kelab blogger ben ashaari, KBBA,

18 April 2013

MyResepi : Cara Nak Buat Ketupat Sotong






Bahan-Bahannya : 


1 kg sotong saiz sederhana
2  1/2 cawan beras pulut (rendam dahulu 1jam)
1/2 kg santan pekat (4 cawan)
4 ketul manisan/gula melaka (gelap)
 1  1/2 cawan gula pasir
4 helai daun pandan
secubit garam


Cara Nak Buat Ketupat Sotong :





1. basuh beras pulut dan letakkan sedikit santan (1/3 cawan)
2. sumbatkan beras pulut kedalam badan sotong (2/3 penuh)
3. cantumkan kepala sotong dan cucukkan dgn lidi.

nota : beras pulut jangan ditanak dulu ye....sila sumbat yg mentah!


 


5. susun sotong yang disumbat pulut itu ke dalam kuali
(jaa suka guna kuali sebab senang nak kacau...heeee)





6. masukkan 1cawan santan, garam dan daun pandan.
7. masukkan juga 1/3 cawan air (jika perlu)
8. masukkan lebihan pulut jika masih ada (yg direndam santan td)
tudung kuali anda sebentar hingga sotong tu masak
jangan lupa kacau sekali sekala, supaya sotong anda tak hangit. :p
9. kemudian masukkan gula, manisan dan juga semua lebihan santan.
kalau taknak terlalu manis, letak 1 cawan gula pun dah cukup yer.





10. kemudian biarkan sotong tu mereneh dan kuah menjadi sedikit pekat.
lepas tu siap laaaaa.......!! mudah kan???


 




13 comments:

  1. woooo..sedap nampak..!

    Nanti nak suruh cikna buatkan laa...eh...hehehe..

    xpun, jaa yg tolong buatkan..hihi

    ReplyDelete
  2. jaa..kalau byat sambal tumis pun sedapkan cara mcm ni... :)

    ReplyDelete
  3. alamak...tengok pagi2 ni jadi lapar pula..hehe

    ReplyDelete
  4. Tak pernah try lagi ketupat sotong guna gula melaka. Biasa mkn ketupat sotong kuah putih. :D

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaa.. first time tahu ni sotong ketupat.. akk post kat ena sedikit, post kt uia kuantan tau tau tau.. hahaha free of charge la ye.. XD

    ReplyDelete
  6. fames makanan ni kat kelantan. hana xpernah try.huhu ada org kata ni sotong sumbat.hehe

    ReplyDelete
  7. Peeghh sedap ni..dah lama x mkn...tgk gmbr terasa plak manisnya...hihi

    ReplyDelete
  8. mmg sedap ni.nik pernah makan sekali jea. tu pun mak kwn yg bagi.huhu

    ReplyDelete
  9. first time tengok ni tau kak jaa.. tp syg sbb sy kurang makan sotong. kalau udang memang hantu :) kekekeke

    ReplyDelete
  10. sedapnyaaa..... saya baru je try masak...tak berapa menjadi sgt....hehehhe..orang bujang la katakan....

    salam singgah sini yer...

    ReplyDelete
  11. semalam pun sy ada buat ketupat sotong tapi versi trgnu punyer..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...