kelab blogger ben ashaari, KBBA,

11 March 2013

TEKNIK URUTAN UNTUK BAYI



sumber : facebook


Pernah dengar Bayi sangat selesa apabila diurut oleh ibu atau bapanya?? Berikut terdapat beberapa Teknik urutan yang sesuai untuk di aplikasikan pada si Manja anda. Untuk makluman anda urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan bayi akan lebih tenang serta segar apabila diurut. so, tunggu apa lagi. Selamat Mencuba!

1. Kaki 


Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C. Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luruskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara pelahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

2. Perut

Pijatan I LOVE U. Gunakan dua tau tiga jari, yang membentuk I-L-U daripada arah bayi. Bila dari posisi kita membentuk I-L-U terbalik. Urut kiri bayi dari bawah ke atas (huruf I). Urut melintang dari kanan bayi ke kiri bayi,kemudian turun ke bawah (huruf L). Urut dari kanan bawah bayi, naik ke kanan atas bayi, melengkung membentuk U dan turun lagi ke kiri bayi. Semua gerakan berakhir di perut kiri bayi.

3. Tangan


Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

4. Dada

Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu dan turun ke tulang rusuk.

5. Muka

Membuat urutan secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Urut pipi dan usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.

6. Belakang badan

Anda perlu tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut belakang badan dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan-punggung, paha dan kaki.

7. Bahu

Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki.





selamat mencuba!

11 comments:

  1. kalau untuk urut orang besar boleh tak??? hahaha.. cam syokk je... huhuhu

    ReplyDelete
  2. Katanya urutan camni jugak bleh percepatkan tumbesaran bayi tu..

    ReplyDelete
  3. kalau lah bayi tu boleh bercakap

    "haa leganya kena urut. hilang lenguh2 aku merangkak meniarap hari ni"

    hehe

    ReplyDelete
  4. wahhh..nanti nur ade ank senang la ni...rujuk entry jaa je.. :)

    ReplyDelete
  5. bestnya kalo ada org urut. hehe.. jaa urut fikri tak? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikna ooo cikna..meh la ai tlg urut..cakap je nk wat jenis urutan apa.hahaha

      Delete
  6. nti boleh buat panduan ni.hehehe

    ReplyDelete
  7. Nti deqla ada ank deqla pratikkan k...hihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...