kelab blogger ben ashaari, KBBA,

23 April 2013

SuamiKu Kena Tangkap Basah?? (Part 2)


 ~gambar tuan blog ini sekadar hiasan, tiada kena mengena ngn entry~


Kisah Mimpi Tangkap Basah ni bersambung dengan entry pagi tadi ya. saper yang terlepas boleh baca semula disini : SuamiKu Kena Tangkap Basah Part 1. ini bukan kisah rekaan yer. ini kisah benar yang berlaku. cuma ia hanyalah berlaku di alam mimpi, bukan di alam realiti ok. jom layan baca kisah ni sampai habis!


S : lepas perbincangan dilakukan oleh beberapa Pegawai JAHEIK, diorang pun buat keputusan yang abang ngn si B kena nikah jugak. tak kira la setuju ke tidak. kena nikah jugak. abang memang tak setuju la. tapi yang pelik nya, si B pulak beriya-iya bersetuju. dia kata akan terima apa saja. langsung tak bantah apa-apa keputusan yang JAHEIK buat.

S : masa ni ler abang gelabah sangat-sangat. rasa betul-betul sedih sangat. sebab abang tahu jaa mesti akan tinggalkan abang kalo gini lah keputusannya. tetiba abang terbayangkan jaa dan anak jer masa tu. masa tu abang dah boleh baca apa reaksi jaa... abang tahu jaa mesti tinggalkan abang. abang pun terus gi jumpa jaa....

S : sebelum abang jumpa jaa tu abang tengok jaa dah terlebih dahulu keluar dari bilik JAHEIK. abang tengok jaa lelaju menuju ke kereta nak balik rumah sambil dukung fikri. jaa langsung tak pandang abang dah.

S : masa tu jaa diam jer. jaa tak cakap banyak. cuma bila abang tanya jaa nak pergi mana? jaa hanya cakap, jaa taknak lagi dah kat abang. jangan carik jaa lagi dan terus nak balik rumah ngan fikri. takmo pedulikan abang lagi..

S : masa tu lah abang menangis sungguh-sungguh. abang merayu kat jaa suruh percaya yang abang tak buat apa-apa pun. ni semua salah faham.... laju jer abang menangis.... abang nangis sebab masa tu rasa tak boleh terima hakikat yang jaa akan tinggalkan abang macam tu jer.... bila masalah ni berlaku. padahal abang tak bersalah ponggg!

masa en.suami duk ralit citer part ni kan, jaa masa ni dah tergelak sakan tahu! rasa nak gelak terguling-guling jer. dia lak masa tu asyik duk sapu muka dia jer. maybe ada lagi saki baki air mata dia kot.... muahahhaa.... patut ler memula dia bangun pagi tadi, dia terus peluk cium tido rapat-rapat ngan jaa pun. dia mimpi basah sampai menangis rupanya.

dia cakap masa asyik duk menangis tu laa dia tersedar dari mimpi. masa tu dia terkejut sebab abis keluar air mata yang betul-betul punya. dia cakap, muka dia memang basah habis. dia cakap lagi, mujur ler jaa tido lagi masa dia duk menangis tu. kalo tak, tak tahu ler cemana..... kah... kah..kah... lucu gak laki aku nih.

apa punya mimpi daa... sampai menangis macam tu sekali. eh, tapi jaa tertanya-tanya gak. apa petanda mimpi tu eh. sebabnya sebelum ke Melaka hari tu jaa ada mimpi gak. jaa mimpi ada orang ketiga datang dalam hidup kami. huhu. berdiri lak bulu roma bila ingat pasal tu.... hrmm... mintak jauh ler sume benda tu! :P


p/s : btw, jaa harap ini sume hanya mainan tido....amin!!
p/s/s : sorry yer bang, jaa ter-citer hal 'mimpi ngeri' abg ke dalam blog!! :P

6 comments:

  1. ingat betol lah tadi...hahahha..mujur mimpi kan

    ReplyDelete
  2. terharu lak nur baca...bersungguh dia cuba tegakkan kebenaran..sedih betul dia bila jaa nak tggalkan dia mcm tu je...padahal dia tak bersalah pong...

    semua ni mainan tido jaa..jgn amik serius..apapun, kepcayaan thadap suami dan isteri tu penting...

    mlm ni tido jgn lupa masuh kaki tau.. :)

    ReplyDelete
  3. ur husband,sayang sangat2 kat jaa :)

    ReplyDelete
  4. "berdiri lak bulu roma bila ingat pasal tu.... hrmm"

    bulu roma kite pon berdiri gak mse bca ayat ni,.haha

    ReplyDelete
  5. Biarpun cuma mimpi tp kesian plak kat hubby jaa...bersungguh dia pertahankan yg dia x salah..si b mcm perangkap hubby jaa je..huhuhu...

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...