kelab blogger ben ashaari, KBBA,

03 May 2013

ikan bakar umbai : RESTORAN PARAMESWARA



Orang kata kalau datang ke Melaka, tak pergi pekena ikan bakar di Umbai tak sah kan? so jaa pun terpaksa ler listkan jugak tempat ni dalam buku nota jaa. haha. jangan ko tak tahu, jaa siap wat list kat mana yang nak pergi dahulu dan kemudiannya yer.




semua aktiviti kami selama berada di Melaka rapi tersusun. padat sungguh jadual kami ngan jenjalan. hihi. bukan apa takut terlepas ‘scene/part best’ benornya. kalau semua tempat menarik boleh pergi baru ler puas hati yer dak? so part makan-makan ni mesti menjadi part yang penting gak la untuk kami...wihihi....




Untuk makan ikan bakar kami pilih Restoran Parameswara. ramai dalam internet orang suggest kedai ini. so kami pun terjah lah jugak. nak jugak merasa, sejauh mana sedap ikan bakar di Restoran Parameswara ni? tapi series cakap jaa betul-betul kecewa ngan makanan kat sini. kecewa! kecewa!



1 pinggan kerang rebus

1/2 ekor siakap bakar

1 ekor ikan tuko bakar (adik beradik si ikan pari)


jujur jaa cakap jaa takkan kesini lagi dah kot. cukup ler kali ni jer. kalo ada rezeki datang Melaka lagi memang jaa takkan datang dah. sume masakan dia failed. susah nak citer macam mana, yang pasti sume nya di kalangan kami duk pot pet pot pet menyesal datang ke situ. macam sesia jer bayar. kualiti makanan langsung tak jaga. 



2 ekor ketam masak bercili/sambal tak sedapppp

tomyam campur yang rasanya tah apa-apa



yang paling tak best adalah dia punya tomyam, kedua dia punya ikan siakap 3 rasa, pastu yang ketiga dia punya pencicah. hancuiiiii!! langsung tak sedappp! hisshh.... kami betul-betul kecewa malam tu. bukan tak bersyukur dengan rezeki yang ada, tapi rasa tak berbaloi dengan apa yang telah bayar! bukan murah tahu? 

1/2 ekor siakap 3 rasa, tapi hanya ada 1 rasa iaitu rasa tak sedappp


total makanan kami malam tu RM101. mahal kalau sedap kami tak kisah. tapi ini tidak, mahal pluss tak sedappp. eh betul-betul rasa nak jer mintak duit balik….huhhuhuuu…. tobat takmo datang lagi dah….. serik giler kot! jaa up entry ini bukan bermaksud jaa nak kondom kondem kedai ni tau, tapi jaa perlu jujur untuk memberi komen dan komen ini bukan lah hanya dari rasa tekak jaa sahaja, malah dari tekak kami semua (en.suami/adik ipar/ anak sedara). semua sepakat kata K.E.C.E.W.A.... buat maybe bagi tekak orang lain masakan kat sini super duperr sedappp kot. maybe kami ajer yang terlebih cerewet.... huhu!



p/s : jaga la kualiti kalau nak kedai kita makin maju!!

16 comments:

  1. Ya Allah, sedapnyaaa kak... terliur tengok.. kenapa tempat ena ni susah nk jumpa kedai cenggini... huuuuu

    ReplyDelete
  2. Err..tomyam dia pun nampak pelik...mcm berminyak jee...

    ingtkann sedaplahh....rupannya tak sedap eh..mahal pulak tuu

    ish..kalau kena sekali tu mmg tak nak pergi dh laa....

    ReplyDelete
  3. Hujung bln ni nak ke Melaka, ok take note kedai makan ni, xmau terjebak makan tak sedap :)

    ReplyDelete
  4. Jujur dahku mengatakan...M tengok pict pun tak selera la Jaa T.T

    ReplyDelete
  5. tomyam dia kaler lain..
    mahalnyaaa...
    sampai RM 101..
    huh...

    ReplyDelete
  6. bayar mahal tak per asal sedap..:)

    ReplyDelete
  7. kalau byr mahal tp xsedap mmg rasa ralatkan...

    *jaa, akak letak feed blog jaa dekat sidebar akak utk bln ni... sebab bln lepas, blog jaa byk bg traffic dekat akak :-)

    actuaaly utk pengetahuan jaa, setiap bln akak akan letk feed dekat blog yg bg traffic tggi dekat blog kak.. :-)

    ReplyDelete
  8. Jaa kalo xde entri makan mmg x sah kan..hikhik

    ReplyDelete
  9. makanan sedap...tapi MV tengok xda selera..huhu..pembawaan budak betul lah MV ni

    ReplyDelete
  10. sedapnya kerang bakar tu...huhuhu

    ReplyDelete
  11. nik pernah pi mknan kat sana.ok jea masa tu.sedap lagi masa tu.lagi2 air asam dia cicah ngan ikan bakar.murah maybe sebab mkn berdua jea kot.

    pernah dgr jugak, mkanan kat sana dah makin kureng best.maybe mknan yg kami order tu mkn biasa jea

    ReplyDelete
  12. salam mmg sy dr dulu lg x mkn situ area situ dh x sodap. g alai la cari kedai ikan bakar haji musa alai. mmg trbaik dr dulu smpai skrg. plg murh d melaka. selepas duyong. plg mahal umbai

    ReplyDelete
  13. Salam. Kat umbai/melaka ni ikan bakar yg paling sedap sy rasa ialah kat gerai no 1 - d'muara ikan bakar. Bg yg teringin tu bole cuba kat situ....mmg sedap

    ReplyDelete
  14. Rasa nyesal x bc blog u sblm terkena kt ctu. .sy pergi semlm kt parameswara...mmg confirm x sedap..nyesal hampeh...lg sodap mskn thai kt blkg rumah sy..hu hu.

    ReplyDelete
  15. sis..lps ni g try kt medan ikan bakar kt muara sg duyung lak..hrge xde la mhl sgt+berbaloi bg sy..siap der kupang msk pedas..lala..pepahat..yumyuymyum.. ^_^

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...