kelab blogger ben ashaari, KBBA,

18 February 2013

Ciri-ciri blog untuk dapat iklan CPUV Nuffnang



salam dears! hari ni jaa nak cakap pasal Nuffnang. hampir setahun jaa serius blogging belum penah sekali pun dapat iklan CPUV dari Nuffnang. adeh..sedih betul..sob..sob.. tapi jaa tak kira, gigih gak duk berusaha. banyak kali gak jaa cuba google cara untuk nak dapatkan CPUV ni... dah cuba hantar bermacam tiket tapi masih belum ada rezeki agaknya... :)

jaa ada hantar tiket lagi ke Nuffnang mengenai 'Ciri-ciri blog yang diperlukan oleh advertiser untuk diberikan CPUV Nuffnang' dan dengan cepatnya Nuffnang balas pertanyaan jaa tuh, pada yang nak tahu juga tipsnya jom baca email yang dihantar Nuffnang kat jaa ni yer. sama-sama kita berkongsi tips :



Hi Norhariza,

Terima kasih kerana menulis kepada kami!

Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPUV. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers.

Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.

Keberkesanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPUV mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging! :)

Cheers,
Laura Lee
Community Executive

Nuffnang Sdn Bhd


ambik kau, sekali panjang lebar Nuffnang bagi penjelasan tentang cara nak dapatkan iklan CPUV ni... hihihi... bagi jaa rasanya jaa dah buat apa yang nuffnang bagitahu tu (tempat letak iklan yang betul, update survey), maybe cara penulisan dan entry blog jaa yang carca merba ni tak layak untuk CPUV kot... hahaha.. entry merapu katakan... takper laa kena cuba usaha lagi laaa... heee!

 
~earning terkini nuffnang~tak sabar nak cash out!~

berblogging memang pada mulanya satu hobi, tapi bila dapat tahu berblogging ni boleh buat duit ofkos ler kita nak cuba nasib kan? by the way mungkin belum ada lagi rezeki jaa untuk merasa CPUV nuffnang. terpaksa ler menunggu hasil iklan CPC sahaja buat masa ini... yang seciput jer jumlahnya naik tetiap minggu.. hee... tapi takper... yang penting kita usaha, tak gitu???
 


p/s : ada tips lain? jom la share kat sini...


28 comments:

  1. Kalau ada rezeki, tak ke mana sis. Sabar je dulu. Insyaallah, nanti ada lah juga.

    ReplyDelete
  2. wah kena tampal banyak2 iklan nuff :)

    ReplyDelete
  3. samalah kita..blog merapu..haha..CPC jer yg dapat CPUV entah bla nak dapat xthulah..huhu

    ReplyDelete
  4. kene tmpal iklan nuffnag je kan..kot ada iklan lain dorang xkan bagi la kan..huhuhu..tgu je lah..setakat ni baru RM1.60 jek..hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam jaa..blog k.atie pon dah lama iklan Nuff tak singgah..sbb dah lama k.atie tk update blog :(

    ReplyDelete
  6. :) ye..btul tu..usaha lagi...hihiihi

    ReplyDelete
  7. Saya ni nak check apa2 dari nufnang pun tak reti..cmna?..kalau ada earning pun tak reti mana nak semak...

    ReplyDelete
  8. kiranya, siapa yang buat iklan terapung2 ni susah nak naikkan earning lah ni,..

    ReplyDelete
  9. Ok lah tu ada 45 dah. saya baru 10.25 hahaha :p

    ReplyDelete
  10. Saya dulu lama jugak dah daftar nuffnang tapi tak pernah dapat CPUV. Ogos tahun lepas barulah dapat :)

    ReplyDelete
  11. wow.. lebar selebar lebarnya dia reply ea..hehe.. tips yg molek kak jaa ^___^

    ReplyDelete
  12. cheery pun sama xpernah dpt..xde rezki kot ngan nuff

    ReplyDelete
  13. xlama dah tu nak cashout. cikna punya pun dah leh cashout tp nak simpan dulu. hihi..

    ReplyDelete
  14. takpela..belum rejeki lagi tu jaa..

    ReplyDelete
  15. nur pun jarang dah dapat CPUV ni...
    jaa selalu update nuffnang x..?

    ReplyDelete
  16. tak pe.nnt ada la rezeki tu.dah nak dekat dah tu.nnt dah blh cashout.

    ReplyDelete
  17. byk jugak tu walau takder cpuv..inshaa Allah nanti akan dapat jgk tu..

    ReplyDelete
  18. jaa update survey jaa sekerap yg mgkin :)

    ReplyDelete
  19. blog deqla xde kot ciri2 tu..muahaha... rasanya la kot? huhu

    ReplyDelete
  20. wah sikit lagi tu nak cash out. meh nak tmbh sket. hehe. klik klik. :)

    ReplyDelete
  21. Tq atas entr ni...sy sedang cuba memahami ttg nuffnang ni...

    ReplyDelete
  22. nuff copy paste jerk email tue .. sbb kite pon dpt jwpn yg sama. hehehh

    ReplyDelete
  23. tq berkongsi...mmg dok tekun ni..ng melekatlah satu tahun nie...

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...