kelab blogger ben ashaari, KBBA,

20 May 2013

PJJ USM : 8 Perkara Yang Anda Patut Tahu






Salam dears! kali ni jaa rasa terpanggil untuk buat entry khas mengenai PJJ USM. ewahh... ayat tak menahan! bajet hot ler teww! muahaha! benornya gini, sejak dua menjak ni jaa makin dapat banyak pertanyaan mengenai PJJ USM, bukan setakat di email, tapi di facebook  pun byk! rata-rata nak mintak tips dan panduan mengenai PJJ. tak kurang jugak yang tanya pasal yuran, asrama dan macam2 lagi laa... so kali ni jaa nak citer ngan lebih details ok... hope dapat membantu sesapa yang masih blurr-blurr mengenai PJJ USM ni haaa....



info pjj usm, intensif pjj usm, kelas pjj, orientasi pjj, panduan pjj usm, pelajar pjj usm, pengalaman belajar pjj usm, pjj usm, tips pjj usm, yuran pjj usm,


PJJ USM : 8 Perkara Yang Anda Patut Tahu



1. Syarat Kemasukan

syarat kemasukan tersangatlah best! kenapa jaa cakap macam tu? sebab.... yang ada SPM pun boleh apply PJJ untuk program degree ni, tahu dak? tak percaya ke? anda harus lah percaya sebab jaa sendiri pun memang apply ngn SPM jer pong. jaa mana ada STPM/DIPLOMA. so sila percaya ok... apa pun apply jer dulu bila tawaran PJJ USM ni dibuka lain kali yer. dapat ke tidak, belakang kira. yang penting kita dah usaha. ye dakk? bila dah usaha, kita tawakkal! (sambil doa dalam hati... mintak-mintak dapat....) hehehehee! nak tahu bila tawaran tu keluar? anda kena la rajin check di :  https://pohon.usm.my


2. Tempoh Pengajian

tempoh pengajian bagi Program Pengajian Jarak Jauh (PPJJ)  di Universiti Sains Malaysia adalah selama 4 tahun sahaja. belajar PJJ di USM sangat menjimatkan masa. sebab, biasanya bagi program PJJ di Universiti lain normally selama 5 tahun kot. kiranya tempoh PJJ di USM ni macam ni,   1 semester = 1 tahun. maksudnya, jika korang nak extend ke hape ke, korang kena extend selama setahun lah. bukan 6 bulan. faham dok?


3. Yuran Pengajian

yuran pengajian PJJ USM paling murah, jika nak dibandingkan dengan harga di Universiti yang lain. bayangkan untuk kos yang jaa ambil (SAINS KEMASYARAKATAN), hanya RM1500++ sahaja setahun (bagi tahun pertama). yuran pula boleh dibayar secara ansuran 2 kali. cth mcm jaa dulu, memula jaa kena bayar RM900++ sebelum orientasi (julai 2012), lepas tu ansuran kedua adalah RM615.50 pada bulan april 2013. yuran bagi tahun kedua dan seterusnya adalah sama, iaitu RM1231 setahun. setiap ansuran RM615.50 (tarikh pembayaran akan ditentukan pihak usm). klik sini untuk lihat cara pembayaran yuran online.


4. Kursus Orientasi

Kursus orientasi WAJIB HADIR. biasanya kursus orientasi ini adalah selama lebih kurang 4-7 hari (kena stay di kampus induk). bagi yang sedang dalam pantang/sakit atau ada apa-apa masalah yang tak membolehkan korang hadir ke Kursus Orientasi ni, maybe korang boleh buat pengecualian kot. apa-apa pun korang mesti berhubung dengan pihak PPJJ USM. boleh call ke nombor ini : 04-6533888. aktiviti semasa orientasi ialah pendaftaran kursus, proses kad matrik, agihan buku/modul dan macam-macam lagi laaaa...... but jangan risau takde istilah ragging ataupun buli ok! entry jaa mengenai orientasi disini : Kursus Orientasi Julai 2012


 info pjj usm, intensif pjj usm, kelas pjj, orientasi pjj, panduan pjj usm, pelajar pjj usm, pengalaman belajar pjj usm, pjj usm, tips pjj usm, yuran pjj usm,  

nota : Pelajar PJJ pun boleh dapat  Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M).


5. Kursus Intensif

Kursus ini juga WAJIB HADIR (kena stay di kampus induk). biasanya kursus ni akan berlangsung selama lebih kurang 2-3 minggu. biasanya pada antara bulan Januari-Februari. semasa kursus intensif ini lah, semua pelajar PJJ USM akan berkumpul, masa ni meriah giler kot suasana dalam USM. boleh jammed jalan-jalan dalam perkarangan USM. hihi...korang boleh bayangkan tak berapa ramai manusia yang akan hadir? student dari 1st year hingga la ke tahun akhir....semua akan berkumpul! aktiviti masa Intensif ialah, kuliah dan exam! jom baca entry jaa mengenai : KURSUS INTENSIF Jan 2013.


6. Kelas / Sidang Video

Kelas belajar PJJ dipanggil sbg Sidang Video. tempat belajar adalah mengikut pusat wilayah masing-masing. macam jaa yang stay kat kelantan ni, pusat wilayah jaa adalah di Kota Bharu. iaitu di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (sebelah HUSM). kelas belajar tu pulak, kita takde nya boleh jumpa lecturer 'live' tau. kita just dihidangkan ngan Video jer. ala-ala 3G gitu haaa.... so, bukan lecturer tu mengajar kita kat depan macam biasa, tp dia ajar kita melalui video... sidang video tu lebih kurang 1 kali atau 2 kali dlm sebulan. anda boleh tengok contoh sidang video disini  : SIDANG VIDEO PJJ.


7. E-Portal

kalo korang taknak pergi kelas pun takpe benornya. sebab.... sume modul/bahan belajar akan di upload oleh lecturer dalam Eportal (website utk pelajar PJJ). jika korang tak pergi ke kelas sidang video tu pon, korang still lagi boleh repeat tengok video tu bebanyak kali kat Eportal tu haaa... so mudahkan? utk nota pula, kita kena download dan print out sendiri di Eportal. cuma korang kena rajin-rajin login akaun Eportal korang tu laa, kalo tak buka konfem korang takkan tahu apa update/info terbaru dari lecturer mengenai assignment atau apa-apa sahaja yg berkenaan.


8. Tempat Peperiksaan (EXAM)

tempat exam adalah di Pusat Wilayah masing-masing... kita tak perlu ke Kampus Induk di Penang pon. so, senanglah kan? camana rupa dewan exam tu, jaa pun tak tahu camana kedudukan atau persekitarannya lagi, sebab jaa ni pun next month (Jun 2013) baru ada final exam untuk first year ni haa... so korang, wish me luck ya! hihihi.. Exam jaa adalah selama 9 hari. bukan berturut-turut tapi bersenggang hari... insyaALLAH utk suasana dewan exam nanti, jaa akan update bila jaa dah ada experience ok!!


Update 1 : bagi yg kerja gomen, utk ke kursus orientasi anda kena amik Cuti Tahunan/Cuti Rehat (CR). manakala utk kursus intensif dan final exam anda boleh dapat Cuti Tanpa Rekod (CTR). bagi yg kerja swasta, tak tahu lah pulak jaa, cemana pasal cuti tu... apapun tertakluk pada jabatan anda. (^_^)

Update 2 : MUET kalo belum ada takpe. boleh je amik masa kita belajar PJJ. Exam muet dibuka 3 kali setahun. apply DISINI. tapi kena beli no.pin dulu di BSN yang berharga RM100.

Update 3 : Nak tahu bagaimana suasana dewan peperiksaan semasa Final Exam di Pusat Wilayah tak?? okey korang boleh KLIK SINI.

Update 4 : pelajar PJJ USM boleh apply biasiswa JPA atau pinjaman PTPTN atau pengeluaran wang KWSP untuk membayar yuran pengajian. anda boleh terus apply setelah mendapat surat tawaran belajar dari USM.

Update 5 : Pembelajaran adalah menggunakan Bahasa Melayu. pakaian untuk ke Kursus Orientasi, Kursus Intensif atau Final Exam adalah bebas....!! asalkan sopan....!!

Update 6 : Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) akan di agihkan semasa Kursus Intensif. tarikh dan tempat agihan akan di  war-warkan di E-Portal nanti.





Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :

133 comments:

  1. owh... kos yg sama dgn kakak sy dulu, sains kemasyarakatan... dia dulu bkn pjj, so, 3 tahun je... selamat stdy ea.. :)

    ReplyDelete
  2. nice information, sesuai utk student yang nak study sambil kerja dlm satu masa :)

    ReplyDelete
  3. salam jaa.. amboi cantik manis adik akak ni.. sweet gitu..

    cikda sangat sokong bagi yg muda2 ni nak sambung study.. dan info ni sangat berguna .. boleh share dengan kawan2 cikda yg berminat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm... cantik manis? adeh.. kembang semangkuk idung titeww

      Delete
  4. ni yg terasa nk sambung belajar blk ni...

    ReplyDelete
  5. Bagus perkongsian macam ni....banyak info sal PJJ USM dalam blog Jaa ni.....saya pun In Shaa ALLAH akan mendaftar Ogos ni.

    ReplyDelete
  6. bukak jer entry ni terus anak bujang cikgu berminat. Nak tau apa yg dia duk berkenan, tang harimau tu. 'ger! ger! katanya hehe

    ReplyDelete
  7. salam...baru je copy link entry ni bagi kat my fren sebab dia baru nak buat PJJ di USM...dasyat kan tengok kuliah - sidang video tu...sekarang ni semua dah canggih! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm... belajar pjj memang begini... terpaksa pasrah..

      Delete
  8. wah! bagus nya...sangat informative entry ni....teringin pulak nak belajar PJJ...ekekekekeke.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboii daddy ziyyad awak tu dah Doktor.. hebatttt dah kerjaya itu.., tak perlu sibuk nak study lagi dah... heee!

      Delete
  9. byk jugak kelebihannya ye..
    insyaAllah nisah pun ada plan nak ke sana jugak.. nak sambung la mane2 yg kurang tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom join PJJ USM... peluang masih terbuka luas..

      Delete
  10. bestnyer..info yg sgt berguna..mnataw nanti teringin lak nak sambg belajar...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga entry ni memberi semangat pada yang nak sambung belajar lagi...

      Delete
  11. Menyambung pengajian PJJ ini perlu tekad dan pandai membahagi masa.

    ReplyDelete
  12. jaa sambung belajar ker???

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp,,, sekarang dah di tahun dua...

      Delete
  13. Good info Jaa...best gak PJJ ni yek..

    ReplyDelete
  14. ok la kan....xyah pegi kampus induk...kalo dekat takpe gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena gi kampus induk sekali setahun jer..

      Delete
  15. Baik hati jaa ni boleh tanya siapa yg nak tahu lebih lanjut... kakak dah taklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kongsi pengetahuan.... semoga bermanfaat utk mereka yg memerlukan...

      Delete
  16. cayalah jaa..slmt maju jaya...

    ReplyDelete
  17. terima kasih Jaa.. saya akan manfaatkannya.. Jumpa Ogos nanti pada siapa akan mendaftar di sana.. saya mendaftar untuk Koz Kewangan.. ada sesiapa dengan saya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome dear... welcome to dunia PJJ USM... hehehe...

      Delete
  18. terima kasih jaa.. ada siapa bersama saya mendaftar Koz Kewangan Ogos ini??

    ReplyDelete
  19. Bgs jaa ni dah de ank sorg bllajar lg....moga sukses yer...

    ReplyDelete
  20. cikgu! saya ada soalan. bos saya tak bagi cuti lelama. so cemana ye? kikiki.. soalan mintak penampar ni.

    tq for info jaa.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodek bos ngan cekelat ler chicna... kekeke...

      Delete
  21. byk info menarik. ramai yg dah blaja cara pjj gini kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PJJ USM ni mmg paling bagus setakat ini... (^_^)

      Delete
  22. errmm....nur kena fikir lagi ni...
    samada nak smbung atau tidak...

    thanks jaa..

    ReplyDelete
  23. As salam,

    sy berminat nak sambung...

    sy apply yg full time utk kemasukan sep 2013. but at the same time sy plan nk kerja sambil belajar... peluang nk masuk pjj usm selalu peratusan dia mcm mana.. hehe

    Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm... tentang peluang nak masuk pjj usm tu saya tak tahu la dear,,, apapun try ler apply dulu.. mana tahu ada rezeki kita... :)

      Delete
  24. Salam. .
    Tq so much dgn info jaa. .Released sikit drbaran nak masuk sana. . For orientasi bulan Ogos n. . Mcm2 bermain di dalam fikiran ni. Risau. .Takut mcm2 lagi lah. Ye la mana pernah rasai invironment dok universiti. . Masuk pun guna spm jer. . Huhuhu. .
    I hope jaaa will be a good senior for me. . Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm... welcome to the club ye dear.. sama-sama kita berusaha untuk lebih maju setapak ke hadapan... happy studying!!!

      Delete
  25. Shy shahidah : saya akan join pada Ogos ni tapi saya course pengurusan organisasi. . Tp still under pengurusankan. .Jumpa di sanan. Yeah. .Yeah. Saya dah jumpa kawan baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camne saya nor contact ain.. Saya nk tya pasal course pgurusan organisasi.. Saya bcadang nk apply hujung thn nti.. Emel saya : ctnorza@yahoo.com.
      Tksh..

      Delete
  26. sape kt cini ambik kos sains politik.....jom joins sy p orientasi ogos nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope akan jumpa kawan se-kos nanti...

      Delete
  27. Sy lapor diri 13 ogos ni..time sdp2 nk raya lg tu..sains kemasyarakatan jgk.cmner rupa nya nnti.kt ofis ni 4org dpt p..jpe kt sana ye

    ReplyDelete
  28. Salam...saya pikir USM PJJ adalah terbaik untuk saya sebab Pusat Wilayah untuk belajar ada di setiap negeri untuk semua kursus yang ditawarkan.So dalam masa 4 tahun, mungkin saya akan ke negeri lain, so tiada la masalah berkaitan tempat belajar.Cuma saya dalam dilema untuk memilih antara kos ANTROPOLOGI SOSIOLOGI ataupun SEJARAH.....siapa boleh bantu saya ye...kedua-dua kos ini berkaitan dengan kerjaya saya. Tolong saya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm... kalau begitu.... anda boleh pilih Kos antropologi sosiologi sebagai kos major, dan kos sejarah sebagai kos minor di tahun dua... takde masalahnya... hope cadangan saya ini dapt membantu..

      Delete
  29. Salam Shy Syahidah, saya pun akan masuk Ogos 2013 course Kewangan, cuma masalah saya pusat wilayah KL tidak diiktiraf menyebabkan saya tidak dpertimbangkan Cuti Kursus Sambilan..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pusat wilayah KL tidak di iktiraf? biar betikkkk? dah call pihak USM untuk kepastian ke dear??

      Delete
  30. Anda kesuntukan masa untuk menyiapkan assignment? Pening kepala research proposal tak siap lagi padahal tarikh due sudah dekat? Tak sempat nak menyiapkan thesis? Kami boleh membantu anda. Khidmat kami merupakan khidmat penulisan profesional kerana kami mempunyai latar belakang postgraduate dalam penyelidikan dan berpengalaman dalam penulisan jurnal dan research paper. Justeru, gaya penulisan penyelidikan merupakan kelebihan kami. Kami juga boleh menyiapkan tugasan mencakupi pelbagai bidang. Pelanggan boleh ajukan pertanyaan terlebih dahulu kepada kami akan bidang dan tajuk tugasan yang ingin diupah. Oleh itu, sekiranya berminat untuk mengupah kami, sila hantarkan pertanyaan anda beserta tajuk, due date, bilangan muka surat dan sebarang lampiran yang berkenaan kepada kami di alamat emel: assignmentask@gmail.com atau upahassignment@gmail.com.
    INfo mengenai kos utk setiap tugasan boleh dirujuk di blog kami: http://team-assignment.blogspot.com

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  31. Replies
    1. boleh refer di : https://pohon.usm.my/ppjj

      Delete
  32. gd luck jaa...

    sya n mmber pun igt nk smbg blja...kt pjj usm ada x course utk master??blh bgtaw x??thanks jaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk pjj peringkat master saya tak tahu ada ke tidak... apapun mohon cik call pihak USM untuk kepastian..

      Delete
  33. saya nak ty munirah...dia mengatakan dia xdpt cuti kursus sambilan kerana pusat wilayah di kl xdiiktiraf...apa maksud awk?bukankah pjj usm diiktiraf dan kenapa pusat wilayah kl xdiiktiraf pulak...mohon penjelasan yg lebih detail kerana sy akan membuat pjjusm di pusat wilayah kl

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye laa.. saya pun tak pasti kenapa dia kata begitu.. apapun mohon call pihak PPPJJ USM untuk kepastian...

      Delete
    2. sy pun menghadapi masalah serupa munirah...tp sy masih berusaha g tentang hal ni....sy ambik fizik & skrg dh thn 3.Sy bekerja sbg pembantu makmal.....sy dh email usm..., jwp kena rujuk kat portal jpa , tgk kat jpa yg ada cuma full time , kwn sy ada fon jpa , pihak jpa kata tiada masalh sbb yg penting universiti 2... , sbb pusat wilayah byk , adik sy pun blaja tempat sama dgn sy , pusat wilayah kl, tp adik sy dh dpt kelulusan , kwn sy sama bidang tp pusat wilayah lain pun dh lama dpt surat kbenaran 2....bila saya isukan perkara ni , kpm x percaya , sy bg salinan surat2 yg dh dkeluarkn oleh mereka sendiri , bila dh dpt boleh pulak jwp mungkin yg lain dbatalkan..... sy masih menunggu jwp dorg yg nk kaji perkara ni.... klu ikutkn kemasukn b4 2013 tiada tlibat tentang pusat wilayah ni....

      Delete
  34. Terima kasih akak diatas perkongsian ini. Saya pelajar diploma dan terikat dgn perjanjian utk bekerja sejurus habis belajar. cita cita nak sambung degree ingatkan terkubur tengah jalan. syukurdpt maklumat berguna dari akak. terima kasih. semoga Allah permudah urusan pengajian akak. amin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ya rabbal alamin.. terima kasih juga dari saya...

      Delete
  35. Mcmn nk dpt baucer buku 1 mlysia tuuu.... sy br thn 1 kt pjj usm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak PPPJJ USM kan beri semasa kursus intensif...

      Delete
  36. salam kak jaa, pjj usm mmg tawar 4 program sje ye? mcm kejututeraan tu xde ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm... setakat ni ada 4 kursus sahaja. S.masyarakatan. sains. Sastera. Pengurusan. Kos engineering takde dear...

      Delete
  37. kak jaa, saya pun apply usm guna spm, ogos tahun ni mlapor diri spnjang pjj ni susah tak dia punya subject kak jaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah dear, coz dapat tawaran sambung belajar PJJ USM. tentang subjek yang perlu diambil itu bergantung pada kos apa yg kita ambil.

      Macam k.jaa, kos k.jaa adalah S.K antro-sosio agak senang jugak kot. hehe. (ayat sedapkan hati sendiri). but kira ok laa if nak compare ngan kos lain, sbb kos k.jaa takde akaun, takde math. (^_^)

      Thanks and Regards, jaakechik.

      Delete
  38. Haiiii...niat nk smbg bljr dh kena cntas lepas suami xbagi....tp minggu lepas suami tanya "ibu xnak teruskan niat smbg bljr lg?" hmm...mcm dh terkubur..tp baca entry Jaa ni...mcm bgkit kembali nk smbg bljar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband dah beri green light tuuu.... next year boleh ler apply PJJ USM bila tawaran dah dibuka nanti.... (^_^)

      Delete
    2. InsyaAllah..diskusi bleh dipanjangkan lagii...:D

      Delete
  39. sy ambk kos pngurusan organisasi..pusat wilayah usm k.kerian..jmpa ogos nati...!!!

    ReplyDelete
  40. Tq sis...alhamdulillah sains biology coming soon next week..dlm hati ada gentar nk follow smua ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipermudahkan segala urusan.... fighting.....!!!

      Delete
  41. Salam kak. Sy nak tanya. Kalau pjj usm kos kejuruteraan ada dak? Trima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. kos kejuruteraan tak ada untuk Program PJJ. empat sahaja yang ada. sains, sains kemasyarakatan, pengurusan dan sastera.

      Delete
  42. Hi jaa,
    Kalau sy dah de diploma dlm mlt, then nk wt pjj biomedik leh transfer credit x?
    Still 4 thn ke, or less than that?
    Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. boleh transfer kredit. apapun kena berhubung dengan pihak PPPJJ USM untuk mengetahui syarat2nya dan prosedur lengkap.

      Delete
  43. Alaa. Yaka.xpla. Tp klau mcm sy ni.pngalaman kerja xckup stahun lg. Bleh ka buat pjj? Trima ksih ya kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu saya tak pasti, samada problem tu boleh kautim ke tidak. apapun nasihat saya, cuba jer laa apply dulu. mana tahu ada rezeki anda...

      Delete
    2. Selamat berjuang menghabiskan pjj usm..saya terjumpa blog saudari ketika mencari tempat bercuti menarik.saya pelajar pjj usm juga tahun akhir..

      Delete
    3. Terima kasih beri semangat pada saya dan terima kasih juga coz masuk ke blog saya. sama-sama fighting untuk segulung ijazah...!!!

      Delete
  44. Salam.. akak.. boleh x mesej personal bnyk nak tnya akak pasal pjj nie.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. sila email ke jaakechik@yahoo.com atau inbox ke FB saya www.facebook.com/jaakechik.


      Delete
  45. Thanks atas info jaa ni....saya ex-student usm, engineering campus Nibong Tebal, ex matrikulasi USM 1999/2000. Tapi dulu ngaji tak abis. Eksident tahun 2 naik tahun 3 kat Makro (depan Subaidah) Taman Pekaka. Dengan info yang jaa bekalkan ni, buatkan saya nk kembali ke arena pembelajaran universiti. Saya akan kembali ke USM untuk degree yang sepatutnya saya dapatkan dulu. Thanks Sis. Wish you best of luck in your life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat sambung belajar kembali.... semoga info yang saya tuliskan di entry ini memberi manfaat buat anda semua.... terima kasih juga mendoakan saya!


      Regards,
      Jaakechik.

      Delete
  46. Pendidikan khas ada x utk pjj ni?

    ReplyDelete
  47. Tgk iklan kat website usm, PPJJ Sains Kemasyarakatan 5 tahun daaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. untuk intake 2015/2016 tempoh pengajian PJJ USM selama 5 tahun dah sekarang ni. bukan lagi 4 tahun. sebab ada penambahan unit / subjek.

      Delete
  48. minat nak smbg..tapi saya dulu student computer eng. nk smbg degree, mcm xde je :(
    tak de course berkaitan ke sis?
    ade cadangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk Program PJJ, tiada course computer eng. hanya ada 4 kos.

      1. sains (bio/fizik/kimia/math)
      2. sains kemasyarakatan (antro-sosio/ekonomi/sains politik)
      3. pengurusan (kewangan/organisasi/pemasaran)
      4. sastera (geo/kesusasteraan/sejarah)

      Delete
  49. Course sains biology pun 5 tahun ke? Boleh transfer credit dari diploma tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya 5 thun juga. boleh transfer kredit.
      tp kena tanya pihak USM dulu ttg terma dan syaratnya.

      Delete
  50. Assalam ja..

    sy nak tnya akak sikit ni.
    contoh la kan kalau major dpt sains kimia,boleh ke amik minor kimia?
    ke mmg kena amik minor selain dari sains?


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.

      Major dan minor tak boleh sama.

      Jika major anda Kimia, kena amik minor selain dari Kimia. tak kisah laa Antro-Sosio ke, Sej, geo, math, bio, fizik, kimia, Sains politik, ekonomi ke apa, boleh pilih salah 1 dari semuaaaa nie... (tahun 2 baru kita boleh pilih minor).

      Delete

    2. Eh salah pulak tnya.mcm berbelit je sy tnya akak.hahaha.

      ouh maksudnya kalau major bio,minor boleh amik kimia la eh?

      Delete
    3. Major : Bio
      Minor : Kimia

      Boleh.

      Delete
  51. Assalammualaikum kak.. saya akan mendaftar orientasi bulan ogos ni.. saya dapat pjj fizik Alhamdulillah.. saya nak tanya kak tentang peluang sambung ke peringkat master setelah habis pjj fizik..
    adakah student pjj fizik dapat sambung master lepas habis degree nanti? terima kasih kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Tahniah dari saya! Selamat menjadi student PJJ USM.

      Fyi, student pjj usm boleh sambung buat master, dgn syarat pointer mestilah 2.70 ke atas... itu yg di beritahu oleh Dekan* pada taklimat yg lepas...

      *tertakluk kpd perubahan semasa

      Delete
  52. assalam sis... tq 4 da info..amat berguna skali untuk rujukan ...nak tanya pjj usm tu boleh apply untuk biasiswa jpa tak?

    ReplyDelete
  53. salam.kak nk tanye..kalau lepasan diploma swasta die terima ke untuk buat pjj kat usm ni?sy nak ambik degree sains...akk dulu dr ipta jugak ke?

    ReplyDelete
  54. salam nak tanya....pjj boleh mohon jpa n ptptn ke

    ReplyDelete
  55. salam kakjaa..app pjj dgn spm ke?

    ReplyDelete
  56. Salam...kalau sy ni diploma engineering boleh ka sy apply cos2 yg ditawarkn untk pjj cth:pengurusan..

    ReplyDelete
  57. salam..sy nk tnya..mcm bt pjj.spm hnya 3kpjian dpt x.sy kja gvermnt.

    ReplyDelete
  58. inshallah kalau ada rezeki saya pon akan lnjutkan pjj usm dlm bidang sains politik kalau permohonan diterima nanti..xsabar rasanya nk berfalsafah teori2 klasik barat dlmvmedan perang politik

    ReplyDelete
  59. boleh terangkan kadar pembayaran pinjaman ptptn untuk setahun?

    ReplyDelete
  60. Kak skrng ni masi 4 tahun ke untuk pjj usm ni...

    ReplyDelete
  61. Kak skrng ni masi lagi 4 tahun ke nak sambung pjj kat usm tq...Ade member ambik dia kata 5 tahun tq

    ReplyDelete
  62. Kak syarat kursus dia mcm mn kena ada pengalaman keja kaa kalau xda pengalaman keja mcm mn plak?

    ReplyDelete
  63. Kak syarat kursus dia mcm mn kena ada pengalaman keja kaa kalau xda pengalaman keja mcm mn plak?

    ReplyDelete
  64. Salam kak..kalau kerja sendiri boleh sambung ker pjj usm? Ker mmg kena kerja gov baru blh apply. Mohon penjelasan..TQ

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum wbt. Sis, kalau saya yang nak sambung master kat usm by coursework agak2 ada tak macam ni juga sebab susah juga hari kerja atau tiap-tiap minggu nak pergi kelas sedangkan saya jauh.

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...