kelab blogger ben ashaari, KBBA,

29 April 2013

Dream Hotel : hotel murah di Bandar Melaka


DREAM HOTEL MELAKA
172,Jalan Laksamana Cheng Ho, 75000, Melaka Malaysia.
Tel: +6 06 284 2727 @  H/P : +6 010 89 89 890
Email: reservation@dreamhotel.com.my
Facebook : Dream Hotel Melaka
GPS : N 02' 11.628 E 102' 15.727




HOTEL MURAH DI MELAKA  | Jaa dapat tahu mengenai Dream Hotel ni melalui facebook. pastu bila jumpa facebook jaa pun mula google tentangnya. jaa pun mula ler inbox tanya harga bila tengok biliknya macam comel jer. kiut miut sungguh design bangunannya yang serba orange tuu... lagi best bila hotel tu dekat aje ngan Bandar Hilir. senang ler untuk kami nak kemana-mana. 



sila abaikan model kat atas katil tu yerpp! hikhik.. harga utk bilik hotel ni pulak memang murahh. sebab kelas hotel bajet kan. RM72 jer harga bilik kami ni. kami booked bilik yang ada 1 queen + 1 single. jaa pilih katil ni, sebab adik ipar jaa pun ikut sama gak masa kami ke Melaka hari tu.... tapi tak sangka pulak tup tup dia tak jadik menginap di hotel, sebab kena terus ke Johor. so malas la jaa nak cancel apa yang dah di booking, sebab risau kot dikatakan banyak songeh lak.




nak sewa hotel banyak bintang, duit tak berapa nak ado... haha... so yang ini pun kira ok ler. nak buat tido jer pong… yang penting selesa untuk tido. even murah kelengkapan dia memang A okey, hari-hari ada house keeping mai kemas bilik. pastu, siap ada hair dryer, kettle and siap ber-wifi lagi. korang kalau nak ke Melaka juga nanti jangan lupa booking Dream Hotel ni yer. murah dan selesa.tapi kalo korang punya bajet yang lebih besar, buleh jer book hotel yang ada bintang-bintang tu. apa pun, tepuk dada tanya poket.... ye dakkk?




so far hotel ni memang sangat ok dah bagi kami. Cuma untuk memula check in tu dia lambat sikit bagi towel. so, pot pet gak laa en.suami sebab takdak towel nak mandi.. dah ler kitorang ni belengas habis dah satu badan coz perjalanan yang giler punya jauh (8jam dari kelate).. huhu… ekceli jaa bawak gak towel dari rumah tapi duk dalam kete, sebab pihak hotel dah janji ada sediakan. so tak bawak naik ler, sebab malas nak kotorkan... muahahaha...
 



kenapa kami suka duk hotel bajet bila bercuti?? sebabbb.... kami mana  ler mampu nak duk hotel mewah sayang oii! :p acaner nak duk hotel mewah? kalo sehari RM200, darab lak ngan 4 malam? dah berapa regenya tuuuu? jawabnya lepas tido semalaman terusss pengsannnnn kot!! kekeke.... bagi kami hotel ni takde standard 4-5 bintang pun takpe. asalkan selesa untuk kita tido. ye dakkk? ~carik alasan untuk sedapkan hati sendiri.... (^_^)



tapi kan...bab tido di hotel ni, fikri ni sokmo menangis. bukan apa, dia jenis takleh nak tutup pintu bilik. tutup jer konfem meraung. tah ler kenapa susah nak describe macammana. macam jugak masa gi ke Penang dulu, dia bantai menangis gak bila kita tutup pintu hotel. takkan kita tido takmo tutup pintu lak kan. kang tak seperais pulok nak tido. mana boleh… takder privacy maaaa….. ~hoii bendera jepun tengah berkibar tu..sedar ler sikit… ok fine…fine!




Dream Hotel ni yang paling bestnya ialah kita boleh dapat Tiket Melaka River Cruise FREE! hehehehe.... tapi dengan syarat kena stay masa weekdays ler. utk weekend so sory memang takkan dapat. utk weekdays lak korang boleh dapat 1 keping utk 1 hari stay. so untung dah kat situ. kalo beli RM10 gak sekeping rege Cruise tu.... hrmmm.... al-maklum la kami punya cuti ni kan sokmo jer jenis cecuti bajet, so memang suke ler kalo bab free-free cenggini ni.... weeee!





ini pulak bilik yang jaa menginap masa hari ke-3 dan ke-4. masa ni jaa tukar ke bilik standard (1 katil queen) coz rasa macam membazir pulak sewa bilik yang 1 queen + 1 single tu. coz kami tido 3 beranak jer pong. adik ipar jaa tak tido pun dengan kami, sebab dia dah pun kena gi ke Johor masa hari 1st day kami kat Melaka.

bilik ni pun dah cukup selesa buat kami. harga pulak hanya RM49.99 untuk sehari. ok lahh kan? kiranya total yang kami perlu bayar untuk hotel adalah sebanyak RM244 sahaja untuk 5H4M di Dream Hotel. murah giler-giler ok! dua hari yang harga RM72.00 dan dua hari yang berharga RM49.99.


Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

26 comments:

  1. Nina akan selalu p melaka pasni. Adik ada situ. Hehe
    Ok la range harga. Dekat ngn bandar hilir lagi senang jln2 :)

    ReplyDelete
  2. selesalah nampak...
    murah pulak tu...

    ReplyDelete
  3. okla tu janji selesa. lainla kalau nak berhoneymoon. kihkih.. pasni kena tukar nama fikri ahmad albab kot baru tak nangis. hihi..

    ReplyDelete
  4. tq jaaa..akak mmg tgh dok cari hotel tgh bandar sbb senang nak g mana2... hihi..budget nak g melaka gak bln depan.... leh try hotel nie...

    ReplyDelete
  5. bia murah asal selesa dan kena dgn bajet kita kan...:)

    ReplyDelete
  6. amboi jaa..jln sakan kt mlake ek..

    ReplyDelete
  7. laa,tdow xnk ttup pintu?jenuh la gitu..

    ReplyDelete
  8. akak survey hotel murah dan jumpa ini.. berkenanler pulak... parking ada tak???

    ReplyDelete
  9. @Cho Zila parking kat sini mmg luas. jgn risau bab tuuu... :)

    ReplyDelete
  10. @izan mama mia hotel ni mmg murah dan selesa kak izan, dekat ajae ngn bandar.

    ReplyDelete
  11. @Chic Na ahmad albab a.k.a ahmad pintu??

    ReplyDelete
  12. @NinaAz tu lah, jaa pun habis survey dlm tenet dah tu sebelum kesana....heeee!

    ReplyDelete
  13. @Cik Nur� mmg selesa cik nur, selesa ngn poket jaa ni haa...hikhik...

    ReplyDelete
  14. @mama3heroo fisrt time jaa ke melaka ni kak, ofkos teruja nak jenjalan pusing melaka...heee!

    ReplyDelete
  15. @Cik Eyra tu lah! jakun betul dia...hahahaa....

    ReplyDelete
  16. Kak jah..nape kt fb diorg tulis singdollar 49.90..sy tngok kat web diorg pun 1malam 90?

    ReplyDelete
  17. @Seccer Zulhilmi mmg di website diorang letak rege mcm tu... tp xper... adik cuba call dan tnya dia bilik yg RM49.99 ada tak? ok?

    p/s : ekceli harga tu, harga promosi... tp xper tnya jer dulu... mana tahu kot available lagi... ye dak?

    ReplyDelete
  18. Wahhh murah la tu.....nti kalo ke sana, nk pilih hotel ni la...sama la kamu ni pun bajet2 gak orgnya..haha

    ReplyDelete
  19. mcm mana nak dpt harga promosi tu?:)

    ReplyDelete
  20. Great post, I will overtake this on to my friend. large way to clearly design out expenses. Good luck with your journey plans.

    ReplyDelete
  21. Dah naik harga hari biasa bilik standart 62 hinggit.

    ReplyDelete
  22. tempah melalui apa.. call terus ka?

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...