kelab blogger ben ashaari, KBBA,

07 July 2013

Kursus Pengucapan Awam AADK di Kedah (4H3M)

Salam Sejahtera Untuk Semua!!

Pada yang tak tahu, pada 27-30 Jun lepas jaa telah menghadiri Kursus Pengucapan Awam. Kursus Pengucapan Awam adalah sangat penting bagi setiap kakitangan kerajaan mahupun bukan kerajaan. Bagi jaa, kursus  ni sangat sesuai untuk diri jaa sendiri yang bekerja dengan AADK yang selalu berdepan dengan masyarakat.
Kursus Pengucapan Awam memberi kita ilmu bagaimana utk berkomunikasi dengan baik lagi. bagi kami yang bekerja di AADK mmg sesuai untuk menambah kemahiran bercakap di hadapan pentas, terutama sekali bagi program pencegahan seperti memberi ceramah dan lain-lain lagi.

kursus aadk, aadk, kursus, kursus pengucapan awam, PLAK, PLAK AADK, pusat latihan aadk, pusat latihan aadk sungai petani,

Kursus Pengucapan Awam yang jaa sertai selama 4 hari 3 malam di Pusat Latihan AADK Sungai Petani Kedah baru-baru berlangsung dengan baik sekali. Bercerita tentang kursus ni, memang best sangat tau. sebab masa tu lah boleh dapat kenalan baru di kalangan AADK, jumpa rakan lama yang berlainan Daerah ataupun Negeri.
Kemahiran yang diajar oleh penceramah/pengajar jemputan yang sangat professional dapat menambahkan lagi kemahiran kita untuk lebih berkeyakinan untuk berucap di khalayak ramai, untuk memegang dan bercakap dengan mikrofon di hadapan pentas dan untuk sesi interview/ditemuramah.

kursus aadk, aadk, kursus, kursus pengucapan awam, PLAK, PLAK AADK, pusat latihan aadk, pusat latihan aadk sungai petani,

Macam jaa sendiri, jaa memang jenis tak konfiden untuk berucap di pentas, bila orang bagi mikrofon terus jer rasa seram sejuk tangan, mulut yang selalunya bercakap non-stop terus jadi kering idea, hilang ayat nak berkata-kata. Ada kalanya, untuk memperkenal diri serba ringkas pun jaa ''kena guna skrip''. huhuhu…. teruk sungguh!
Nak lagi dengan ‘’penggunaan loghat Kelantan yang terlalu pekat’’ lagi laa buat jaa rasa sangat tak konfiden untuk berucap di hadapan pentas. Usahkan nak beri ceramah, untuk nak jadi MC pun jaa penakut giler… bila penceramah lalu kat tepi atau belakang pun jaa rasa nak sorokkan muka bawah meja dah.. bukan hape, risau kot dia tanya soalan benornya.. hihiihi..
kursus aadk, aadk, kursus, kursus pengucapan awam, PLAK, PLAK AADK, pusat latihan aadk, pusat latihan aadk sungai petani,

Jaa ni kalo kat belakang mikrofon memang jenis banyak cakap. Over-friendly gitu… tapi…. Bila bab orang suruh naik pentas atau pegang mikrofon suruh jawab soalan atau datang ke pentas untuk berucap, itu jaa memang ‘’FAILED’’ tahap gaban lahh… yang tu memang jaa mengaku, jaa memang tak bolehhhhh!!

kursus aadk, aadk, kursus, kursus pengucapan awam, PLAK, PLAK AADK, pusat latihan aadk, pusat latihan aadk sungai petani,

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) seperti perbincangan, presentation dan melakonkan watak menjadi ahli panel dalam sesi soal jawab di hadapan pentas sangat-sangat membantu kami dalam merasa sedikit sebanyak bagaimana untuk mempraktikkan segala ilmu yang diajar oleh penceramah jemputan.

kursus aadk, aadk, kursus, kursus pengucapan awam, PLAK, PLAK AADK, pusat latihan aadk, pusat latihan aadk sungai petani,

Sesungguhnya jaa mengakui kita sebagai penonton ni memang suka jer gelakkan orang if ada selebriti atau sesapa kat pentas tu tersasul ke tersilap cakap ke, hape ke, tapi bila kita sendiri duduk di depan pentas atau kamera, memang boleh ler rasa bagaimana. memang tak sama situasi antara kita yang duk ‘’di depan pentas’’ dengan yang ‘’di atas pentas’’.

kursus aadk, aadk, kursus, kursus pengucapan awam, PLAK, PLAK AADK, pusat latihan aadk, pusat latihan aadk sungai petani,

Duk jer atas pentas, terasa bagi satu dunia melihat kita, terasa macam kita dilihat dengan rakus oleh penonton/audiens di depan pentas macam kita tak pakai baju!! Terasa seluruh audiens duk tenung muka kita, baju kita, kasut kita dan gerak geri kita. Even kita dah control malu, perasaan dalam hati hanya Allah saja yang tahu.

FAKTA : jaa tak pernah jadi MC sebarang majlis!!!!! (penakut!)

Bagi jaa yang jenis selalu nervous ngan situasi macam ni, jaa memang salute giler arrr pada sesapa yang boleh berucap ngan mikrofon dan di atas pentas tu… jaa memang jenis yang tak boleh pegang mikrofon. Memang terus jadi tak boleh nak cakap…. huhuhuhu…..

kursus aadk, aadk, kursus, kursus pengucapan awam, PLAK, PLAK AADK, pusat latihan aadk, pusat latihan aadk sungai petani,

ni lak, hari last kitorang berkursus kt PLAK Sungai Petani Kedah. memang happening gila time bergambar.. muahaha... dengan pihak urusetia yang best dan sporting habess, dgn tenaga pengajar jemputan (pensyarah UiTM Merbok) yang berdedikasi memang syok sangat-sangat. kelas pun jadik tak boring... even berjam-jam duk hadap mereka.... kursus kali ni tak ramai pun.. hanya 26 pesera sahaja, sumenya dari AADK berlainan Daerah dan Negeri.... overall Kursus Pengucapan Awam yang ini memang BEST!!!!

p/s : penginapan pun best!! tunggu entry seterusnya jaa review okehh..

6 comments:

  1. Sya pun tak berani nak bg ucapan2 depan ramai org..mklumla pemalu...hehe :D

    ReplyDelete
  2. sama la kiter . gugup n gabrah jer . btw good job . done juga sudahnya . Jaa ni mmg kecik cam saya lah . naper selalunya org kecik ni comel jer kan ! ... heh heh heh . masuk bakul angkat sendiri . dah bakul tu lubang kat bawah kan ... heheheheee

    ReplyDelete
  3. mohon jaa belajar cakap depan org ramai lepas ni..heheh

    ReplyDelete
  4. lepas kursus ni mesti jaa dah terer public speaking kan.. heheh..

    ReplyDelete
  5. Wahhh bestnye.patot la jaa pndai berkomunikasi..mcm deqla ni malu2 gak nk ckp dpn org...hihi...

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...