kelab blogger ben ashaari, KBBA,

29 March 2013

Tengok Lukisan Saya, Cantik tak??


fikri suka benor tengok ikan. tak kisah ler ikan apa pun janji ikan. satu hari tu member jaa hadiahkan fikri buku ikan, kemain dia heppy.... hari-hari duk belek sampai meleleh air liur... kalo gi umah nenek nya di Gunong, for sure dia akan melepak depan akuarium lelama.... kita pulak letih duk dukung dia tengok ikan. 




fikri ni pun suka menulis menconteng buku jugak. koyak buku pun dia minat jugak... hehehehe... selalunya bila dia jumpa pen aje, terus dia mula mintak buku/kertas untuk menconteng. tapi bila dah dapat buku lain pulak citernya, sebab bila lelama dia akan boring dan nak nangis. jaa pun lukis ler ikan kat buku conteng-conteng tu untuk umpan dia balik... kemain dia suka...




tapi yang jadi sebaliknya, dia berterusan aje nak kita lukis, sambil duk sebut, ''ma, ikan ma.... ma, ikan ma....'' kalau tak lukis dia mengamuk. mama nya pun apa lagi terus mencurahkan bakat terpendam nya yang dikenali sangat terror bab-bab melukis ni.... hew.. hew... hew...




tengok la lukisan saya itu, comey tak Kak Ton?? kekeke. gelak besar pulak jaa bila tengok ikan-ikan yang jaa lukis tu, tah ikan jenis apa jaa sendiri pun tak tahu. talapia kot, tak pun ikan bawal. hihihi. nak kata ikan jerung, ohh.. itu dah jauh panggang dari api..... huhu.. belum tengok bapak kucing tu lagi... hak tu lagi huduh... muahahaha...





dedua belah muka surat jaa duk mencurah bakat tu... hehehhee... lepas dah banyak melukis baru ler jaa perasan terpikir, nape la ikan aku macam gini jer pattern nya tetiap kali melukis?? aiyoo.. dari darjah satu sampai ke besar tua, gini lah jugak pattern nya.... huwaa.... buruk betul lukisan... mmg failed bab melukis bagai ni... huhu...


p/s : mak pun tak gheti melukis, camana nak ngajor anak?? (^_^)

19 comments:

  1. comeeyyyy..kakakkakak..cantik tu lukisan

    ReplyDelete
  2. ee comelnya gram tgk bdk kcik ni..hihi

    ReplyDelete
  3. ok la tu lukis ikan tu...janji fikri sukakan...

    ReplyDelete
  4. ok la sikit dari cheery yg melukis..lagi buruk

    ReplyDelete
  5. eh geram nya tengok dia buat muka comeyy...meyh kat makcik meyh.. :)

    ReplyDelete
  6. Hahaha comelnya, ingatkan si kecik tu yg lukis rupanya kak Jaa :D

    ReplyDelete
  7. salam singgah dari blog kak ina intan berlian..
    tergoda tgk resepi ikan tu.. hihih..

    hai fikri.. shomelllnye awk ni.. hihih..
    tak tgk lg lukisan cma mcm mana.. fengsan! :p

    salam kenal dr cma..
    cute layout blog ni :)

    ReplyDelete
  8. comey sgguh ikan tu..se comey kak ton..

    ReplyDelete
  9. hehe comel nyee...pandai die lukis

    ReplyDelete
  10. nak tergelak ena tengok muka kucing tu.. hahaha.. tapi budak2 lukisan2 macam ni dia suka.. kalau cantik sgt, dia boring... hahahahahhahaa

    ReplyDelete
  11. okla tu janji ada rupa ikan. tp cam piranha pun ada. hehe..

    ReplyDelete
  12. yg atas ikan tu apeee. hehe. kambing ke kancil. :)

    ReplyDelete
  13. hahaha..samalah nasib kita.MV mcm2 yangdorang mintalukis

    ReplyDelete
  14. Deqla pun lukis ikan mcm tu..haha...dah pesen gitu kot...

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...