kelab blogger ben ashaari, KBBA,

24 August 2013

Mini Reunion Bersama Rakan Sekolah



10 Ogos 2013 - Raya Ketiga :



Gambar dibawah ini di rakam masa rakan sekolah jaa (K.Yana) buat mini reunion di rumah nya di Pengkalan Chepa.. rajin betul dia usahakan mini reunion ni... tahun lepas masa dia buat jaa tak tahu... kali ni pulak di invite sume rakan-rakan di group facebook sekolah kami.... ramai yg nak datang, malangnya jalan jammed teruk di kota bharu. ramai yg terpaksa cancel di saat akhir... jaa pun masa raya ketiga ni dah keje. balik je keje pukul 3 petang terus rempit lelaju ke sini pulak... (^_^)






13 Ogos 2013 - Raya Kelima : 


Gambar bawah tu pulak, gambar jaa dan rakan sekolah jaa pergi melawat rakan kami (IZYAN) yang sakit di Kg. Sungai Keladi. dia sakit disebabkan exciden 17 bulan yang lalu... akibatnya dia setakat ni tak boleh berjalan dan tempurung kepala nya dibuang sedikit di bahagian kiri... masa kami pergi tu pun, dia tak kenal dan tak ingat kami semua ni... ayahnya kata dia memang macam tu... lupa perkara yang lepas... jatuh air mata jaa bila tengok dia... doa jaa semoga Izyan kembali pulih dan kembali cergas seperti dulu...




nota : gambar IZYAN takde dlm ni sebab taknak aibkan dia.


14 Ogos 2013 - Raya Keenam :


Gambar dibawah ni pula, gambar mini reunion kami di majlis perkahwinan salah seorang sahabat baik jaa (Dayat) di Kampung Badang PCB. dulu jaa baik benar dengan Dayat ni sebab dia Ketua Platun Badan Berunifom kami (Kadet Pertahanan Awam). tetiap petang duk training kawad kaki. memang kenal sangat la dengan dia... Dayat ni bertemu jodoh dengan rakan sekolah kami juga. cuma jaa tak berapa nak cam isteri dia tu. maybe sebab semakin cantik membuatkan jaa lupa... lagi pun dah lama tak jumpa hampir 8 tahun.... hihi... 






seronok berjumpa macam ni semula... mujurlah ada laman sosial seperti Facebook... dia menghubungkan semua rakan lama yang terpisah.... kalo tak mungkin sampai sekarang masih lost contact dengan mereka semua ni... hampir 3-8 tahun berpisah....akhirnya bertemu.... seronok sangat!!!



p/s : mood raya dah lama habis...tp baru hari ni sempat update!


5 comments:

  1. meriahnyaa...
    Nur raya tahun ni xsempat jumpa kawan2 pun...huhuh

    ReplyDelete
  2. wah bestnya ada reunion.. memang meriah kalau 7-8 tahun tak berjumpa sekali berjumpa rasa tak puas kan jaa? Moga Izyan kuat semangat dan sembuh seperti biasa.. Allah sentiasa bersamanya. Selamat Pengantin Baru Dayat :)

    ReplyDelete
  3. bestnya jumpa kawan lama.. sekolah menengah ka?

    ReplyDelete
  4. time raya jelah nak jumpa kekawan lama pun kan.. hari lain masing2 merantau..

    semoga Izyan cepat sembuh macam biasa.

    ReplyDelete
  5. WAHHH MERiah ray. selamat hari raya

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...