kelab blogger ben ashaari, KBBA,

24 September 2013

Cara Mohon Kerja kosong Kerajaan ??







'' Kerja government susah nak dapat sekarang ''

'' Camana mu apply kerja AADK ni jaa?? ''

'' Bukan ke mu dulu belajar setakat SPM aje? ''

'' Jaa tolong adjust keje AADK kat aku...... ''


Ini antara ayat atau soalan yang paling kerap jaa dengar bila jumpa kawan-kawan satu sekolah. bertahun tak jumpa, bila jumpa ini gak soklan yang asyik orang tanya. kengkadang ada yg sedap di dengar. kengkadang ada yg tak berapa sedapppppp! ayat pen''cekik'' selera makan pun ado!

Kalo nak ikutkan hal sebenar, ya memang betul jaa rasa sangat bersyukur dan rasa sangat bertuah sebab jaa dapat keje ngan gomen. bayangkan dengan berjuta-juta orang yang apply keje gomen, jaa yang tak berpendidikan tinggi ni jugak ler yang terpilih. tapi... itu lah dinamakan rezeki. kan?




Tapi ada gak yang macam tak percaya. bila tahu job aku, seolah-olah mcm tak percaya. mcm takleh terima hakikat. ye, jaa tahu jaa dulu tak sempat nak ke U like uollllls. coz aii membizi and menggatai nak kawin duluuuu! muahaha. but to la, kena faham. dah tertulis tu rezeki aku. kena percaya ketentuan yg ALLAH dah aturkan utk kita.

Lagipun jaa ni nama je keje ngan gomen. tapi bukan berpangkat besar. bukan bergaji besar.  jaa punya gred, kelas bawahan ni je. kelas cap ayam. S17 je pun. sebab jaa apply melalui SPM. korang yg ada degree/diploma kalo dapat keja nanti, tentu gaji besar. cuma, mungkin rezeki belum ada. tapi jangan give-up. kena S.A.B.A.R.


final exam pjj usm, kursus intensif pjj usm, pjj usm, tips pjj usm, yuran pjj usm, jadual exam pjj, dewan peperiksaan final exam pjj,


Sama jugak, bila ada yang tahu jaa sambung belajar PJJ lagi. banyak gak laa soklan yang tak brape sedap didengar (tak semua, tapi ada ler). macam kita ni tak layak dan tak boleh nak sambung belajar pulak. hrmmm macam-macam ragam ada. 

Pesan jaa pada yang nakkan keje gomen sila isi Borang SPA8 tu. jangan give up. selalu la update dan daftar permohonan baru setiap 6 bulan sekali. jangan cepat mengeluh ''aku apply SPA8 tak pernah dapat pun. SPA8 ni penipu''. adoii laa...


cara mohon kerja kerajaan, jawatan kosong aadk, jawatan kosong kerajaan, permohonan online, permohonan kerja online, spa8, spa8 online, spa8i online,


Kalo korang nak tahu, jaa dulu lepas dapat result SPM terus mohon keje gomen melalui SPA8i Online tau. jaa alwez cek dan alwez renew permohonan SPA8 tuh. sehingga laaa selepas setahun jaa kawin, barulah jaa dapat keje nih setelah lulus interview. so, jangan kata SPA8 ni penipu. yg penting sabar, sabarr dan sabarrr.


Pastu pulak bila isi SPA8 tu korang kena isi jawatan dengan gred yang betul. maksud jaa sila pilih gred yg sesuai dengan kelayakan korang. contohnya gini, kalo korang ada SPM jangan pulak menggatal nak apply jawatan yang bergred Diploma atau Ijazah tu pulak. dah sah-sah kena rejected! untuk SPM, sila apply jawatan yang Gred 17. yg gred 27 untuk Diploma. yang 41 tu untuk yg ada Ijazah. Faham ke ni??




p/s : kalo dah faham... tunggu apa lagi,  meh isi SPA8i Online sekarang!!!!!!


12 comments:

  1. eh terasa pulak..sebab cheery salah sowang yang give-up tu..kihkih
    tahniah tuk jaa..rezki masing2x yg penting kena usaha berterusan

    ReplyDelete
  2. rezeki masing2 kan.. apa yang penting jangan lekas mengalah :)

    ReplyDelete
  3. heheh org keliling mmg cm gitu kak.. apa semua tak kena, buat baik salah..buat salah lagi la salah..haha sabar je la akak :) akak, jom berpantun..bleh mng hadiah..jom kak!

    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/09/segmen-komen-berpantun-by-shakira.html

    ReplyDelete
  4. rezeki lain2 kan..xkisah la blaja setakat mna pun..mulut org bkn boleh tutup..xpuas ati memanjang dgn kite :p

    ReplyDelete
  5. sebenarnya syuk pun nak kerja dengan kerajaan. tapi nnt kena sambung sana 3 tahun pulak

    ReplyDelete
  6. betul2 ! smpai sekarag sy masih tunggu gomen! ooo gomen oooiii

    ReplyDelete
  7. betul tu.. rezeki masing2 dah ditetapkan kan.. takpe jaa.. amek kata2 diorang tu sebagai semangat.. cikna yg dah 6 kali pegi inteviu SPA pun tak dapat2.. bukan rezeki kan.. yg penting cuba.. ;)

    ReplyDelete
  8. rezeki tu Allah dh letak tuk masing2..yg penting cuba dan berusaha :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...