kelab blogger ben ashaari, KBBA,

03 July 2013

Doaku : ‘’Semoga Pencuri Kabel Mati Rentung!!’’




Internet di kedai cyber cafe jaa ada masalah sekarang. Seluruh kampung kami takde line internet. Kedai jaa yang berusia selama 3 tahun memang menggunakan line internet dari Streamyx TmNet. Tapi sekarang line internet dah takde. 

Ada orang kata kabel kat tempat kami kena curi.... tapi bila kami tanya pihak TmNet, dia tak putuskan apa-apa pun... sakit sungguh rasa hati… tak pasal-pasal kedai intenet kami kena tutup sementara waktu..

En.suami dah buat report kepada TmNet pasal ini… dan kami telah diberi satu borang untuk pengecualian pembayaran bil jika internet tiada (REBAT). Entah ler berapa lama masalah ni boleh settle jaa pun tak tahu..

Sekarang ni jaa hanya berinternet dengan menggunakan tab aje.. dengan kuota intenet yang sangat ciput buat jaa rasa tak puas nak online. Nak lagi untuk buka blog… memang lembab.. tak selaju streamyx!! 

‘’Kalo betul kabel di kawasan kampung kami dicuri, aku doakan si pencuri kabel tu mati rentung!!’’ Sungguh rasa sakit hati sangat. Perbuatan mereka telah memberi kesusahan pada ramai orang!! Benci sungguh jaa pada si pencuri kabel nih!!

Bila line internet takde, automatik line telefon pun takde, kami yang buka kedai internet ni pun akan terjejas!! Terpaksa tutup kedai buat sementara waktu. Camana nak buka kedai intenet kalo intenet takde??? Ahh… sakit betul rasa hati…


p/s : dah 8 hari tiada line internet..sedih2x..
 

11 comments:

  1. sabarlah jaa...sama2lah cr puncanya..huhu

    ReplyDelete
  2. Memang sakit hati kalau kena macam ni kan, sabar k..
    Moga 'pencuri' tersebut 'sedar' kesilapan yg telah dilakukan

    ReplyDelete
  3. byk dgr kes cri skrg ni kan..haish dh xslmt.sbar ya dear.

    ReplyDelete
  4. Kat sinipun pernah berlaku kecurian kabel ni.. Memang makan masa la.. Pihak TM dahulukan dan utamakan mana2 yang bisnes besar.. Lepas setel yang tu, baru bahagian kat rumah ni disambung...

    Itu kata orang yang kerja dengan TM la.. Kita orang kecil ni, sabar je laa.. huhuhu..

    ReplyDelete
  5. nie sure penyamun tarbus...tak der keje lain agaknya.....

    ReplyDelete
  6. uhuk~ mmg sakit hati.. ngeee! dah xde keje lain agaknya.. hee~

    ReplyDelete
  7. gitu kesahnya
    rmh ciksu keba pecah masuk dek penceroboh
    blk keja rmh berselerak.punya la skit hti.
    dia dpt laptop dgn anting2 je.

    dh la sgala mcm data pnting ada dlm laptop tu
    huhu

    ReplyDelete
  8. hahah.. kejam sangat tu jaa.. bagi pengsan sudah.. boleh jaa tangkap dia bawak gi balai.. hehe.. report kat TM pun konfem berminggu baru repair.

    ReplyDelete
  9. Aiyakkk smpai mati rentung..sabar la..x baik doakan yg x elok..kalo btl, kita doakan dia bertaubat ye jaa..hihi..hrp masalah ni dpt disettlekan dgn segera... ;-)

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...