Pages




17 April 2013

Cara Mudah Belajar Jahit Manik Crumble


salam dears!


jom belajar jahit manik sendiri nak? jaa pun tengah belajar gak ni. bukan kena gi kursus ke hape pun. seposen pongg tak kena bayar. hanya rujuk tutorial jahit manik dari sifu hebat aje (Blog Ena's Palace)! senang sangat nak faham stepnya untuk sesapa yang nak cuba jahit sendiri... yang penting dapat ler save budget untuk baju raya tahun ini nanti. yer dak?


jahit manik. tutorial jahit manik, jahit manik crumble, belajar jahit manik, cara nak belajar menjahit manik, manik crumble


korang tahu dak? tengah jaa cuba siapkan 2 jenis jahitan manik kat atas ni sendiri, baru ler jaa tahu dan faham sekarang kenape upah jahit manik ni mahai, rupanya memang sakit abis pinggang, tulang belakang, mata, tengkuk duk menghadap dia. korang bayangkan jaa just jahit secoet tu pun dah hampir 2 jam lebih kot! jenuh nak kutip sesatu manik tu. muahaha... dah la manik-manik (glass pearl) tu semua regenya mahai! ~citer sambil lap-lap peluh!!


 jahit manik. tutorial jahit manik, jahit manik crumble, belajar jahit manik, cara nak belajar menjahit manik, manik crumble


makanya sekarang jaa dah tahu lah, apa penyebab upah menjahit manik ni mahal. huhu. selalunya asyik merungut jer kalo kena caj memahal ngn tukang manik.... keh.. keh.. keh... tulah, baju nak lawa, nak comel, nak vogue! orang tepek sulam, kita pun nak. orang buh manik mutiara, kita pun nak. tapi kedekut. suka pot pet pot pet. kalo macam tu, baik tak yah nak melawa dan nak bermanik bagai kalau kedekut kan? kekeke... btw kita stop dulu membebel panjang and now, jom kita belajar jahit manik sekarang!


******************************************************

MANIK CRUMBLE SIMPLE #1

 blog jahit manik, tutorial jahit manik, tukang jahit manik, manik crumble, cara belajar jahit manik crumble, jahit manik crumble, cara nak jahit manik, cara nak jahit manik crumble


manik yang ini yang paling super duper senang dan mudah! memula sekali lakar lah dulu ngan pensel yer corak yang korang nak tu, lukis kecik-kecik jer. tak terang sangat pun takper asalkan korang nampak. lakaran tu untuk memastikan korang menjahit dengan lebih straight! itu aje! tapi seriyes jaa cakap, yang ini jenis yang simple giler. buat newbie macam jaa ni memang sesuai ler sangat mencuba! kalau nak lebih comel korang tambah jer 2-3 layer lagi yer biar nampak lebih lebat dan crowded!!


******************************************************

MANIK CRUMBLE SIMPLE #2

blog jahit manik, tutorial jahit manik, tukang jahit manik, manik crumble, cara belajar jahit manik crumble, jahit manik crumble, cara nak jahit manik, cara nak jahit manik crumble
jahit manik. tutorial jahit manik, jahit manik crumble, belajar jahit manik, cara nak belajar menjahit manik, manik crumble


jahit manik yang ini susah sikit laa bagi jaa... sebab ada 4 step semuanya. manik yang jaa guna pun banyak. kos bahan akan tinggi sikit laa. (^_^). untuk yang ini, jaa guna 2 jenis manik kristal, dan 4 jenis pearl dengan 4 saiz berlainan. (6 jenis colour) kalau korang nak lagi cantik korang boleh cuba jahit 'manik tabur' kat bahagian tepi-tepi manik tu pulak. biar nampak lebih mewah lagi!


cuma awal-awal lagi jaa cakap yer. jaa benornya memang tak gheti menjahit. jenis tangan takdak seni. first time jaa cuba menjahit manik ni. nasib baik menjadi! tu pun mujur ada tutorial dari Blog Ena's Palace yang senang, lagi laa jaa suka nak meng-explore! ni untuk testing jer dulu ni. jaa cuba buat di kain yang jaa dah tak guna. jahitan pun tak berapa kemas lagi. banyak nampak lubang manik. sebabnya... tak gheti nak adjust lagi dah. haha. dan benang pun masih banyak menjojol keluar tuu...


Jom baca lagi entry berkaitan manik dibawah ini :


haa.. pada yang tak berapa nak pandai menjahit tu jemput ler cuba jugak yer... konfem menjadi punya! belajar sikit-sikit dulu. lelama pandai laa tuu... orang yang expert, yang duk amik upah tu pun, bermula dari zero gak, tahu?? usaha tangga kejayaan. right? yang penting korang kena cuba dulu ler.... tengok, jaa dah berjaya! berjaya laa sangat! korang bila lagiiii?? :)




  

16 comments:

  1. klu tak sabar tak blh jahit manik nie..haha

    ReplyDelete
  2. cantiknyaaa kak.. baca langkah2 yg akk bgi, rsenya boleh buat.. tapi tak tahulah hasilnya nanti... nak try juga, nanti senang nak jahit manik kat bju2.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Oh not bad laa. jie tengok kawan buat jee then dapat buat dekat baju.. senang gak tapi kena banyak sabar main manik ni..

    ReplyDelete
  4. cantik !!!..

    http://misszbiela.blogspot.com/
    sudi2 la kak jaa follow

    ReplyDelete
  5. pergghh...byk jugak step nyer ye jaa...

    nanti nak cubalah...kalau pandai boleh buat pakai raya ni..hihihi

    ReplyDelete
  6. cantik lah kak ! nak belajar jugak lah macam ni, memang betul ah selalu merungut bila kena updah mahal, tapi baju lawa nak, duit pula takmau keluar, haha

    ReplyDelete
  7. Kalo rajin bole la buat kan..deqla ni kalo bab menjahit ni mmg mls...kohkohkoh

    ReplyDelete
  8. nik tak minat menjahit so kalau senang mcm mana pun mmg tak kan buat jugak..huhu
    tapi jeles la ngan org teror buat ni kan.kreatif.

    ReplyDelete
  9. tahniah jaa...cantik! pandai pun buat!....baru dapat feel bagaimana menjahit manik ni kan...bukan mudah nak mudah tau..bukan senang nak lawo tau!...xpe jaa..nanti da jahit 2,3 kali lelama da leh biasa..pinggang pun da lurus...hehehe

    tq promote blog ai...glemer plak rasa...yg penting ilmu jgn kedekut..ye dak!

    ReplyDelete
  10. tq, atas perkongsian ilmu, lepah ni saya lg terror laa dlm memanik nih he he

    ReplyDelete
  11. tq, byk manfaatnya perkongsian jaa ni tuk org mcm saya

    ReplyDelete
  12. salam perkenalan....erm saya pun sdg mencari cara nak jahit manik...tq for da info ...

    ReplyDelete
  13. Informasi Yang Menarik... Jika Anda Berminat Untuk Menambah Pendapatan Dengan Mengambil Upah Menjahit Baju Kurung Moden Atau Ingin Menjahit Baju Sendiri, Anda Bolehlah Belajar Menjahit Baju Kurung Moden Dengan Ebook Ini Yang Lengkap Dengan Illustrasi, Teks Penerangan Dan Gambar Sebenar Yang Menjadikan Pembelajaran Anda MUDAH, MENARIK dan PRAKTIKAL...

    SiLa KLik Sini

    ReplyDelete
  14. thank for sharing.. tengah cari cara nak jahit manik jugak sebenarnya ni... selalu rasa tension dengan baju yang jual kat kedai2.. manik kat leher, kita bertudung tak nampaklah maniknya.. so, ingat nak jahit sendiri manik kat bawah... hehehe

    ReplyDelete
  15. cantiknya... terima kasih sebabsudi berkongsi... jemput jalan ke blog Ana jugak ye... cintamamaadni.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  16. Untung orang yang bertangan kreatif ni... :)))

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Buku Denaihati