kelab blogger ben ashaari, KBBA,

20 April 2013

TIPS MEMBELI / MENUKAR TAYAR KERETA


TIPS MEMBELI tayar, tips menukar tayar, kod tayar kereta, rahsia kod tayar kereta, rahsia tayar kereta, tips tayar kereta

Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita??Kadang kala kita terleka dan tidak mengambil kira dalam membeli tayar kenderaan kita, ia boleh mengakibatkan kemalangan atau ketidaksuaian dengan kederaan kita, cuba kita perhatikan dan renungan sejenak mengenai kod atau simbol yang terdapat di bahagian sisi tayar kenderaan kita....

Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar :
    175/70R13/82H

- lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
- lebar permukaan sisi tayar : 70 mm
- jejari : R
- diameter rim : 13 inchi
- indeks muatan & symbol kelajuan : 82H
• indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
• indeks muatan 71 = 345 kg
• indeks muatan 125 = 1,677 kg
• simbol H = kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h

SENARAI KOD :
S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - melebihi had laju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j
ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas

TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1905
- kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus)
- kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)
- ketahanan suhu : TEMPERATURE A
• A : kawasan panas
• B : kawasan bercuaca normal
• C : kawasan sejuk
- tarikh pembuatan : 1905
•Dua no pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 – 52) jika 19
maka tayar itu dibuat pada minggu ke-19 atau minggu ke-2 bulan mei.
• Dua no terakhir = tahun ia dibuat. Jika 05 maka dibuat pada 2005

p/s : lepas ni, kena lihat betul2 kod yg ada supaya tak tertipu dgn kedai.


SUMBER : Car Advisor

9 comments:

  1. perghh..baru tahu ni...
    jelas sungguh detail ni..

    selama ni duk buat tak tahu je..
    kikikiki...

    ReplyDelete
  2. Brand tayar pun penting jgk.. Good info kak jaa :)

    ReplyDelete
  3. baru je tukar tayar,2weeks ago.. :)

    ReplyDelete
  4. huyyoooo. pakar tayar ke skrg. tabik ah. :)

    ReplyDelete
  5. tau sikit2 je. selalu main tukar je.

    ReplyDelete
  6. Mmg patot tau ni utk smua yg berkereta...hubby deqla lak bab keta ni celah gigi je bg dia..haha

    ReplyDelete
  7. Utk MPV jenama apa yg bagus agaknya?

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...