kelab blogger ben ashaari, KBBA,

31 March 2013

Situasi yang sering berlaku bila ada anak kecil





Ada anak sorang ni pun dah macam ada anak ramai. Macam-macam hal berlaku. Cukup membuatkan mak pak nya kalut bin ribut. Huhuhu. Kengkadang terpikir jugak, mujur ler tak dapat baby kembar kalo tak mahunya maknya pengsan tetiap hari duk melayan karenah anak-anak. Adoii laa.. buakn nak salahkan anak kecil…tapiii… susah nak cerita. Korang baca jer la apa yang jaa senaraikan kat bawah tu yer :


Situasi yang sering berlaku bila ada anak kecil


1. makanan/minuman tumpah
Air sedap-sedap yang kita order akan tumpah kat atas meja, dicurahkan anak. Kalo tak pun dia akan keluarkan nasi atau lauk yang kita dah suapkan ke mulut dia. hasilnya habis bersepah meja. Paling tidak pun dia akan 'smash' sudu atau garpu. keletung keletang sudu tu terpelanting ke bawah meja makan. masa tu for sure sume orang akan pandang-pandang kita… huwaaa… malu weiii….
2. kepala kena ketuk ngan menan
Tengah elok duk landing manja depan tv, tetiba kelepuk! Benjol sikit kat atas kepala kena pelangkung ngan menan anak. Adoiiii…. Sakit der… dah la masa nak beli tu kau melompat terjerit-jerit suh mak pak belikan. Bila dah dapat, dah puas main, di hempuknya kepala kita ngan menan dia… weiii… boleh hilang sabar sungguh!
3. tv kena switch off atau ditukar channel
Situasi ni memang boleh buat mak dia naik hantu tau. Tengah sesedap melayan sinetron Indonesia ke Filipina ke, tetiba jer anak tutup tv… adoii laaa.. kengkadang dia suka jugak tekan remote sesuka hati dia jer (tukar channel) meroyan mak dek perbuatan kau nak. Kalo dimarah kang, dibaling nya remote tv tu kat mak dia ni heh. Lagi ler maknya naik hantu… sabar jer lah!
4. makanan bertaburan atas lantai/karpet/katil
Lepas sapu. Sapu lagi. Lepas tu kena sapu lagi. Kendian kena sapu lagi last-last terpaksa sapu dahi sendiri sebab peluh jantan dah terpecik keluar dek asyik duk main sapu-sapu benda yang sama berulang kali. kalo mak ko tak sapu kang, ko jugak yang nanges tak hengat kena gigit ngn semut… adoii laa anak.. notii betul lah!
6. tutup aircond/kuatkan @ tutup radio dalam kereta
Tengah elok men-drive kete. Ditutupnya radio. Kalo tak pun dia asyik duk pulas volume. Kejap slow, kejap kuat gila-gila… Kalau dimarah dia benti main kejap. Pastu sambung balik memain ngan punat aircond pulak. Tutup, bukak, tutup bukak. Apa lagi terusnya maknya memekak marah. Hehehehe. Aiseyyymannn…. mana leh tahan kan? mengganggu kefokusan maknya tengah drift aje.
7. kena gigit perut/paha/jari tangan
Part ni jaa sokmo jer kena. Fikri tu jarang buli abah dia. Sokmo jaa je la yang selalu kena. Jap-jap kena gigit. Jap-jap dia gigit lagi. Pastu dia larik cecepat dan ketawa. Takut kena gigit kat mak dia balik. Adoii laa.. sakit tau nak putus jari bila kena, berbekas gak 3 batang gigi dia yang sihat dan kuat tu tau. Gigit dia balik kang baru tahu!
Bagi jaa situasi kat atas ni sokmo jer berlaku kat jaa… dalam pada duk beringat masih gak terkena ngan anak sendiri. Time kita tak letih takper ler. Time letih atau kepala pusing, kena gak cubit-cubit manja kat paha fikri tu haa.. hehe. Kalau time mood mak dia nakal-nakal sikit, ada gak terlempang manja kat si fikri… ngeh.. ngeh.. tapi kengkadang jer laaa…

p/s : anak korang camana pulak? Jom kongsi citer.


 

7 comments:

  1. hehehe. takpela. untung ade anak dr takde. :)

    ReplyDelete
  2. huhu tengah membesar cmtu la kot. xpa2 lepas ni dpat baby lagi, dah ada pengalaman

    anak kucing pun susah nak jaga. hehe

    ReplyDelete
  3. sangat setuju..bab gigit tue yang tak tahan

    ReplyDelete
  4. Haha...apapun anak jgk la penyeri idop jaa kan...

    ReplyDelete
  5. hehehehe..biasalah budak2...
    Bab tumpah tu, selalu oo jadi dekat anak2 cust nur...

    mmg kena sabo byk2... :)

    ReplyDelete
  6. hahah..lawaknya baca..cikeyra xdpt nak imgne g cmna..mabe 1 days..opss

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...