kelab blogger ben ashaari, KBBA,

01 October 2013

6 Tips Ketika Memasak di Rumah Mertua



Ehem, jaa nak tanya korang ni... apa perasaan korang bila bertandang ke rumah mertua? especially bagi yang masih baru-baru kawin ni haaa... apa ko ghaser? gabra tak? nervous tak?? ke korang jenis takdak perasaan? muahaha.

Masak di rumah mak kita lain feelnya... masak dirumah mertua kita lain feel nya... eh memang gitu ke? kenapa berbeza?? haha. awa-awal jadi bergelar menantu, memang akan rasa macam tu laa... bila dah lelama, for sure akan rasa okey jer...




6 Tips Ketika Memasak di Rumah Mertua


(1) Rancang Resepi dan Sediakan Bahan Lebih Awal

Sebelum balik ke rumah Mertua tu, sila bawak sendiri segala bahan nak masak (plan awal). contoh kalau nak buat kari ayam, beli siap-siap santan, serbuk kari dan ayam. kalau nak masak gulai udang bawak balik sesiap juga udang dan santan. in case kalo mertua suruh masak sesuatu yg korang tak biasa buat, korang boleh beri alasan yangg korang dah ada niat nak masak menda lain. hihi. bernas tak idea jaa??

(2) Kena Ingat Susunan Bahan di Rumah Mertua

Always alert, hafal dan perhatikan susun atur bahan-bahan memasak. korang mesti kena ingat kat mana mertua ko letak bahan-bahan memasak like rempah ratus, gula, bawang, asam, garam and etc etc. jangan asyik dok tanyaaaaa manjang! mak garam mana? mak bawang mana? kena hempuk ngan senduk nanti baru tahu...! huhu!

(3) Be Cool. Jangan Gabra. Jangan Careless!

Jangan terlampau nervous. jsngsn terlampau gabra overdose hingga terpecahkan gelas, pinggan atau terlanggar bembarang, tertumpah kuah kari dan bermacam terrrrr lagi... be cool okey! COOOOOOL..........!! Mertua ni biasanya di tak marah depan-depan, tapi dia perhatiiiii gelagat kita dalam diam.... hehehe... so jangan careless!!

(4) Jangan Berlagak Pandai

Jangan berlagak hebat. jangan berlagak pandai. Sentiasalah merendah diri, even kau terror kalah masterchef! contohnya, bila kita masak sesuatu, awal-awal lagi kita cakap macam ni : ''masakan saya mana mungkin dapat lawan masakan mak...''  (ini contoh).

(5) Expert-kan Diri Dengan 2-3 Jenis Menu!!!

Untuk tips ke-5 ni, jaa nasihatkan korang kenalah pastikan yang korang belajar dan expertkan diri 2-3 jenis masakan. menu yang betul-betul expert! contohnya Asam Pedas dan Ketupat Sotong. hah... pastikan korang betul2 expert hingga mertua korang selalu sebut nak makan Asam Pedas dan Ketupat Sotong yang kornag buat! masa tu konfem korang akan senyum rapat ke telinga (^_^).

(6) Think Positive!

Jangan pelik jika cara mertua masak tak sama dgn cara korang masak. kita kena bersifat terbuka. jika masakannya kurang sedap atau resepi itu pelik dan sebagainya. lain orang, lain cara masakannya. adakala sedap di tekak kita. adakalanya tidak. so jangan pelik! time kita masak pun mcm tu jugak. kita rasa dah sedap. dah lemak. dah kaw. tapi ada yg komplen ''masih tak sedap''.  jangan mudah merajuk. think positive okey!!!


tips, tips memasak, petua dapur, tips rumahtangga, tips dapur, tips rajin memasak, cara belajar memasak, memasak di rumah mertua,


Tips ni berdasarkan pengalaman jaa sendiri. bukan copy dari google. (^_^) semoga menjadi panduan buat bakal-bakal pengantin. korang kalau dapat mertua yang jenis ''takde mulut'' okey ler. buat apa-apa hal pun dia takde nak komen/membebel. tapi kalau dapat mertua jenis yg ''straight to the point'' ?? kau berani??



p/s : alamatnya hari-hari makan hati lerrr...kekeke..


18 comments:

  1. kalau disuruh masak western food syuk hanya mampu geleng3. :D

    ReplyDelete
  2. wahhh terbaik lar tips Jaa nie...thanks for the sharing..^^

    ReplyDelete
  3. tips yg bagus untuk pengantin baru nih

    ReplyDelete
  4. Kalau dapat menantu yang payah nak masuk dapur, camne pulak..

    Bukan apa, ada je menantu yang bila balik rumah mertua, dia buat tak kisah je.. Leka la dok mengadap Ipad memasing sebab dia tau mertua dia akan masak untuk suami dia..

    Ada juga menantu yang langsung tak pernah pegang penyapu untuk berkemas masa kat rumah mertua..

    Mertua dah bagi hint tapi menantu buat tak reti.. So, mertua makan yang makan hati..

    Ini juga bukan copy paste.. Ini cerita daripada pengalaman jiran2 yang ada menantu..

    ReplyDelete
  5. wah..wah..godd tips ni dari jaa..

    ReplyDelete
  6. tips yang bagus.. :)
    sebab kadang2 memang rasa macam lain je kalau nak masak kat rumah mertua.. takut penerimaan beliau tak macam yang kita harapkan.. hihi

    ReplyDelete
  7. hahaha mmg ada betul la tipss yg jaa bg nih

    ReplyDelete
  8. bole buat tips lps kawin nti.kekeke

    ReplyDelete
  9. hadoii..baca pun dah rasa cuak, belum buat lagi..kekeke

    apapun dalam masak2 ni keselesaan itu yg penting...

    ReplyDelete
  10. risau bebenor aih.. lagi2 kalau bakal mertua org luar.. hikhik..

    ReplyDelete
  11. hahahaha...byk petua nak ngadap mak metua. seb baik mak metua CiM biasa2jer. siap tk bg masuk dapor menyebok.

    ReplyDelete
  12. tips yg bagus ni. boleh amalkan. yg penting kena cool dan jgn berlagak pandai..hehe

    ReplyDelete
  13. hahaha..tersengih sorang2 baca tips jaa ni,berguna utk cik eyra pd masa hdapan..terbaek lah

    ReplyDelete
  14. good tips.
    ciksu kalau nak masak ajak cikabe gi carik barang..hihi

    ReplyDelete
  15. mertua saya selalu suruh saya memasak tetapi menantu lain tak disuruh. Ini menyebabkan saya rasa dibuli. Alasannya menantu lain tak pandai memasak. Dah la tu, lepas makan tak da pun tolong mengemas..

    ReplyDelete
  16. good tips..mcm saya mertua cina..so saya akn masak makanan melayu dan mil msk makanan cina,dlm satu hidnag ada 2 jnis mknn..makan sama2 :) ..paling best n seronok bila kena puji sedp hehe walhal saya xreti masak pun tetiba menjadi..bismillah byk2 dan niat sedapkan makananku untuk keluargaku :D.. jemput ke blog saya yer

    http://hazritakahar.blogspot.com/

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...