kelab blogger ben ashaari, KBBA,

08 June 2013

Bila Keluarga Besar Kami Berkumpul - PART 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua!!


Pada yang belum tahu, jaa ni benornya datang dari sebuah keluarga yang besar... besarrr sangat-sangat.... jaa ada 16 orang adik-beradik semuanya tau! sumenya adik-beradik kandung okeh... se-ibu dan se-bapa. no tiri-tiri and no angkat-angkat.... aha... ada teruja terkejut tak???


murah rezeki mak pak aku ada anak yg ramai kan? orang lain kaya harta, mak aku kaya anak... kekeke..... dalam family jaa ni ada 7 pompuan dan 9 lelaki... jaa pulak anak yang ke-8, lebih kurang anak yang tengah ler... so, jaa ada adik-adik yang masih ramai lagi di bawah jaa, iaitu 8 orang...

jaa ada 3 orang kakak, tapi sekarang dah tinggal dua aje. sebab... kakak jaa yang sulung dah meninggal 12 tahun lalu bersama anak dia sebab excident... arwah masih ada lagi anak 3 org yang sekarang ni dah besar-besar belaka dah.... yang sulung lelaki umur 20, dan dua lagi anak pompuan umur 18 dan 16....

 family, makan-makan, keluarga besar, ramai adik beradik, adik beradik ramai, kelebihan adik beradik ramai,

even sorang family jaa dah takde, tapi baki lagi yang 15 orang tu sume nya masih ada. sihat walafiat lagi semuanya... alhamdulillah.... abang sulung jaa sekarang umur 36 tahun dan adik yang paling bongsu pulak berumur 12 tahun.... setakat ni 7 dah kawin (termasuk yg dah meninggal), tinggal lagi 9 yang masih bujang...

 

anak-anak sedara pulak toksah cakap ler, memang ramai jumlahnya! setakat ni dah ada seramai 17 orang dan untuk tahun ni pulak ada 2 orang lagi yang sedang menunggu hari untuk dilahirkan... hihihi... 

bila bercakap atau bercerita kat orang lain pasal keluarga besar kami ni, memang orang akan terkejut and for sure akan ada yang tanya, ''betul ke ada 16 beradik?'' masa jaa sekolah dedulu cikgu-cikgu mesti bertanya dua tiga kali... dan jumpa lah sesapa pun sume akan tanya berkali-kali gak....

 

ada yang tanya, camana kehidupan bila ada adik beradik yang ramai nih? bising tak? kalo time makan macam mana cukup ruang tak? kalu time beli baju, bergaduh tak? hahaha... lawak sungguh! tak di nafikan time bergaduh tu ada laa jugak... tapi kira logik lah kan, sebab bila ramai ni kdg kala ada yang tak sependapat. tapi adat laaa bila bergaduh tuu... sedangkan lidah lagi tergigit. ye dakkk??

rumah kami kalo berkumpul memang meriah ler...! jaa suka sangat-sangat... cuma sekarang ni bila masing-masing dah ada family sendiri, sumenya terikat dgn komitmen masing2. makanya, masa nak berkumpul bersama-sama tu memang terhad sikit ler... susah nak berkumpul kesemua sekali, sekaligus!

 

tapi sesekali memang kita si kakak dan abang yang dah tua-tua berumur ni akan planning macam-macam acara laa... tapi bukan acara sukaneka ke hape tau... kitorang lebih kepada acara makan-makan la.. especially kalo time besday adik-adik, anak sedara atau besday parents kitorang... kalu mood baik sikit kitorang akan planned mandi jeram atau ke pantai sambil BBQ.... tapi jarang ler... selalunya wat makan-makan dirumah jer laa...

 

masa tu memang kitorang akan berkumpul laa.... meriah tu tidok ler sangat.... cuma kecoh aje.... hehehhee.... nak pulak adik beradik jaa ni jenis yang sekepala (jenis suka ckp byk and non-stop) makanya, bergegar bergema hebat la rumah parents jaa tetiap kali ramai anak beranak berkumpul.. nasib baik rumah batu, kalo rumah papan... alamat mau nya runtuh terussss! muahaha....

 

ekceli begini keadaan kami kalo ramai-ramai berkumpul... kena masak dalam kuantiti yang banyak.... pastu kena buat dua tempat makan yang asing-asing.. (refer tikar kaler hijau dan merah tu yekk) tempat makan pulak berlapikkan tikar dengan hidangan pula beralaskan surat khabar sebab tak cukup kerusi kalo nak makan di meja kat dapor yang cinonet tuuu....heee! 

time nak makan lak kena ada aturannya... lauk pauk akan diasingkan untuk geng lelaki dan wanita. bukan hape, sebab tak muat ruang, so kita kena bagi geng lelaki yang akan makan dulu. cam biasa la korang, kalo bab makan ni dah takde rule lady's first dah.... kekeke... dan bila geng lelaki dah siap makan, geng wanita lak akan makan. manakala geng lelaki akan amik turn jaga anak lak....hekhek... so kira adil la kan? win-win situation! (^_^).

 family, makan-makan, keluarga besar, ramai adik beradik, adik beradik ramai, kelebihan adik beradik ramai,

tapi yang dalam gambar nampak banyak geng lelaki aje yang disnap kan... sebab masa tu memang geng lelaki aje yang makan dulu... masa geng pompuan takde pulok yang sudi nak amik gambar kami ni haaa.... makanya takde ler, haishh...sedih pulak! sob..sob..! kalo ada pun gambar yang jaa snap masa geng pompuan duk kat dapur... tu pun takleh nak show off kat blog ni haa... sebab ramai yang seksi meksi masa tu! terbukak sana-sini... makanya gambar jaa pun takde jugak ler dalam nih...... so jangan carik jaa duk di gambar yang ke berapa okeh...



p/s : korang pulak ada berapa beradik?? ke anak tunggal??


7 comments:

  1. satu je cikna terfikir. cemana la mak jaa bersalin 16 kali.. pengsan! huahuahua..

    ReplyDelete
  2. Nur 4 beradik je.. Nur anak sulung, xde kakak, xde abang..jadi tak tahu mcm mana rasa ade kakak n abang ni..heheh..

    kalau dulu mungkin gaduh2 kan jaa..sekarang bila dah besar2.. nak2 dah ada family sendiri mmg xde gaduh2 dah...

    malah meriah lagi adalah bila berkumpul.. :)

    ReplyDelete
  3. fuyoo,ramainya jaa,msa kat sekolah dulu ada sorang member cikeyra ni adik beradik dia 12org semua,cikeyra fikir tu lah yg paling ramai..hihihi

    btw,seronok adikberadik ramaikan,meriah..kita ada 4orang jee

    ReplyDelete
  4. akak anak yg ke 11..sekarang dah tinggal 8..ehe..akak ada 4 abang n 4 kakak..akak yg bongsu...

    mmg kalau berkumpul pagi raya n kenduri,..kena buat sistem beratur masuk bilik air..hihihi....

    seronok kan keluarga besar..tapi tak sangka keluarga jaa lagi ramai.... hebat arr mak jaa..bersalin... akak sorang anak pun dah pening...huhu..kirim salam akak kat mak jaa... huhu... tabik dgn dia....kagum...

    ReplyDelete
  5. wow. kagum ok. ramai giler kot.mak saudara yg 11 org ni pun sis dah rasa ramai.apa lgi bila 16 adik beradik.hebat la mak ja.kagum

    ReplyDelete
  6. bestnya boleh berkumpul ramai2..meriah jer tengok..

    ReplyDelete
  7. Org2 dulu ramai anak kan..mak deqla pun 9 kali beranak..tp meriah lg adik bradik jaa..smpai 16 org tuuu....rezeki Allah kan...best kalo dpt berkumpul..byk yg nk diborakkan...

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...