kelab blogger ben ashaari, KBBA,

06 August 2013

Puding Gula Hangus : Sedap + Mudah






Cara Nak Buat Puding Gula Hangus :

1. cairkan 5 sudu besar gula di dlm loyang dgn menggunakan api yang kecil.
kemudian biarkan mengeras... (jangan campur air yer).

2. blender pula bahan-bahan ini :

10 biji telor A, 1 tin susu pekat (375ml), 1 tin air biasa (sukat guna tin susu)
3 sudu makan tepung jagung @ tepung kastad dan sedikit esen vanila.

3. lepas blender bahan di step 2, curahkan ke atas gula tadi (step 1)

4. kukus selama 45 minit dengan api yang sederhana kuat.





selepas puding siap dikukus, biarkan sejuk sebentar
dan masukkan ke dalam peti....  (pic atas tu puding yg belum masuk dlm peti)
bila nak makan, terlangkupkan puding tadi dengan hati-hati ke dlm pinggan...




hrmmm... selepas ditelangkupkan, jadilah ia seperti ini.... sedappp makan mende ni time sejuk weiii... nak lagi makan sewaktu berbuka puasa... hrmmm sejuk jer tekak... hihihi... nak beli kat bazar ramadan for sure mahai kan?? secoet @ 1 slice dah RM2-3 rasanya kot! so ada baiknya buat sendiri! jimat... sedap... dan boleh pulun makan sepuas hati dan berkali-kali.... kekeke... selamat mencuba!!





11 comments:

  1. Favourite ni ,tapi tkboleh la makan selalu .First time makan ,terus jatuh cinta .

    ReplyDelete
  2. SEDAPPPPPNYE . NNTI NAK TRY LA .. HEHE

    ReplyDelete
  3. try kek batik la kak jaa.
    hehe, mesti sama sedap >.<

    ReplyDelete
  4. pudding caramel ni favorite cik siti kot....senang sangat nak buat....sedap plak tu....hee ^^

    ReplyDelete
  5. hehe...memg sedap...tapi masha si tangan tak menjadi ni wat tak leh la....hehe

    ReplyDelete
  6. ooohhh sedap ni... nasib baik dah habis puasa..

    ReplyDelete
  7. betul..beli dekat bazar mahal..buat sendiri puas hati...

    nampak sedaplah. :)

    ReplyDelete
  8. cikna pernah buat tp xjadi. nk buat gula hangus pun failed apelagi pudingnya. hukkk..

    ReplyDelete
  9. m3h pernah buat sekali,hubby x suka mkn,terus tak buat dah..hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...