ke? tetiba hati jadi dupp...dap..dupp..dap...  saspen! buat org risau sajooo...

masuk jer umah.....ooomaigod...kesian nya dia..melepek jer tido. dah sah-sah tak gi sembahyang jumaat tadi nih. terus jaa letak tangan kat dahi... uikkk...panasnya... dia betul-betul D.E.M.A.M laa.. bukan demam kura lagi dah... panass giler....


alamakk..acaner ni? dah ler hari ni hari jumaat mana nak carik klinik? last friday pon masa fikri sakit, dah kelam kabut nak mencari klinik (entry ini) kali ni kena hari jumaat pulak dah..adoii.. cobaan..cobaannn....

 

melaju jaa google no.tel klinik sekitar kota bharu... (~kelass kau jaa...) dekat ngn 10 kali nombor jaa call akhirnya ada gak laa klinik yang bukak... Klinik Ramzi di Panji Kota Bharu... tak kisah la jauh pon asalkan adooo...  kan? terus booking Q utk kul 8.30 mlm. online guna phone 09-7651803. hehe. so, nanti takyah nak Q pjg-pjg...cerdik tak aii? ~termasuk bakul, terangkat sendiri, ekeke....

 

kitorang sampai ngam-ngam kul 8.30. dalam 2-3 minit terus dia panggil...waahhh besttnya... sgt cepatt! padahal ramai betul orang. kikiki. masa en.suami nak masuk bilik doktor...sume org pandang semacam jer... maybe ingt kitorang potong Q kot..muehehe... maaf yer pokcik-mokcik kitorang dah booked awal...

 

masuk dalam, doktor check.. aiyoo.. suhu tinggi woo.... 38.5'C! aiyarkk.... terus doktor injected kat bontot dia seketul...adehh... sedap tak? hihi... >__< hope besok demam tu kebah la ekk... kalo tak memey takleh nak masuk 'ofis' ler dia... aii pon maybe sama gak laa.. maybe kena amik EL...


ekceli kat kelantan skang ni dah 3-4 hari hujan tau. even tak lebat mana, but non stop. cuaca sejak dua menjak nih, mmg tak brape nak comeyy... sidai kain pon dalam rumah jerkk.. eh, tempat korang lak camana? tak hujan mcm kat sini ke?


update sabtu : entry ini ditaip tengah malam td (lepas gi klinik) utk dipublish semalam gak. tgh duk tggu upload gambar, fikri duk tarik2 lengan mak nya suruh stop ketuk keyboard. aiyarrrkkk! so jaa stop menaip bajet nk publishkan lepas fikri tido, pastu ngn mak nya skali bantai mentidooo... muahaha... so jgn pening ya pada ayat yg jaa tulis, hari ni, pagi ni, smyg jumaat ke hape, sebab hari kejadian adalah pada kelmarin. ~malas nak edit semula!)


19 October 2012

kesian peguin ni


kita beli menatang nih, suh dia main boxing-wrestling
sambil kita nak dia praktis bangun dan berdiri sendiri
tapiii... dia tak gheti laaa


dia asyik duk geget muncung si peguin tu pulak
sikit lagi maunya tak sampai dua hari beli, bocor terus!
aduhaii laa anak....nasib baik 5 hingget sajoo...




klik LIKE jika suka jaakechik corner.

CITER DUA JUMAAT LEPAS...


ni gambar dua jumaat lepas, hehe. dah lama. tapi sajer nak wat semak kat blog ni.. ekeke.. masa ni jaa balik ke rumah mertua.... di Gunong Bachok! sebelom tu... meh tengok pic fikri duk ber'jakuzi' di bilik air umah neneknya..


syokk wooo mandi dalam besen!


 feeling mandi pool giteww


 kunun duk ber'jakuzi' ler tew...ekekeke!

 lepas asar pulak kitorang terus gerak ke pantai bachok lak. kunun nak cuci mata tengok pasar malam. hehe. tapi...lupa nak snap suasana pasar malam tuu... ralit sangat duk perhati itu ini. padahal 1 apa pun tak beli.


 letih duk usha pasar malam. kitorang gi minum air nyiur (kelapa). makan ngn keropok lekor and fishball celup tepung...ohh sedappp! sangat syok wooo... sambil hirup udara segar ngn angin sepoi2 bahasa tuu... ~bermadah pulok! kikiki....



tu jer lah aktivitinya....takdak yang menarik pon... hehe... eh korang dah sign up nuffnangX dah ke? kalo dah sign up jangan lupa follow jaa kat sini tau. baru kelmarin jaa sign up. hehehe...

 


klik like kalau suka blog ni.

18 October 2012

nasi ayam mualaf, di tesco



makanan, nasi ayam hainan, nasi ayam percik, nasi ayam style china, chinese food, nasi ayam mualaf tesco, nasi ayam mualaf, resei nasi ayam hainan,


sebelum ini....
bila tengok kedai ni, asyik telan air liur saja
(belakang tesco kota bharu)


makanan, nasi ayam hainan, nasi ayam percik, nasi ayam style china, chinese food, nasi ayam mualaf tesco, nasi ayam mualaf, resei nasi ayam hainan,


tetiap kali lalu ramai jer orang
dalam hati.... ~mesti sedap ni!
try google, ermm ramai gak yg duk kata sedapp and murah.
kena try makan gak ni... ~ayat jeles.


makanan, nasi ayam hainan, nasi ayam percik, nasi ayam style china, chinese food, nasi ayam mualaf tesco, nasi ayam mualaf, resei nasi ayam hainan,


try ler order dua set nasi ayam
nama pon kedai nasi ayam mesti itu yg paling best. ye dok?


makanan, nasi ayam hainan, nasi ayam percik, nasi ayam style china, chinese food, nasi ayam mualaf tesco, nasi ayam mualaf, resei nasi ayam hainan,


satu set chicken steam untuk en.suami


makanan, nasi ayam hainan, nasi ayam percik, nasi ayam style china, chinese food, nasi ayam mualaf tesco, nasi ayam mualaf, resei nasi ayam hainan,


satu set chicken roasted utk jaa


makanan, nasi ayam hainan, nasi ayam percik, nasi ayam style china, chinese food, nasi ayam mualaf tesco, nasi ayam mualaf, resei nasi ayam hainan,


1 bandung cincau, 1 jus durian belanda


makanan, nasi ayam hainan, nasi ayam percik, nasi ayam style china, chinese food, nasi ayam mualaf tesco, nasi ayam mualaf, resei nasi ayam hainan,


ku sangka sedap bak yg dicanang orang
rupanya...hampehhh...
langsung tak sedap... serba tak kena di tekak jaa nih
1set nasi ayam 8 hingget lak tu...mahal!
kedai lain 4 hingget jer pon T__T


makanan, nasi ayam hainan, nasi ayam percik, nasi ayam style china, chinese food, nasi ayam mualaf tesco, nasi ayam mualaf, resei nasi ayam hainan,


konfem takmo datang dah len kali
first time kitorang makan tak habis
1/2 pinggan jer mampu habiskan
padahal perut lapar giloo time nie....
balik umah makan masak megi lagi sodapp!


makanan, nasi ayam hainan, nasi ayam percik, nasi ayam style china, chinese food, nasi ayam mualaf tesco, nasi ayam mualaf, resei nasi ayam hainan,


nota kaki :
pasni nak test ' Nasi Ayam Hainan Muhammad Lee ' lahh pulak!
kat KB berhadapan ngn Nagoya. ramai gak kata situ sedappp
1set nasi ayam RM4.90 termasuk air sirap.
jom kita kesana?? nak??



klik LIKE kalau suka blog ini.
DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...