kelab blogger ben ashaari, KBBA,

22 August 2013

Rezeki : Komisen Pertama Affiliate Jom Niaga



Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera!! (^_^)


Hari ni jaa nak share citer ngan korang pasal Affiliates JomNiaga.com.... kalau korang aktif berblog mungkin dah biasa dengar dan mesti korang penah dapat macam-macam income dengan affiliates kan? paling tidak pun mesti korang penah baca entry blogger yg penah dapat income dari affiliates ni. especially blogger Cik Tom Si Gadis Tomato.

Pada yg belum tahu, meh sini jaa nak citer sikit camana nak jana side income melalui link affiliates ni. buat side income dgn link affiliate ni senang. bukan kita kena promote atau jual barang dia pon. kita as a blogger hanya perlu share link atau banner affilliates tu dalam entry kita aje. if ada pembaca blog kita beli melalui ''hasil klik link atau banner yang kita tepek'' tu, kita boleh dapat komisen!


 


Komisen tu kita boleh dapat lah dalam 30-50 peratus! tak banyak. tapi okey lah sebagai side income kan. sesambil tulis entry di blog sesambil kita selit link/banner affiliates tu sekali... untung-untung jika ada orang beli E-Book tu, masyukkk juga poket kita... hihi...

Jaa sendiri pun baru juga merajinkan diri meng-share banner affiliates dari JomNiaga.com ni... kalo tak silap dalam awal bulan puasa lepas kot... saja jer jaa gatal-gatal tangan... tapi alhamdulillah. tak sangka, ada juga pembaca blog jaa yang beli E-Book tu.


 


Ini ler bukti komisen yang jaa dapat. jaa dapat komisen ni pada 19 ogos 2013 lepas. hasil dari affiliates E-Book Panduan Lulus Exam MUET. harga buku tu RM30.00 dan jaa dapatlah komisen sebanyak 30% iaitu RM9.00. even sikit, jaa seronok. sikit-sikit lelama jadi bukit. duit kan? sape tak suke. ye dokk? kekeke....

Jaa tak buat pun entry untuk promote E-Book Panduan MUET ni. tapi jaa selit bannernya dalam entry jaa yang ini, PJJ USM : 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu. tak sangka pulak jaa, hasil selit banner tu dalam entry itu membuahkan sedikit hasil tanpa perlu mengeluarkan modal sesen pon. just tepek banner jer.




Korang yang rasa nak mencuba nasib dalam mendapat komisen melalui link affiliates ni jom laa... jangan lupa daftar dengan JomNiaga.com. lepas sign up, korang terus ke jer klik bahagian ''Marketplace'' untuk pilih memana link affiliates yang korang suka. ada bermacam jenis affiliates E-Book yang ada.

Pilih aja mana yang berkenan dan mana-mana yang sesuai dengan niche entry atau niche blog korang. contohnya, kalau korang banyak buat entry mengenai cara buat kek, cup cakes, atau biskut korang boleh cuba selit banner atau link affiliates seperti di bawah ini....


 harga E-Book bagi affiliates diatas ini RM90.00. 
komisen untuk kita pula sebanyak 40% iaitu sebanyak RM36.00
 



Pada blogger yg berminat untuk jana side income, jom lah tunggu apa lagi. kan? peluang yang ada perlu grab sekarang. luaskan kuasamu caramu utk buat duit melalui blog. memang niat asal kita berblog bukanlah kerana duit. tapi bila kita tahu melalui blog kita boleh buat duit. kenapa tidak kita usahakan? apa salahnya sambil menyelam, kita minum air, sambil tangkap ikan sekali. ye dakkk??



p/s : kata Mat Tiger ''Kalau tak pecahkan ruyung, Manakan dpt Sagunya''!!


10 comments:

  1. TAHNIAH KAKJA .. SONOKKAN BILE DPT DUIT . HAHAHA

    ReplyDelete
  2. wahh tahniah kak!! saya nak daftar lah :D

    ReplyDelete
  3. seronoknya sambil2 blogging je kan.. tp mesti ada syarat UV berapa2 kan kalo nak apply affiliates ni?

    ReplyDelete
  4. ehemmm.. Jaa, bila free? nak datang beraya leh? ;)

    ReplyDelete
  5. Nur baca sambil lalu je ni..
    belum paham ape2..
    mata dah mengantukk..

    nanti Nur dtg baca balik.. :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...