kelab blogger ben ashaari, KBBA,

18 January 2013

Jom Makan Pure Marine Collagen




Salam dears! Hari ni jaa nak berkongsi mengenai  Pure Marine Collagen. heboh pakat duk cerita pasal mende ni skrg ni kan, jaa pun nak citer gak la pengalaman jaa pulak…. rata-rata mungkin dah tahu khasiatnya. Cuma jaa aje yang baru first time tahu kot. haha. terima kasih pada my ofismate yang sudi bagi PMC free kat jaa….. ~save duit aii youuuu….hikhik.

harga PMC ni kebiasaannya RM25-RM30 untuk sepeket. sepeket PMC kering tu (100gram) boleh dapat 3 tupperware besar jelly collagen. kalau nak yang lebih murah korang kena beli banyak2 ngan harga borong ½ - 1kg kat sini. boleh gak beli Mask Collagen yang dah siap dengan blogger  Ct Cheery…~promote sikit.

Pure Marine Collagen (PMC) ni sejenis rumpai laut asli dari Sabah yang sangat terkenal dengan khasiatnya yang mencantikkan kulit. that’s why  ler orang Sabah sumenya lawa-lawa…. makan mende ni rupanya! jaa memula tahu pasal Collagen ni jaa tak amik tau sangat pun. langsung tak berminat. tapi dah dapat free, harus la sonok. ye dak??
  

Antara Kebaikan Pure Marine Collagen (hasil google)


                     1.   merawat jerawat dan mencantikkan kulit
                     2.   menghilangkan kesan parut kemalangan dan parut jerawat
                     3.   melicin, menegang dan menghaluskan kulit
                     4.   ibu kolagen yang asli tanpa bahan pengawet
                     5.   memejalkan segala yang kendur (phewww…malu nak tulis!)
                     6.   mengstabilkan kandungan gula, tekanan darah dan juga kolestrol
                     7.   agen anti penuaan (anti oksida)
                     8.   meningkatkan sistem imunisasi bdan dan metabolism badan
                     9.   memelihara usus kecil dan besar bagi mengelakkan sembelit dan buasir
                   10.   melancarkan peredaran darah dan menstabilkan hormon

Cara Masak Pure Marine Collagen



                       1. rendam collagen kering didalam air selama 6-8jam
                       2. lepas kembang, bilas collagen itu
                       3. rebus sampai hancur. (jgn guna terlampau byk air)
                       4. pindahkan ke dalam Tupperware dan biarkan seketika
                       5. akhir skali, masukkan kedalam peti (bukan tempat beku ok) 


Cara Makan dan guna Pure Marine Collagen


1. makan begitu sahaja.

cara ni jaa tak boleh kot. haha. dah penah cuba tapi yeekkks…tetap tak boleh telan. aii muntah ok. jaa memang jenis yang tak suka makan ubat jenis cecair/air akar kayu/ majun/ or etc…. dalam kepala automatik akan set, TAK SEDAPP… muahaha… so jaa tak guna cara ni.

2. campur dengan air oren/sunquick

cara ni jaa sangat suka. hancurkan aje jelly collagen, pastu tuang dalam air oren twister / sunquick…. slurppp-slurrppp kejap je licin 1 gelas. rasa nak menambah lagik! haha. feeling macam nata de coco gitu kalau tak pun rasa macam makan cendol gitu….lebih kurang laaa…. : )



3. buat masker / skrub

jaa pakai masker ni sebelum tido. kadang-kadang pepagi kalau jaa off day jaa pakai gak. tengok atas kerajinan laa….hikhik. caranya, keluarkan jelly collagen dari peti, biarkan sebentar, hancurkan, pastu tepek kat muka. wahhh best tau, sejuk jer rasa. biarkan hingga kering pastu bilas! jaa dah 4 kali buat stakat ni.

4. bubuh dalam sup sayur

jaa ada tengok ada orang letak collagen (yg belum dimasak) ke dalam sup sayur. ada gak yang letak yang dah siap dimasak ke dalam masakan-masakan lain. tapi seriyes cakap, cara ini jaa belum try lagi. insyaALLAH coming soon…haha… sekarang ni jaa makin malas jarang masak… : p
  

tu antara yang jaa nak share ngan korang hari ni. mengenai keberkesanan tu, jaa takleh nak komen lebih-lebih lagi. sebab baru berapa kali jer try. tapi yang pasti jaa akan beli lagi bila habis stok PMC FREE ni sebab teruja dgn khasiatnya. kalau nak tahu lebih lanjut sila la google yer. banyak info-info mengenai PMC yang boleh korang dapat. Hope info-info yg jaa tulis ini dapat membantu korang jugak…hihi.

 

P/S : Safi Rania + Collagen + Vit C = comel kuasa 3….haha ~ok jom muntah!

23 comments:

  1. oooo...
    knp?dia bau xsedap ke jaa?nak try tp takut..
    makneng senang telan kalau bentuk pil jer kot..huhuhu

    ReplyDelete
  2. betoi tu,memang best tempek kat muka collagen ni..thankz jaa

    ReplyDelete
  3. tak penah try pon...mcm tak da keberanian

    ReplyDelete
  4. wahh mcm mnarik..nti tunjuk hasilnya kak..hihihi

    p/s:k.jaa nk tya psl usm tu kan..bla plh register tu lh plh byk kos ke 1 kos ja?

    ReplyDelete
  5. Ramai orang duk kata pasal mende ni...
    Tapi AJ tak berani la nak cuba2...
    hehheheeh..

    ReplyDelete
  6. wahhh..nanti nak cuba jugaklah..!

    ReplyDelete
  7. ramai yg cakap kulit makin cantik bila mkn colagen marin ni...hee rasa mcm nk mencuba gak je...

    ReplyDelete
  8. baru first time dgr pmc nie..byk jgk kebaikn dia..bab mkn mcm tak sanggup je...hehe..thanz sbb sharing

    ReplyDelete
  9. memang femes kolagen ini..tp ema mmg tak boleh nak makan jenis ni.

    ReplyDelete
  10. Wah bertambah cun melecun la Jaa lepas ni..

    ReplyDelete
  11. meletop la nnt. kalah la org lain. hehe.

    ReplyDelete
  12. Best tak rasa dia jaa? fie ada order benda nie tapi dengan cousin masih tak dapat dapat lagi. Huhu

    ReplyDelete
  13. makin berseri-seri la jaa nanti...

    ReplyDelete
  14. wahhhh.. memang bagus kolagen ni...

    ReplyDelete
  15. waaahhh.. makin ramai yang makan collagen nih.. :)

    ReplyDelete
  16. pasni jaa makin cun la..kak fieda bab2 kena telan ni takut nk cuba..takkut tak boleh nk telan..

    ReplyDelete
  17. pasni jaa makin cun la..kak fieda bab2 kena telan ni takut nk cuba..takkut tak boleh nk telan..

    ReplyDelete
  18. Amboiiii...makin comey loteh awet muda la jaa nti..hihi... ;-)

    ReplyDelete
  19. skrg ni mmg ramai dah try colagen ni. mcm berminat pulak.

    ReplyDelete
  20. rasa dia mcm jelly eh. huhuh.. comel kuasa 3 tu yg tak menahan. hahaha..

    ReplyDelete
  21. Sy br cuba PMC ni dlm 2 mggu....rs dia xla truk sgt....hasilnya ade la nmpk ckit...ye la br 2 mggu kn mkn....

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...