kelab blogger ben ashaari, KBBA,

19 February 2013

Cerita 3 hari lepas....


hehehehe... jangan marah nah. citer ni dah 3 hari berlalu. hari ni baru nak kongsi kat blog. muehehe. tuan blog bizi sokmo. mood asyik terkelaut jer. citer banyak tapi tak sempat nak update on time. T_T. sokmo update entry basi.... hihihi.


ekceli 3 hari lepas, adik ipar jaa nak naik keretapi untuk ke Johor. so, dia datang rumah jaa bersama mertua jaa sementara nak menunggu waktu naik keretapi pukul 8.30 mlm. rumah jaa ngan Stesen Keretapi Wakaf Bharu tak jauh sangat dah. dalam 15 minit gitu. so, pakat melepak berborak dulu di rumah sambil makan pisang goreng. hihi. fikri kemain suka dapat terlepas main basikal di luar rumah.


ini ler adik ipar jaa (Hazwan). now, masih praktikal sebagai guru di Johor. fikri manja benar ngan Ayah Su dia nih tau. kalau dapat duk atas dukung, alamatnya takmo turun laa... ngengada sungguh! kena pulak Ayah Su dia suka duk ajar main game dalam henpon. lagi ler Fikri tu suka. tak berganjak! pepagi kalo bangun tido, mesti carik henpon Ayah Su dia dulu. kalo Ayah Su dia tido sini lar...hihi.


masa kete api ni sampai fikri macam kaku kejap. tah teruja ke takut ke apa, jaa pun tak tahu apa yang dia rasa. tapi dia terdiam sekejap. orang panggil nak amik gambar pun tak layan dah. pastu duk ralit pulak tengok Ayah Su dia duk melambai-lambai... nasib baik dia tak nangis nak naik jugak. kalo tak, haruuu!


bergambar ngan mertua jaa. eh korang, cer tengok hensem tak pak mertua baru jaa tuh? ada macam rupa Karpal Singh tak? (masa tu dia tunjuk gambar dia mcm karpal singh). hikhik. ~lawak gak pak mertua aku nih. mereka masih lagi pengantin baru tuuu.... baru kawin 3 bulan lepas.... refer entry ini ya ---> ' Sambut Orang Baru '


lepas adik ipar jaa naik keta api. kitorang pun gi makan Satay Wakaf Bharu yang dekat ngan Stesen keteapi tuh. sory yer Hazwan, kami bukan takmo ajak ko, tapi masa terlalu suntuk untuk singgah makan sebelum ko naik keta api tuu... soryyy nah.... jangan majuk hokey. berlambak makanan dalam kete api tu kan? sila ler order makanan kat sana yer.... lagipun burger kan ko dah tapau sebijik. makan itu jer ler ya?? hihihi...


p/s : oklah babai....tu jer citernya....heeee!

22 comments:

  1. tu la.nasib baik tak nangis nak ikut yea. tak berminat kot fikri nak naik keretapi..hehe

    ReplyDelete
  2. tak nangis lak fikri bila tgk ayah su dia di bawa ketapi eh...hihih

    ReplyDelete
  3. ooo jaa dapat pak mertua baru eh...:)
    memang macam karpal sing la..hehhehe

    ReplyDelete
  4. ada rupa karpal singh..heheehe//tak pernah naik train ke JB..

    ReplyDelete
  5. Hheee, memang ensem.. ;)

    Okla kalau baru 3 ari tak basi lg.. MJ ni yg 3 minggu lepas pun tak sempat update..hehee

    ReplyDelete
  6. tergamam tgk ayah su dalam perut ketapi kowt,xpun heran 'pebendala menatang nih' hihihi

    ReplyDelete
  7. fikri,kim salam ayah su ek..hehe

    ReplyDelete
  8. adik saya nak sangat tengok ketapi,,haha.. mengada, ketapi pun nak tgk :p

    ReplyDelete
  9. dia ingat ayah su dia kena telan dgn keretapi kot...

    ReplyDelete
  10. dah lama bunda tak naik ketapi...tetiba rasa teringin plk..

    ReplyDelete
  11. kena bawak fikri jenjalan naik ketapi ni sekali jaa. :)

    ReplyDelete
  12. teringin nak merasa naik keteapi..


    makan satay tak ajak orang pun

    ReplyDelete
  13. owh jaa nye adik ipar ke..hehee.. ^_^

    ReplyDelete
  14. dia x main la ketapi..dia nk nek flight..hahahah... dear.. sori baru smpt terjah sini... byk ni hutang bw nk bls..hihi..apepun, jmpt join GA deqla ye.. =)

    ReplyDelete
  15. hahahahaahhaha ada ka kata pak mentua cam Kapal Sigh..baguih pnya menantu daa..
    hehehehe

    erkkk ayah su..oo ayah su..hehehehehe

    ReplyDelete
  16. aah la,ado meh meh karpal singh,hihi

    ReplyDelete
  17. pak mertue baru??? hehe. kelasss ibu mertua jaa. :)

    ReplyDelete
  18. Dia terkejut tgok kete panjang kot...hehehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...