kelab blogger ben ashaari, KBBA,

21 April 2013

Aku di Zaman Dulu-Dulu....


salam dears! hari ni jaa tak keje (off day), sungguh rasa boring betul. terus jaa tergodek gambar-gambar lama yang duk terperam dalam album facebook jaa yang dah lama sangat dah jaa upload. kalo tak silap dua tahun lepas kot. hihi. jom la korang tengok gambar-gambar lama jaa masa dulu-dulu...



pic ni di snap masa pagi raya ni. pada tahun 1997. comel tak jaa? siap berkebaya dan handbag merah lagi tuuu.... dah ready untuk collect duit raya di rumah jiran. (>_<) jaa masa ni umur 9 tahun iaitu darjah tiga. haha. pic ni abang jaa yang snap kalo tak silap kot. pada waktu ni parents jaa menyewa rumah kat Berek 12 di Kota Bharu. kenangan memang jaa tak boleh kot masa duk kat sini. sebab kat sini la tempat jaa membesar dulu, sebelum mak jaa pindah ke tempat lain....hihihi....




ni lak gambar masa zaman jaa sekolah dulu-dulu.... yang tahun 2000 tu jaa dah masuk ke darjah 6. masa ni kalo tak silap baru lepas abis periksa UPSR rasa nya kot. lupa dah. jaa bergambar ngan rakan baik jaa ni. Hanisah Yahya (Orang Sabah) dan juga bersama anak guru kelas jaa. nama ape tah budak tu. jaa lupa dah. now kawan baik jaa tu dah lama jaa lost contact, try carik guna facebook pun tak jumpa. :)


yang tahun 2001 tu pulak jaa di tingkatan 1. masa tu camana tah jaa boleh duk menyelit dalam semak kebun tu duk amik gambar.. haha.. geli hati pulak bila tengok. en.suami selalu gelakkan kan jaa bila tengok pic ni, dia kata lucu! dia asyik duk tanya jaa kenapa suka bergambar kat celah pokok? sungguh kurang asam betul!


yang tahun 2003 tu jaa tingkatan 3. bergambar ngan rakan baik jaa gak, Hazrena nama dia. sampai sekarang kitorang still lagi kawan. via phone and fb. ohh ya lupa nak citer jaa dulu masa darjah 1 jaa sekolah kat SK. Kubang Kerian 3, pastu darjah 2-6 pulak kat SK. Padang Garong 2. masa tingkatan 1-3 pulak jaa di SMK. Raja Sakti. :)


gambar yang tahun 2004 tu jaa tingkatan 4. masa ni jaa sekolah kat SM. Teknik Kuala Krai sampai ler habis tingkatan 5. habis jer SPM terus tak dapat masuk U. dapat Form 6 pun jaa tak sambung gak, sebab menggatal nak kawin sangat dah masa tu... muahahahhaahaa...... umur 20 jer terus kawin (18.08.08) ngeh.. ngeh... ngehhh! nak tengok gambar kawin jaa ---> klik sini





masa tahun 2007 tu, jaa nampak cam comel jer kan? bluweeeek.... hahaha... ok sila muntah beramai-ramai. hihiihi. masa tu muka jaa suci murni jer dari sebarang alat make-up. al-maklum la masa tu mana pandai nak melawa lagi. pakai bedak debu jer pandai. hahaha... masa ni jaa dah kenal en.suami tau. kira dah 'In Ralationship' laa.... ngeeee!


gambar tahun 2008 tu masa jaa ngn en.suami dah bertunang rasanya kot. lupa dah. pic ni di snap masa reunion ngan kawan se-dorm di Pusat Bowling KBMALL. masa ni en.suami tak lepas jaa kuar sengsorang. tak harap katanya. risau kot jaa kena ngorat ngan lelaki lain....hahaha... ~statement nak kena penampar tuuuu... :p

yang tahun 2010 tu pulak di snap masa kitorang otw ke rumah nenek jaa di Pattani Thailand. masa ni jaa bergamabar atas feri ang otw untuk masuk ke Pekan Takbai. en.suami jaa masa ni first time jejak negara Thailand. teruja sungguh dia dapat ke overiver obersea.sebelum jaa lupa, FYI, jaa benornya memang ada nenek lagi seorang di Thailand. jaa dah lama betul tak kesana. last balik masa tahun 2011 kot (sebelum dapat fikri). 

sesungguhnya snap gambar tu adalah sangat best. rugi kalau setiap detik indah dalam hidup kita tidak dirakam kan. bila kita dah semakin tua dewasa nanti kita akan mula menghargai segala gambar-gambar tu. dikala itu juga kita akan senyum sengsorang mengingatkan kenangan masa pic tu di snap. that's why ler jaa suka bergambar! dan sekarang ni makin canggih lagi semua gambar jaa tepek dalam blog. lagi ler syokkkkk!! bebila masa boleh klik and baca balik... hihihi....



p/s : comel tak Kak Ton jaa masa dulu-dulu??? XOXO!!

11 comments:

  1. kalau tengok gambar dulu ngan sekarang, kak jaa dah makin chubby. comel.hihi. jom follow nawwar? :)
    http://thedreamgoddess.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. 27 tu muka budak2. Hehehe.makin besar makin cunnn. Hehee

    ReplyDelete
  3. Cam kelakar kan tgk gambar dulu dulu.

    ReplyDelete
  4. comot jugak mase kecik dulu. hehe. skrg lawa kemain. :)

    ReplyDelete
  5. wahh mengimbau kenangan ye jaa. mmg kecik comey sejak dulu jaa ni. ;)

    ReplyDelete
  6. Tahun 2000 jaa baru ups??? Deqla spm tau tahun tu...hahaha...beza byk umur kita ni..tp mohon jgn pggl deqla kak yer...sbb deqla x biase org pggl kak kalo pd mulanya dia x pggl mcm tu..hahaha

    ReplyDelete
  7. lainlah muka jaa dulu2 dgn skrangkan...

    Ke nur silap tgk..hihi

    ReplyDelete
  8. mmg jauh beza dgn skg wajah jaa..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...