kelab blogger ben ashaari, KBBA,

26 February 2013

Pameran AADK di SK. Pasir Pekan, Kelantan.


Salam sejahtera untuk semua pengunjung blog jaakechik corner! Hari ni jaa nak share ngan korang beberapa keping gambar Sekitar Pameran AADK di SK. Pasir Pekan. Kami dijemput oleh AADK Tumpat untuk mengadakan Pameran Antidadah sempena Minggu Antidadah di sekolah berkenaan pada 21 Februari 2013 yang lalu.



Jaa pergi kesana bersama 3 anggota Uas Pengkalan Kubor dan juga Ketua Unit selaku penceramah pada hari tersebut. Bukan jaa yang bagi ceramah ok. Bos jaa yang bagi. Kalau bagi mikrofon kat jaa alamatnya, ada gak yang terrr...menyanyi nanti... hikhik... jaa tukang picit slide jer...heee!


Murid-murid nampaknya sangat teruja untuk mengenali apa itu dadah. Macam-macam pertanyaan yang ditanya. Disitu dapat kita lihat bahawa pada peringkat ini remaja memang penuh dengan sifat ini tahu dan ketahuilah kerana faktor itulah remaja mudah terjebak dengan dadah. Mereka ingin mencuba dan ingin tahu! Itu faktor utama.



Maka, Pameran dan Ceramah AADK yang di peringkat sekolah sangat penting bagi memberi penerangan dan motivasi tentang apa itu dadah dan juga apa kesan buruk pengambilan dan penyalahgunaan dadah. seterusnya bagi mencapai misi untuk mencegah anak-anak muda dari terlibat dadah.



Pelbagai usaha dilakukan oleh pelbagai pihak khususnya AADK bagi mencegah masalah dadah ini, namun kebelakangan ini perkara ini semakin berleluasa. Diharapkan semua pihak dapat bergandingan bahu menangganinya dan semoga anak-anak kita dan saudara terdekat kita dijauhi dengan najis dadah ini..

  • Untuk lebih gambar sila ke Page UAS P. KUBOR --> klik sini.
  • Gambar Pameran AADK di SK Telok Jering Tumpat --> klik sini.

18 comments:

  1. Baguslah kecik2 dh didedahkan dgn isu dadah ni. Perosak bangsa pemusnah negara. Hindari dadah musuh dunia

    ReplyDelete
  2. bagus pendekatan sebegini...br anak2 tahu apa sebenarnya dadah tersebut..ehe...ada nampak kelibat jaa terselit di situ..tukang picit slide pun glamer apa..hiihhi

    ReplyDelete
  3. Selamat pagi Jaa..:) bila tgk pameran mcm n tingat zaman sekolah dulu, banyak betul pameran yg ada

    ReplyDelete
  4. budak2 memang semangat nak tahu.. tapi bila dah besar, memang tidur la kalau ada ceramah pasal benda ni.. hahaha mcm diri yng menulis komen ni.. XD XD

    ReplyDelete
  5. Lama dah tinggal suasana sekkolah,,,

    http://www.noormalashahar.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Lama dah tinggal suasana sekkolah,,,

    http://www.noormalashahar.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. nice event.. :) dulu time sekolah pihak agensi dadah selalu laa dtg sekolah buat ceramah n event mcm tu..hee

    ReplyDelete
  8. teringat lak dulu2.. pegi forum AADK..hehe

    ReplyDelete
  9. kalau jaa pakai baju sekolah serius org tertukar ngan budak2 sekolah tu. hihihi..

    ReplyDelete
  10. best jugak pameran ni..
    teringat masa sekoloh dulu

    ReplyDelete
  11. kesedaran dari sekolah ni pentingkan..bgus juga buat mcm ni..

    p/s: jaa hadiah jaa dah sampai..terima kaseh sangat2 tau.. :)

    ReplyDelete
  12. harap mcm tu la,nampaknya diorg budak2 ni berminat nak tahu.moga usaha ni akan berterusan

    ReplyDelete
  13. bagus awal2 lg budak2 dah didedahkan dgn program mcm ni

    ReplyDelete
  14. Bagus la..teringat zaman sekolah deqla join kelab anti dadah.. ;-)

    ReplyDelete
  15. segak aih yg berbaju kuning tu..pewittt

    ReplyDelete
  16. kat sekolah sini pun ade buat mcm ni. tapi tahun ni belum lagi. :)

    ReplyDelete
  17. Mmg sokong sgt Kalau Ada ceramah camni untuk bebudak sekolah..banyak manfaatnya..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...