Salam dears! kali ni jaa rasa terpanggil untuk buat entry khas mengenai PJJ USM. ewahh... ayat tak menahan! bajet hot ler teww! muahaha! benornya gini, sejak dua menjak ni jaa makin dapat banyak pertanyaan mengenai PJJ USM, bukan setakat di email, tapi di facebook pun byk! rata-rata nak mintak tips dan panduan mengenai PJJ. tak kurang jugak yang tanya pasal yuran, asrama dan macam2 lagi laa... so kali ni jaa nak citer ngan lebih details ok... hope dapat membantu sesapa yang masih blurr-blurr mengenai PJJ USM ni haaa....
PJJ USM : 8 Perkara Yang Anda Patut Tahu
1. Syarat Kemasukan
syarat kemasukan tersangatlah best! kenapa jaa cakap macam tu? sebab.... yang ada SPM pun boleh apply PJJ untuk program degree ni, tahu dak? tak percaya ke? anda harus lah percaya sebab jaa sendiri pun memang apply ngn SPM jer pong. jaa mana ada
STPM/DIPLOMA. so sila percaya ok... apa pun apply jer dulu bila tawaran PJJ USM ni dibuka lain kali yer. dapat ke tidak, belakang kira. yang penting kita dah usaha. ye dakk? bila dah usaha, kita tawakkal! (sambil doa dalam hati... mintak-mintak dapat....) hehehehee! nak tahu bila tawaran tu keluar? anda kena la rajin check di :
https://pohon.usm.my
2. Tempoh Pengajian
tempoh pengajian bagi Program Pengajian Jarak Jauh (PPJJ) di Universiti Sains Malaysia adalah selama 4 tahun sahaja. belajar PJJ di USM sangat menjimatkan masa. sebab, biasanya bagi program PJJ di Universiti lain normally selama 5 tahun kot. kiranya tempoh PJJ di USM ni macam ni, 1 semester = 1 tahun. maksudnya, jika korang nak extend ke hape ke, korang kena extend selama setahun lah. bukan 6 bulan. faham dok?
3. Yuran Pengajian
yuran pengajian PJJ USM paling murah, jika nak dibandingkan dengan harga di Universiti yang lain. bayangkan untuk kos yang jaa ambil
(SAINS KEMASYARAKATAN), hanya RM1500++ sahaja setahun (bagi tahun pertama). yuran pula
boleh dibayar secara ansuran 2 kali. cth mcm jaa dulu, memula jaa kena bayar RM900++ sebelum orientasi (julai 2012), lepas tu ansuran kedua adalah RM615.50 pada bulan april 2013. yuran bagi tahun kedua dan seterusnya adalah sama, iaitu RM1231 setahun. setiap ansuran RM615.50 (tarikh pembayaran akan ditentukan pihak usm).
klik sini untuk lihat cara pembayaran yuran online.
4. Kursus Orientasi
Kursus orientasi
WAJIB HADIR. biasanya kursus orientasi ini adalah selama lebih kurang 4-7 hari (kena stay di kampus induk). bagi yang sedang dalam pantang/sakit atau ada apa-apa masalah yang tak membolehkan korang hadir ke Kursus Orientasi ni, maybe korang boleh buat pengecualian kot. apa-apa pun korang mesti berhubung dengan pihak
PPJJ USM. boleh call ke nombor ini : 04-6533888. aktiviti semasa orientasi ialah pendaftaran kursus, proses kad matrik, agihan buku/modul dan macam-macam lagi laaaa...... but jangan risau takde istilah ragging ataupun buli ok! entry jaa mengenai orientasi disini :
Kursus Orientasi Julai 2012
5. Kursus Intensif
Kursus ini juga WAJIB HADIR (kena stay di kampus induk). biasanya kursus ni akan berlangsung selama lebih kurang 2-3 minggu. biasanya pada antara bulan Januari-Februari. semasa kursus intensif ini lah, semua pelajar PJJ USM akan berkumpul, masa ni meriah giler kot suasana dalam USM. boleh jammed jalan-jalan dalam perkarangan USM. hihi...korang boleh bayangkan tak berapa ramai manusia yang akan hadir? student dari 1st year hingga la ke tahun akhir....semua akan berkumpul! aktiviti masa Intensif ialah, kuliah dan exam! jom baca entry jaa mengenai :
KURSUS INTENSIF Jan 2013.
6. Kelas / Sidang Video
Kelas belajar PJJ dipanggil sbg Sidang Video. tempat belajar adalah mengikut pusat wilayah masing-masing. macam jaa yang stay kat kelantan ni, pusat wilayah jaa adalah di Kota Bharu. iaitu di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (sebelah HUSM). kelas belajar tu pulak, kita takde nya boleh jumpa lecturer 'live' tau. kita just dihidangkan ngan Video jer. ala-ala 3G gitu haaa.... so, bukan lecturer tu mengajar kita kat depan macam biasa, tp dia ajar kita melalui video... sidang video tu lebih kurang 1 kali atau 2 kali dlm sebulan. anda boleh tengok contoh sidang video disini :
SIDANG VIDEO PJJ.
7. E-Portal
kalo korang taknak pergi kelas pun takpe benornya. sebab.... sume modul/bahan belajar akan di upload oleh lecturer dalam
Eportal (website utk pelajar PJJ). jika korang tak pergi ke kelas sidang video tu pon, korang still lagi boleh repeat tengok video tu bebanyak kali kat Eportal tu haaa... so mudahkan? utk nota pula, kita kena download dan print out sendiri di Eportal. cuma korang kena rajin-rajin login akaun Eportal korang tu laa, kalo tak buka konfem korang takkan tahu apa update/info terbaru dari lecturer mengenai assignment atau apa-apa sahaja yg berkenaan.
8. Tempat Peperiksaan (EXAM)
tempat exam adalah di Pusat Wilayah masing-masing... kita tak perlu ke Kampus Induk di Penang pon. so, senanglah kan? camana rupa dewan exam tu, jaa pun tak tahu camana kedudukan atau persekitarannya lagi, sebab jaa ni pun next month (Jun 2013) baru ada final exam untuk first year ni haa... so korang, wish me luck ya! hihihi.. Exam jaa adalah selama 9 hari. bukan berturut-turut tapi bersenggang hari... insyaALLAH utk suasana dewan exam nanti, jaa akan update bila jaa dah ada experience ok!!
Update 1 : bagi yg kerja gomen, utk ke kursus orientasi anda kena amik Cuti Tahunan/Cuti Rehat (CR). manakala utk kursus intensif
dan final exam anda boleh dapat
Cuti Tanpa Rekod (CTR). bagi yg kerja
swasta, tak tahu lah pulak jaa, cemana pasal cuti tu... apapun tertakluk pada jabatan anda. (^_^)
Update 2 : MUET kalo belum ada takpe. boleh je amik masa kita belajar PJJ. Exam muet dibuka 3 kali setahun. apply
DISINI. tapi kena beli no.pin dulu di BSN yang berharga RM100.
Update 3 : Nak tahu bagaimana suasana dewan peperiksaan semasa Final Exam di Pusat Wilayah tak?? okey korang boleh
KLIK SINI.
Update 4 : pelajar PJJ USM boleh apply biasiswa JPA atau pinjaman PTPTN atau pengeluaran wang KWSP untuk membayar yuran pengajian. anda boleh terus apply setelah mendapat surat tawaran belajar dari USM.
Update 5 : Pembelajaran adalah menggunakan Bahasa Melayu. pakaian untuk ke Kursus Orientasi, Kursus Intensif atau Final Exam adalah bebas....!! asalkan sopan....!!
Update 6 : Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) akan di agihkan semasa Kursus Intensif. tarikh dan tempat agihan akan di war-warkan di E-Portal nanti.
Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :