kelab blogger ben ashaari, KBBA,

07 April 2013

First Time Aku Main Futsal


Hari ni jaa nak citer pasal pengalaman first time jaa main futsal. haha. nak tergelak pun ada gak bila dapat mesej dari ofismate suruh bawak baju sukan. katanya petang ada game futsal anjuran AADK TUMPAT di Gelanggang Futsal Geting Tumpat.



tu diaa antara geng yang main. geng AADK lawan geng belia Pengkalan Kubor (Ahli Skuad 1Malaysia). masa bergambar tu nampak dah ok, tapi sayang lak gambar ni kabur... huhu.. korang nampak tak jaa duk kat celah mana tuuu? (berdiri 3 dari kanan) jom tengok cemana cek mek kecik ni main futsal... rasa-rasa korang hebakkk tak aiii??


 seminit yang pertama, siap posing lagi tu..hikhik...


 ewahhh...siap bukak kangkang besar lagi
gaya macam expert....! hahahhaa....
my ofismate si ana, jadik keeper masa tu tuh..hebakkk!!



ni lak pihak lawan, huih semangat sungguh mereka main. nak lagi bila 3 minit pertama diorang dah berjaya rembat 2 gol... lagi la diorang naik semangat. makanya 5 minit yang pertama, jaa ngan ana pun dah diarahkan keluar. sebab langsung tak reti nak tackle bola...hehehe....




jaa langsung tak pandai nak rebut bola. tengok bola menjerit tak hengat risau kot orang buat gol... kekeke.. jaa dapat sepak bola sekali pong dah melompat gumbira, belum buat gol lagi tuu... haha.. ~dapat bayangkan aksi jaa tak?? ana lak, tak dapat nak tepis bola masa orang nak rembat gol. makanya dedua kena keluar gelanggang awal.... hikhikhik...



ni pengalaman first time jaa main futsal. tak pernah lagi sejak 25 tahun hidup jaa main menda alah ni. masa kekecik dulu penah la main ngan adik beradik main bola sepak, tapi dah lama dah zaman tu berlalu... muehehe. en.suami jaa pulak kata datang nak bagi semangat untuk jaa, tapi hampeh! jaa dah habis main baru datang... yang kemeja putih tu Ketua Pegawai AADK Tumpat yang baru En. Mazlan bin Idris. :)



lepas main futsal, balik jer terus terbungkang mentido.. haha... malam tu abis rasa sakit-sakit urat kaki. adoii laa... urat lama tak exersice gitu laa kekdahnya... plus lagi bila dah tetua gayut ni. tambah lagi jaa dah ber-anak satu ni... lagi laa urat sensitif.... urat banyak putus katakan... hahahaha... kalau di offer untuk main futsal lagi?? ofkos laa jaa nak! hahahah... rasa macam best pulakkkk!! kekeke....


p/s : korang penah main futsal???


13 comments:

  1. terrrbaik and hebakkk ah jaa.. nina takot nak main futsal ni. takut kena bola kat tut.tut.haha

    ReplyDelete
  2. Nur pun tak pernah main jugak..
    teringinnya nak main..tapi malu..cemana tu..hihi...

    Ermm..kena cari geng la kalau macam ni kan..

    Tapi nur rasa, nur boleh kot main futsal, sebab kecik2 dulu suka main bola..kehkehkeh

    ReplyDelete
  3. tak penah main, raa dah terlambat nak main benda ni :)

    ReplyDelete
  4. pernah main masa belajar dlu. dah la main berlawan dgn budak laki. pe lagi hentak2 kaki bila main. then pastu jerit kat budak2 laki "korang ni nak main ke nak main-main?' Yelah, dah namanya main dgn budak laki memang dah sah-sah kena dimainkan mereka. tapi pape pun pengalaman main futsal memang best =) hehehe,
    ~comel kak jaa main futsal tu

    ReplyDelete
  5. pergh... org kata kalau feztime main seronok sangat lepas tu kalau boleh tiap2 minggu nak main. seronok etek(betol x ejaan etek tu)

    ReplyDelete
  6. jhebat gak jaa nie...cik nor pon tak pernah main gak..hihik

    ReplyDelete
  7. M tak pernah main futsal ni cuma tengok my hubby ja main ngan kengkawan dia...

    ReplyDelete
  8. Lama tak main futsal.....
    Haahaha..
    AMik penangannya..
    Sakit2 badan kan... =D

    ReplyDelete
  9. tergolek kot jaa kena ngan bola tu. huhu.. tak pernah main. selalu dok main kat laman rumah ni je ngan adik2. pastu terkena pasu bunga, pecah. kena marah ngan mama. hehe..

    ReplyDelete
  10. pernah..
    selalu gak dulu.skang malu dh nk main dgn geng opis sbb byk yg muda2.hehehe tp mmg best main futsal ni.lupa diri kejap ms tgh nain tu sbb pulun nk kejar bola.hihihi

    ReplyDelete
  11. sama la ngan akak. tak pernah main futsal.agak2 sama jugak mcm ja kalau dapat main. dapat tendang bola pun dah happy..hehe

    ReplyDelete
  12. Ok la tu main futsal...bole tahan lasak jgk jaa ni eh...

    ReplyDelete
  13. Haaa,.. ni pon futsal gak. tapi utk kaum laki je la. huhuhu :)

    IGC-GTS Futsal Mini Tournament '13 kembali untuk siri ke 3, 4 dan 5.
    Salam buat warga GTS, Inter GTS Club, dan rakan2 semua yang mengikuti perkembangan kami!! Bagi mereka yang minati futsal dan ingin mengukur sejauh mana kehebatan anda atau pasukan anda, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Mini Tournament kami di Pusat Futsal FHMJ Seri Gombak (dulu dikenali dengan KSL Sport Center) di SinaMax Sport Center, Taman Sri Gombak. Daftarkan pasukan anda di kaunter pusat futsal sekarang!! Atau hubungi kami segera di no telefon 012 369 0073 @ 012 256 5122. Penyertaan terhad kepada 12 pasukan sahaja bagi setiap siri. Jom jalani hidup sehat bersama kami. Bersamalah kita semarakkan semangat kesukanan melalui futsal!!

    www.facebook.com/grandthousandsolution

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...