kelab blogger ben ashaari, KBBA,

25 September 2013

Mee Bandung Versi Jaakechik



Salam Sayang to All My Readers!!


Jaa tulis tajuk Mee Bandung Versi Jaakechik adalah disebabkan jaa tak ikut sebijik-sebijik resepi sebenar Mee Bandung. muahaha. bukan ingkar. tapi tak cukup bahan. so hentam aje masak ikut apa yang ada dalam peti ais tu. tunggu nak cukupkan sume bahan, kempunan ler kan??? 

Jaa buat Mee Bandung ni masa siblings jaa datang ke rumah hari tu. diorang call last minutes cakap nak datang. hihi. bila di tanya nak makan nasi tak, sume cakap dah kenyang makan nasik kat umah my parents petang tuh.

Ahh..sudah! jaa duk termenung sengsorang. diorang makan petang dah. mesti malam akan lapar balik ni. haishhh nak masak apa? nak buat nasik diorang larang. ok.. jaa fikir mudah. kita buat Mee Bandung. sluurppp panas-panas sedakkk jugok!

 
resepi, resepi mee bandung, cara nak buat mee bandung, mee bandung sedap, rahsia mee bandung sedap, mee bandung paling sedap, cara nak buat,


Cara Nak Buat Kuah Mee Bandung : 

1. tumis cili kering, bwg puteh dan udang kering yg ditumbuk. 
2. pastu masukkan sotong, udang, daging and etc etc....
3. buh garam, gula dan pecahkan telor dalam tuh byk2.
4. masukkan sayur/cili bersama 1 kiub pati ayam maggi. 
5. last sekali masukkan sedikit tepung jagung (bancuh ngn air).

Sebelum tu, celurlah mee kuning tu dulu. kasi lembut sikit. pastu time nak makan sila tabur daun sup, cili padi, asam limau dan bawang goreng. kalo rajin buat lah jugak cili jeruk (cuka + cili hijau peram 2 hari). panas, pedas, sumenya terasa. cukup mabelesss okey.

Hah, gitu je lah cara nak buat Mee Bandung ni. yang penting lauk kena letak banyak2. especially udang dan sotong. tapi masa jaa buat ni udang dan sotong takde, makanya tersangatlah sadisssss aku punya Mee Bandung. ada ayam ngn daging jekk... halahai sabau jer lah!!

Bukan setakat udang ngn sotong jer takde. udang kering pun takde. so kemanisan air rebusan udang ngn sotong tu takde le dlm kuah tuh. sama jugak ngan bau kewangian udang kering tu pon tak terasa dalam kuah Mee Bandung aku. huhu. sedeyyyy....

But sila percaya ianya tetap sodappppp hokeyyyy.... masakan sendiri, takkan nak kondem. ye dakk? alwezzz sedap even terlebih or terkurang garam.... kah3....redoooo je lah dapat tukang masak macam nih. hihi.

Moral of the story nya kat sini, jangan give up nak masak sesuatu even bahannya tak cukup. masak aje. kita kena pandai olah biar rasa tu jadik sedapp. kalo tak sedap jugak, tahan jer la dlm hati. jangan banyak bunyik. kena syukur. rezeki jugak tuuuuu... kan?



p/s : Jaa penah masak tomyam takde daun limau purut! korang penah??


13 comments:

  1. tak pernah masak tomyam tak pakai daun limau purut..mcm takleh je takde..haha..

    ReplyDelete
  2. omg! sedapnya kak.. huhu terliur, tolong la pos sini sikit :)

    ReplyDelete
  3. Nampak rupa kuahnya menarik :)
    Yg penting kuahnya kena pekat,likat..hehehehe..ni versi mee bandung muar la

    ReplyDelete
  4. terliurnya tgkkk..!

    nanti bila2 boleh cuba..thanks jaa sudi kongsi..

    ReplyDelete
  5. takpe jaa..janji sodap walau tak cukup bahan kan.

    ReplyDelete
  6. amboi2 jaa ni banyak n3 pasal makanan ni..buat lapaq peyot den ni..hehehehehhe

    ReplyDelete
  7. Sedapnya... My peberet jugak tu :D

    ReplyDelete
  8. Ros pun kadang-kadang masak je, walau tak cukup bahan.. dan semestinya la sedap, kan sendiri masak, sendiri puji la. hihihi

    ReplyDelete
  9. konfem licin gak kan walaupun tak cukup bahan? huhuhu..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...