kelab blogger ben ashaari, KBBA,

16 January 2013

Duta Baru Safia Rania Gold!


Salam dears! Sihat ke hari ni....? sebelum baca citer jaa hari ni, jaa nak korang pi baca sekali lagi tajuk entry hari ni. Baca kuat-kuat tau. Wahaha... Duta Baru Safia Rania Gold youuuuu.... siapa? Hah...cer jawab, cer google. Siapa duta baru tu yer? Aku ler tuuuu.....hakhak..~sila muntah banyak-banyak ok!


Haha. Jeles dak? Jeles dak? Ingat tak entry yang jaa tanya tentang ‘Safi RANIA Gold’dulu tu? Jaa ada tanya korang kan, betul ke produk SRG ni untuk orang tua aje? Pastu jaa sangat tak sangka, ramai yang beri feedback yang sangat baik. Kata mereka yang penah guna, produk ni bagus. Jaa pun apa lagi terus jer beli kelmarin di KB MALL! Hihihi...sukooo!

Ramai gak yang duk cakap produk ni untuk orang yang berusia, lebih kurang untuk yang berusia 30an gitu, sebab produk tu ada agen anti penuaan. Tapi bagi jaa lah kan. Takkan bila dah tua kerepot baru nak pakai kan? Masa muda2 ler kita kena cegah? Tak gitu? ~if salah sila betulkan ayat jaa ni ok.


Jaa beli Safi Rania Gold ni tak complete semua set pun.. jaa beli 5 ketul jer. pelembab malam , skrub, BB cream dan krim kecantikan jaa tak beli lagi. Sebab tak cukup duit.hukhuk. 4 ketul tu pun dah hampir RM100. hope aii rajin ler nak tenyeh SRG ni kat muka. T_T jaa jenis yang malas nak belek muka lelama benornya. Kadang2 memang main ikut dan aje.  Tak tahu ler kali ni boleh disiplin ke tidak. Jangat guna sekerat jalan sudah!~ melayang duit! 


                                   Toner RM14.90
                                   Krim pelembab siang RM21.90
                                   Serum 20ml RM33.90 (free pencuci muka 40ml)
                                   Pencuci lembapan mendalam 75ml RM17.90

Kulit muka jaa ni jenis berminyak. Especially kat hidung. Ada banyak jerawat kecik. Ada banyak bintik hitam jugak. Tengok jauh mungkin tak perasaan. Tapi kalau di tilik dekat-dekat. Huh! Tak lalu nak nengok. Nak kemana-mana memang tak lepas ngan bedak and lipstik kalau tak muka jadi pucat. Kusam! Macam orang kena AIDS! (”,)

Stakat ni , bagi jaa SRG ni okeyy jer. Sgt best! Jaa harap sangat produk ni serasi ngan kulit muka jaa dan sangat serasi jugak ngan poket jaa... muahaha.. Buatnya tak sesuwai mahunya nangis tak berlagu empat pulut empat hari aku! Even produk ni tak mahai mcm produk-produk lain, tapi kalau beli complete set sekaligus (10ketul), rabak gak poket. ~citer sambil lap-lap peluh!


Apapun kita tunggu 5-6 bulan lagi okei. Kalau muka jaa dah cantik macam ala-ala Rozita Che Wan jaa akan story mory kat korang lagi ek..hikhik. skang ni malu nak tepek gambar sendiri sebab tak berubah apa pun lagi, muka samo saja. Cerah palsu ngan 2-3 lapis bedak.... kekekkeke....



Update :  Setelah hampir 1 bulan aku guna produk ni... aku tengok kulit muka aku yang berjerawat dan minyak ni tak berapa sesuai ler ngn kulit muka aku... maybe sebab kulit aku sensitif kot.. so aku dah let go kepada member produk ni... so far okay pulak dia pakai... hrmm maybe takde rezeki aku untuk teruskan bersama Safi Rania Gold ni kot.... huhu...





29 comments:

  1. semangat jaa bercerita. hehehe.
    tapi CF rasa krim dia berminyak sikit la. ataupun memang kulit muka sy yang terlebih minyak kot. huhu. pantang buat kerja lebih sikit mula la berminyak. tapi masih boleh dikawal lagi la. heee..

    ReplyDelete
  2. wah banyak gak tue xpa xslah mencuba mana tau nanti boleh jadi duta betul2 lak..btw semoga terus bersemangat pakai sampai habis tau..:)

    ReplyDelete
  3. Makk aiii lamanya Jaa nk tggu 5 6 bulan tu..
    sebulan dah la..kalo dah nmpk kesan nmp ok tu rojer2 lah kat kawan2 ni.hahaha nk jugak jg anti penuaan.hehehe
    ai pakai tia aje..so far ok lah :)

    ReplyDelete
  4. okayh.gudluck,jgn lupa share feedback ye,excited nak tahu :)

    ReplyDelete
  5. Amboihhh dut baru gitu...
    mengancam...
    Hehehhhehe...
    Yeke untuk orang dah berusia je???
    AJ kadang bedal je mak punya...
    Lembut je rasa kulit ni kalau pakai SRG... =D

    ReplyDelete
  6. wah..JANGAN hangat2x taik ayam yeh ja?pakai make sure rajin2 tenyeh..cheery pakai syurah Qaira complete set and mask pakai kolagen asli buatan sendiri tu..hehe

    ReplyDelete
  7. mmg bagus..dan sye siap jadi dealer g..dah hmpir 3thn pakai dan ada regular kastemer dah..hehehe

    ReplyDelete
  8. murahnyaaaaaaaaa safi!!!!... T.T huaaaaaaaaaaaaaaaaaaa why why I cant used this stuff, oh my face!

    ReplyDelete
  9. WOW FULL SET TU.... hambuih2.. bertambah cantik lah lepas ni.

    ReplyDelete
  10. nanti sharelah tau..muka sebelum n selepas pakai SRG.. :)

    Nur pakai simplysiti je..
    itu je yg rasi,.. :)

    ReplyDelete
  11. @BlueiceButterfly duta? aiseyyymannn.... tak mungkin laaaa....hihi...

    @N.Aima Ktengkiu!

    @Nurul Faiz kena semangat laa...baru2 beli kan.. bila dah lama sikit lagi x tau la mcm mana....haha...

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. @Cik Eyra insyaALLAH nanti jaa share kesannya yer.

    @kak nora xper muka bunda da mmg cantik pun...hihi...

    @Cik Aini xkan sebulan dah nampak hasilnya kot...tp xpe nanti jaa hsare yer...

    ReplyDelete
  14. @AQ Eyfa ooo u siap jadik dealer ekkk...boley diskaun tak? nanti boleh jaa beli ngn u jer...hihi..

    @ct cheeryooo xheery pakai syurah rupanya, patut lawa.... jaa bru jer nk try rania ni, hope berkesan! kolagen pun jaa pakai gak..

    @AyueJean jaa tak rasa utk yg berusia sahaja, sbb tu jaa try. jaa muda lagi baru 25..hikhik... x try xtau, x gitu?

    ReplyDelete
  15. @Leeza dayasari [santai leeza] belum lengkap satu set penuh lagi tu leeza, insyaALLAH coming sooon....heeee.

    @Wanieys a.k.a IbuQalief xper la mana2 pun kak, asalkan serasi ngn kulit kita cukup laa...

    @✿A I N A A✿ rania ni mmg murah ena...berbanding produk lain. dijamin halal plak tuu...hihi...

    ReplyDelete
  16. @Cik Nur jaa ada snap gambar sebelum guna SRG ni. nanti kalau ada perubahan jaa share yer nur....tunggguuuuuu.... :)

    ReplyDelete
  17. Amboii..nk muka mcm cik ta ka?? Toksah la..dia tu mekap je tu nmpk cntik..hihi...deqla pkai safi mentimun je...yg kaler hijo tu..huhu...x penah tukar mn2 produk lg..

    P/s: abg long deqla bkn retis la..die penerbit lagu dulu...warner music.. hihi

    ReplyDelete
  18. ibu yatt pkai nmpk gojes muke die..yatt tringin..tggu nnt la..hehe..bru 22 umo

    ReplyDelete
  19. RCW tu mekap je lebih jaa, fie tengok kulit jaa dah cantik pun. Huhui

    ReplyDelete
  20. lepas ni jaa plak la jadi duta.hehe

    ReplyDelete
  21. mmg berkesan pada yg sesuai...anak sedara saya pakai..mmg nampak ketara...wajahnya putih bersih..kalau dulu...kelabu asap jer..hihi

    ReplyDelete
  22. X dapat cari makan la Cik Ta lepas ni.. Ha ha

    ReplyDelete
  23. kak fieda baru stop pakai sbb kulit muka jadi kering plk lama2..

    ReplyDelete
  24. semoga berjaya. boleh jadi duta lepas ni. kikiki..

    ReplyDelete
  25. Sy mmg da lama pakai produk ni.. Hpir 3 thun. Mmg bgs n bkesan.. Mmg npk kesannya.. X pyh tgu 5 6 buln.. Slps pgunaan 6 mgu pun da npk kesan.. Jerawat pun hilang n mgkin da mati sbb skg ni bebas mkn apa pun.. Pencuci muka tu baik utk hilangkn bintik hitam.. Ni pengalamn sy la.. X slh mencuba kn.. Apapyn good luck jaa..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...