kelab blogger ben ashaari, KBBA,

27 October 2013

Aktiviti Hari Ke-2 Kami di Pattani Thailand



~ Assalamualaikum ~


Kami kalau balik ke Pattani Thailand, kami sekeluarga tak perlu nak pikir nak tido kat hotel or homestay dah. kitorang tido jer di rumah nenek kami (belah mak jaa). rumah dia memang luas giler arr... terlebih luas untuk kami adik-beradik tido. bantal, selimut dan toto pun banyak. memang nenek jaa dah sesiap sparekan untuk anak cucu dia buat tido. sampai jer terus bentang toto, sume adik beradik jer kan. apedahal, tido jer lintang pukang. muahaha.




Pepagi hari kedua, selepas brekfes di rumah nenek jaa. mak sedara jaa ajak kitorang pergi ke Pasar Tani. kat sana mak sedara jaa cakap boleh beli ikan kering sedap, belacan sedap, ikan pekasam sedap, rebung muda sedap dan pelbagai lagi laaa yg sedap-sedapppp... ok moh kita pergi..




Rege barangan kat sini memang murah. bukan makanan jer murah, kain baju pun marah. hajat kami nak pekena pulut ayam, tapi sayang ramai nau orang duk kerumun kedai tu. so memasing dah beralah. takmo nak bersesak bagai. takpe next time kita beli. hasil borongan kami banyak gak. baju, tudung, blaus sume ada. murah katakan.




Dannnnn yang paling sedap ialah dia punya kelapa jelly. sedap hingga teringat-ingat. tahu tak? dia punya manis memang syookkkk sangat. makan lak time sejuk-sejuk.... uuuuuu mabelesssss! harga lak murah 4 biji RM10 hingget. kalo kat tempat kita? boleh dapat ke rege tuuuu? hrmmm haremmm! di kelate ni pun RM5 sebijik tahuuuu?

Balik jer dari Pasar Tani, mak sedara jaa yang lain pulak ajak lunch di rumah dia. dia dah sesiap masak katanya. ooohoiii bestnya kalo hari-hari macam ni. makan tido, makan tido. hahahhaa... murah rezeki kami masa kat sana. alwez ada orang yg tolong masak dan hidangkan. kekeke.


ban bo thong, bandar golok, narathiwat thailand, pattani thailand, pekan golok, pekan takbai, sempadan takbai, sempadan thailand, songkla thailand, thailand, pantai samila,


Lepas lunch, kami kena bersiap-siap untuk ke rumah adik-beradik ayah jaa pulak. rumah dia betul-betul di Bandar Pattani (berhampiran masjid terapung). FYI, nenek jaa belah ayah dedua dah meninggal. kini yang tingggal adik beradik ayah jaa jer. rumah dia best, sebab mengadap sungai (majoriti kat sini keje nelayan). ayah jaa dulu sewaktu dia muda-muda dulu pun nelayan gak. duluuuu, ayah jaa cakap hidup dia susaaahhhh... uuuu sedih lak bila dengar cerita lama dia... insaf jap oiii! (^_^)


ban bo thong, bandar golok, narathiwat thailand, pattani thailand, pekan golok, pekan takbai, sempadan takbai, sempadan thailand, songkla thailand, thailand, pantai samila,


Sementara menunggu, mereka yang tua berborak aka menjejak kasih yang lama terpisah, marilah kita yang muda-mudi ni bergoyang gedixx tangkap gambar banyak-banyak kat tepi sungai ni.




Agak-agak dah letih posing gaya sama, marilah kita melompat katak pulak. kununnya sebagai tanda yang kitorang sedang heppy go lucky. hahahahaa... sungguh korang sopan gaya daku masa tu. kah3. sila jangan tiru aksi ini dirumah ye. kekeke.




Bukan jaa aje, melompat sume adik beradik dan anak sedara jaa turut melompat gembira. hinggakan orang-orang sekeliling habis duk pandang-pandang kami. gamaknya apalah yang diorang tu fikir yer? mungkinkah gaya kami dah macam beruk matyeh keriangan?? hahahahhaa....




Selesai dari aktiviti goyang gedix sambil melompat katak, balik-balik jer tengok makcik jaa (adik ayah) dah pun sesiap hidangkan kami nasi aka makan malam. tapi kami tak terus makan, kitorang solat magrib dulu. ada yang berjemaah biasa di masjid bersebelahan rumah, ada gak yang buat jamak jer di rumah makcik jaa.




Lepas siap solat, marilah kita menjamu selera again and again. kan jaa dah cakap, time balik kampung  kitorang rilex jer, tak payah masak dan tak payah makan kat kedai sume dah siap orang sediakan. muehehehe. lauk pauk memang simple tapi sangat sedap bila makan kat rumah orang. makan bertambah-tambah. dua dulang makanan, hingga penuh ruang tamu rumah makcik jaa.

Menu utama ikan goreng, ikan kering, daging goreng, sayur goreng, sambal belacan, budu dan ulam rebung celur serta petai.... uhuiiii sedappp oiii... 2-3 periuk nasi kejap jer licin di pulun dek kami adik beradik. muahahahahhahaaa.... taktaumalu langsungggg cheiiittt! dah macam singa kelaparan. wehihi!


6 comments:

  1. meriah nur tgk.. :)

    jelly kelapa tu, murah nooo..!

    ReplyDelete
  2. bestnya.. semua murah2 je kan.. makan2 pun sodappp..

    ReplyDelete
  3. ada satu ikan masin dari sana yang saya suka makan.kak sepupu selalu bawakan utk my mak kalau dia balik sana ;)

    ReplyDelete
  4. bestnya akak baca kisah family Jaa kat sana....lompat tinggi nampak....happy...

    ReplyDelete
  5. HAPPY je baca entri nih..esp part lompat lompat tuh

    ReplyDelete
  6. Sy biasa duduk di pattani sebulan masa tahun 1992...memang seronok..bujang pulak tu...masa tu nasi sup bΓ ri rm 1.50..tambah nasi 20 sen caj...hr2 makan...sekarang teringin nk pegi lg ngan famili...tp rasa cuak sikit byk bom mleletup lani...skrang ok ka???

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...